12 February 2017

MAK ADIK



*Mak Adik adalah penulisan dari seorang remaja perempuan yang OKU aka my bestfriend dekat kampung. Jadi, dia minta Cik Pensil untuk masukkan dalam blog. Enjoy your reading ;) *

MAK ADIK
(Karya: Cik Yah )

Angin bertiup sepi membawa diriku dibanyangi rasa rindu. Rinduku pada Mak.. Rindu seorang anak OKU kepada Mak yang menjadi tempat bergantung hidupnya. 

Aku rasakan hidup tanpa ibu disisi itu sangat sakit sekali. Biarpun harus aku lalui dengan sabar dan kuat semangat. 

Sayunya hati ini, semasa aku menjalani praktikal, Mak dimasukkan ke Hospital dan ini dirahsiakan oleh keluarga dariku.

Ketika aku keseorangan, seorang pegawai telah membantu dan memberi semangat serta keazaman untuk aku meneruskan praktikal ini. Walau sentiasa diselebungi oleh rasa sedih pilu terhadap Mak di hospital. Aku tidak berkesempatan untuk melawat Mak ketika dia di hospital. Dengan bantuan seorang pegawai aku dapat pulang melihat ibu. Terima Kasih pegawai.

Ya Allah, kuatlah semangatku ini untuk hadapi ujian ini. Ya Allah, aku redha dan percaya apa yang berlaku itu ada hikmah di sebalik ujian ini. Biar sakit, akan aku harus terus hidup demi keluargaku.
Ya Allah, masukkan ibuku ke syurgamu. Mak.. tunggu adik di pintu syurga nanti ya. Bagaimana harus aku lalui dugaan ini sekarang. Banyak sangat dugaan Allah bagi pada aku aku tahu apa yang berlaku ada hikmah disebalik ini. 

Aku tak tahu bagaimana harus aku luahkan perasaan ini. Maka lahirlah karya ini. 

Rasa kosong hati ini, rasa sunyi dalam hati ini hidup tanpa seorang ibu disisiku. Tapi aku bersyukur sebab aku ada seorang ayah yang sayangkan aku. Tinggal kami berdua penghuni setia dalam rumah ini. Kakak-kakak aku yang lain juga akan balik sekali sekala. Bila aku masak ayah makan, ayah masak aku makan. Bila dua-dua tak masa kita beli luar. Kehidupan kini harus kami teruskan.

Walaupun sakit hati. Hari ini aku rasa sedih sebab orang dalam rumah ini tak ambik peduli tentang perasaan ku. kadangkala aku rasa macam nak lari ja rumah. Tapi itu hanya andaian aku bila keseorangan. 

Sebenarnya mereka sayangkan aku. Bila kakak-kakak, ayahku sudah “move on” mengapa tidak aku kan?

Hidup ini mudah jika buatkan ia mudah. Tidak ku maksudkan untuk melupakan Mak, tetapi menghilangkan kesedihan kami atas kehilangan Mak.

Alhamdulilah. Kini aku hanya menunggu hari untuk konvokesyenku. Walaupun tiada Mak disisi pada hari tersebut, aku tahu kejayaan ini sudah cukup membanggakannya.

Bangganya aku menjadi seorang anak OKU yang membanggakan Mak dan Ayah.

1 comment:

  1. salam takziah...rietta paham perasaan kehilangan tu...rietta sendiri baru kehilangan ayah lebih 3 mggu yang lalu...dan masih segar dalam ingatan semua kenangan bersama....

    ReplyDelete