04 December 2016

Kenapa? Mengapa?



“Jadilah orang yang mana, bila dia ada menceriakan orang sekeliling dan apabila dia tiada orang lain turut terasa kehilangannya.”

I just want to share how I survive at here. For the first time. First time! Stay far away from family Huahua.

Try to be a good Muslim,

Try to be a trusted friend, 

Try to be a best student,

Try to study hard smart,

Try to be a good person,

Try to learn English. 3x repeat MUET hahaha

Selain mencari  ilmu dunia, Pensil juga ketandusan ilmu akhirat. 

So, i find and found ‘Tarbiah’ at here.

Bila kita nak buat baik, mencuba buat baik mesti ada halangan.

A lot of assignments that have to submit, 

Have a discussion group with the busies members,

A pack of classes,

I have to handle another project, and so on.

The question is, Why?

Tetapi dalam kesibukkan itu mengapa masih ada yang sempat pergi surau? pergi masjid? pergi usrah? pergi  kelas pengajian kitab? pergi majlis ilmu? Kenapa kita tak sempat untuk semua tu? kenapa tetiba busy dengan macam-macam?

The answer is 

Hidayah itu milik Allah. Hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang menghadirkan dirinya ke majlis-majlis ilmu. 

Mengapa tidak, kita mencari hidayah tersebut?

18 November 2016

Pelik

Assalamualaikum WBT  dan Selamat Sejahtera.

Rasa agak kekok bila sudah lama tak menaip dekat blog ni. hehe.
So, Pensil nak kongsikan sedikit kisah hidup Pensil sekarang ni di tempat orang yang pastinya masih dalam Malaysia. Huahuahua

Bila kita rasa diri kita ni pelik, sebenarnya ramai lagi manusia-manusia di luar sana yang pelik. heee. kan ?

Sebab apa? sebab bila kita dah keluar dari tempat kita ke tempat orang lain barulah pemandangan kita lebih luas, banyak 'benda' baru yang boleh kita belajar.

So, apa yang peliknya? Pensil ni pelik sikit,(kesedaran ini berlaku apabila roomate dan classmate tegur)

1) Sebelum tidur, sapu minyak di tapak kaki.
Sebabnya Pensil tak boleh tidur dengan lenanya jika kaki  kering. Jadi minyak Carrie Junior baby sentiasa dibawah katil. Pelik ke?

2) Buka sarung bantal sebelum tidur
Bila mana jenis kain cadar tu Pensil tak berkenan terutamanya jenis cotton. So bila dah terbeli takkan nak buang? Solusinya Pensil akan buka sarung bantal. haha. lepas bangun tidur baru pasangkan semula.kuang kuang.  Pelik ke?

3) Oder nasi bujang timun/sayur lebih.
Yeahh.. sebab nak jimat maka makan nasi bujang je, kenyang pun kenyang. Fasal timun lebih tu, bila oder timun lebih muka abe ambil oda tu terus berubah.. macam tak percaya ja nak timun lebih. Pelik ke? hahaha, abe, lain kali buh 5 slice timun kayy.

*Dah sebulan lebih berlalu, Pensil mencari alternatif yang lebih baik untuk dapatkan sayur lebih iaitu beli di pasar raya. setiap minggu pergi cari salad atau timun. senang tak perlu oda sayur lebih. hahaha.

4) Beli air tanpa ais dan gula straw 2.
Pensil memang jarang beli air di luar, tapi kalau haus sangat beli je soya, green tea, sunquick kalau dah teringin sangat. Kalau air berjus, memang tak nak gula baru dapat rasa nikmat air tu. kahkah. lagi satu pensil selalu mintak straw 2 sebab nak share dengan saing pelik ke? hahaha.

5) Selalu tak tahu nak buat apa.
Bila semua orang sibuk buat assigment masing-masing, Pensil tak tahu nak buat apa. Sebab semua keja dah siap. haha. Pensil dapat je assigment terus siapkan secepat yang mungkin, kalau biar lama-lama hati tak tenang. TAPI bila dua tiga hari lagi nak kena submit, Pensil akan keseorangan. Sebab kawan-kawan lain dah tak nak pergi jenjalan di pasar raya, pasar malam, pasar tani, round-round booth kat kolej. Pelik ke siap keja awal? hahaha!

P/S : Entry ni dah sebulan di draf  -_-"