Elin berlari-lari
anak mendapatkan Cikgu Nysa yang dalam perjalanan masuk ke kelasnya.
“Cikgu biar saya yang bawa barang-barang cikgu ni” pelawa Elin bersungguh-sungguh mahu membantu guru kesayangannya.
“Cikgu biar saya yang bawa barang-barang cikgu ni” pelawa Elin bersungguh-sungguh mahu membantu guru kesayangannya.
“Eh, susah-susah je, dah nak sampai dah ni.. terima kasih jelah Elin” sikap Cikgu Nysa
yang baik dan peramah itulah yang mebuatkan warga Smk Sultan Muzil terpikat
dengan gaya dan keperibadianya.
“Alahh.. biar saya je
yang angkat beg plastik ni bukanya berat pun, tapi kenapa cikgu bawa banyak
sangat buah epal hari ni?” Elin melihat beg pastik yang dipenuhi dengan buah
epal yang dirasanya agak berat itu, dipeluknya erat-erat ke dada, takut juga
jika buah-buah itu terjatuh pula nanti.
“Cikgu nak bagi dekat kamu semualah, kenapa berat ke? Bak
sini dekat saya”
“Eh, eh.. saya boleh bawa la, cikgu nampak je saya ni kecil,
tapi saya ni kecil-kecil cili padi tau” cikgu Nysa tersenyum melihat telatah
pelajarnya itu, senang dengan sikap bersahaja Elin, yang baik hati itu.
***
“Apasal hari-hari Elin makan Epal hah? Buah lain takde dah ke?
Dah la makan depan orang, bukanya nak bagi sikit ke..” tanya satu-satunya abang Elin iaitu pengurus Hotel
Star Holding juga pemegang saham
terbesar dalam syarikat itu Tengku
Luqman Hakimi bin Tengku Herman.
“Betul ni nak tahu? Sebabnya… ada dua, first sebab dah ada depan mata makan la. Second sebab
dapat kuruskan badan, tu la sebab dia” Tengku Laili Elina meneruskan gigitanya
yang entah kali ke berapa itu tanpa ada perasaan bersalah. Tengku Luqman yang
sedang memandu hanya mampu melihat
gelagat Elin disebelahnya.
“Buah tu turun dari langit ke? Mana adik dapat buah tu?
dekat rumah, abang tak pulak nampak buah
epal” satu jelingan maut dihadiahkan pada Elin, geram dengan perangai adiknya,
tak pernah nak serius.
“Abang ni .. kacau oranglah! Nak makan pun tak senang! Cikgu
Nysa yang bagi.. dah! Jangan tanya dah orang nak makan ni, lepas habis makan
baru boleh tanya..” Elin meneruskan lagi gigitanya pada buah epal merah yang sudah tinggal separuh,
Elin hairan dengan sikap guru sejarahnya itu, tidak pernah lagi ada guru-guru
di sekolah Sultan Muzil yang gemar memberi hadiah kepada pelajarnya, kecuali
cikgu Nysa, hadiahnya pula SEBIJI BUAH EPAL MERAH!!
“Peliknya cikgu adik
tu, tak pernah lagi abang dengar cikgu bagi buah epal dekat anak murid dia
sebagai hadiah” ‘mungkin cikgu adik aku ni peminat nombor satu buah epal kot’
teka hati kecil Tengku Luqman Hakimi.
“Adik pun tak tahu,
mungkin ada kisah disebalik buah epal tu bagi cikgu Nysa, mana la tahu kan?”
terang Elin sambil melihat abangnya, tiba-tiba dia terfikir sesuatu ‘abang aku
ni dah 26 tahun masih bujang, kacak pun kacak, badan tegap, otot sasa, kulit
pun putih, ada janggut ciput lagi macam sesuai je dengan cikgu Nysa.. Cikgu
Nysa pun cantik, baik, tinggi kulit mukanya lincin bebas dari jerawat, matanya
bulat dan yang paling penting! Belum berpunya!
Haha’ tanpa sedar Elin tersenyum sendirian.
“Amboii! seronoknya berangan
cepatla turun tadi nak sangat pergi Popular kan?” Tengku Luqman Hakimi sudah
menutup pintu kereta kesayangannya itu, Elin buat muka mengejek abangnya dan
membebel sendirian ‘Amboii! seronoknya berangan cepatla turun tadi nak sangat pergi
popular kan’ Elin mengulanggi kata-kata abangnya sebentar tadi, lalu keluar dari perut kereta sebelum
ditinggalkan abangnya jauh ke belakang.
***
“Abang, Elin nak buku ni, yang ni dan yang ni” kata Elin
sambil mengambil tiga buah buku motivasi dan sebuah novel di rak buku di dalam
Popular itu.
“Lahh.. abang ingatkan nak beli buku rujukan tadi, rupanya
nak beli novel, ni novel banyak-banyak
ni nak buat apa?”
“Adik nak bacalah, bukannya banyak pun dua buku motivasi
satu lagi.. tengok ni novel Merah Cinta Epal ditulis Ridha Reewani novel ni
baru keluar tau, kawan adik kata novel
ni best” Elin membelek-belek novel Merah
Cinta Epal, kulit bukunya nampak menarik.
“habis tu buku rujukan tak nak beli ke?”
“Kejap la, nak pergi cari la ni” Elin melangkah ke rak buku
tingkatan tiga, dilihat satu persatu jenama buku dan melihat isi-isi yang terkandung dalam buku itu, takut
juga sekiranya buku yang dibeli nanti tidak lengkap.
Sedang mata Tengku Luqman Hakim melihat gelagat adiknya
memilih buku tiba-tiba “bukkk!” buku dari rak belakang mereka terjatuh “Ohh
pocot mak kau jatuh” kedengaran satu suara dari rak belakang mereka ‘siapa pula
yang melatah ni, teruknya! Alamak! Cun juga minah melatah ni’ ngomel hati
Tengku Luqman.
“Eh, Cikgu Nysa” sapa Elin menghampiri cikgu Nysa yang
terbongkok-bongkok mengutip buku-buku yang bertaburan di lantai. “Elin? Datang
dengan sape nih?” tutur cikgu Nysa sambil menyusun buku-buku itu ke tempat
asalnya semula. Malunya jika Elin terdengar dia melatah tadi. Elin bersalaman
dengan Cikgu Nysa. “Saya datang dengan tu.. bodyguard saya” Elin menunjuk menggunakan jarinya telunjuknya ke arah
abangnya Tengku Luqman yang sedang berdiri disisi rak buku.
Tengku Luqman berasa tercabar dan marah apabila Elin
memperkenalkannya sebagai bodyguardnya. Tengku Luqman sudah menjegilkan biji
matanya kepada Elin. Cikgu Nysa
mengerutkan sedikit keningnya seperti tidak percaya saja lelaki itu adalah
bodyguard Elin.
“Itu abang sayalahh cikgu,hehe.. dah la abang, jangan la jegil
mata tu, dah nak terkeluar dah biji mata tu” seloroh Elin, disusuli dengan
gelak tawa dari Elin dan juga Cikgu Nysa apabila muka Tengku Luqman sudah
berubah warna. ‘Malulah aku macam ni, siap kau adik, kau malukan aku ya’
***
“Tahniah semua cikgu harap, kamu semua dapat teruskan usaha
kamu supaya kamu semua dapat kekalkan,
kedudukan kamu semua sekarang ini hingga ke peperiksaan sebenar nanti ya. Cikgu
panggil nama yang markah paling tinggi dulu, Orang itu ialahh..” semua pelajar
tingkatan 3 Pintar diam ingin mendengar keputusaan percubaan sejarah yang bakal
diumumkan Cikgu Nysa sebentar lagi.
‘Tengku Laili Elina bt Tengku Herman..Tengku Laili Elina bt
Tengku Herman’ Elin berdoa dalam hati agar nama itu yang akan terpacul keluar
dari mulut Cikgu Nysa.
“Markah yang paling tertinggi 98/100 telah diragut oleh..”
Cikgu Nysa masih lagi mahu bermain-main dengan anak muridnya.
“Qurattul Ain bt Ahmad Nizar!” terkedu Elin, apabila namanya
tidak menjadi pilihan Cikgu Nysa, ada rasa seperti hendak menagis pun ada juga.
Kerana selama ini dia selalu sahaja menjadi orang yang pertama akan mendapat
Epal daripada Cikgu Nysa tetapi tidak pada masa ini.
Elin merenung mata Cikgu Nysa dengan harapan agar nama yang
seterusnya akan menjadi miliknya. Elin berharap sangat peperiksaan percubaan
ini dialah yang akan mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas peperiksaan
percubaan PMR ini biarlah dia mendapat tempat yang paling tinggi dalam subjek
sejarah, iaitu subjek yang paling diminati .
“Seterusnya, 90/100
Tengku Laili Elina bt Tengku Herman” Elin tersemyum, dia agak kecewa dengan
keputusan itu, Cikgu Nysa tersenyum melihat wajah Elin yang agak kusam, mungkin
Elin akan mendapat lagi baik dalam PMR sebenar nanti.
“Terima Kasih Cikgu” Elin menyambut kertas jawapan dan.. seperti
biasa dua biji Epal yang dihulurkan Cikgu Nysa. “Jangan mudah putus asa Ely,
mungkin awak akan dapat lagi baik nanti” Elin hanya mampu tersenyum dibibir. Pedih,sakit
dihati ditahan seorang diri.
***
Kenapa aku dapat macam ni hah? Kenapa aku tak boleh dapat
yang tertinggi?
“Cikgu harap masa percubaan nanti ramai yang dapat ‘A’ ya.
Elin.. awak orang kuat saya, awak mesti dapat yang tertinggi tahu? Pegang
kata-kata saya, siapa yang dapat paling tertinggi akan mendapat 3 biji buah
Epal dan duit RM30.00”
Kata-kata Cikgu Nysa sebelum percubaan, aku dah berusaha
tapi.. kenapa aku tak dapat?? Maafkan saya, saya dah buat cikgu kecewa.
***
“Assalamualaikum..”perlahan sahaja kedengaran salam
ditelinga Elin. “Amboii ai, termenung apa tu ha?”
“Adik tak dapat yang
tertinggi la dalam sejarah..” perlahan saja suara Elin seperti dibawa ditiupan
angin petang di laman rumah mereka yang serba mewah.
“Laa.. tu je ke? Termenung macam orang mati laki je
lagaknya. Sebelum ni bukannya tak kisah ke dapat yang tertinggi atau tak, ni
apasal pulak?”
“Tu mata pelajaran lain la.. orang tengah fikir sejarah
ni..”
“kenapa tiba-tiba je nak kisah pasal sejarah ini? Owhhh..
sebab buah epal ea?”
“Adik tak boleh la kalau ada orang lain yang dapat buah epal
dari cikgu Nysa lebih dari adik..” Elin cuba jadikan itu sebagai alasan untuk
dia terus minat dalam sejarah. Jika di tingkatan 1 dan 2 dia tak minat langsung
pada sejarah tahun ini dia tak boleh begitu.
“Bagus la kalau macam tu adik boleh jadikan alasan itu untuk
adik lawan kawan-kawan adik yang lain”
“Emm..tapi sekarang adik dah kecewa sebab dah ada yang
potong adik”
“Adik simpan kata-kata abang ni, Orang yang menang tidak
akan berhenti, orang yang berhenti tidak akan menang.” Elin terdiam memikirkan
kata-kata Tengku Luqman sebentar tadi..
“ Terima Kasih abang
man” Kata-kata dari Tengku Luqman Hakimi bin Tengku Herman Berjaya menaikkan
semangat Tengku Laili Elina bt Tengku Herman kembali.
***
“Semuanya sudah saya curahkan pada kamu semua,saya harap tak
ada yang akan menghampakan saya ok?”
“Ok! Cikguuu!!” bergema kelas tingkatan 3 pintar dengan
jeritan penghuni bilik tersebut. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi peperiksaan
PMR akan berlansung, semua pelajar tingkatan tiga sibuk dengan urusan
masing-masing begitu juga dengan Elin.
“Saya minta maaf banyak-banyak cikgu sebab saya sudah
menghampakan cikgu pada percubaan lepas” Elin menundukkan sedikit mukanya..
takut untuk bertentang mata dengan guru itu..
“Saya percaya awak boleh buat yang lagi baik, kali ini saya
letak harapan yang tinggi pada awak ‘8A’ ok?”Cikgu Nysa mengemgam jari jemari
Elin.. untuk memberi kekuatan kepadanya.
“saya cuba untuk buat yang terbaik cikgu” kata Elin.. Cikgu
Nysa membuka almari laci mejanya dan mengeluarkan tiga biji buah Epal merah dan
menyerahkannya pada Ely.
“Awak jangan makan Epal ni, simpan.. awak anggap tiga
biji Epal ni seperti kita, satu saya, kedua awak dan ketiga ‘8A’ awak yang
selama saya cuba bagi dekat awak, dan awak mencuba untuk mendapatkannya.
Simpan..” kata Cikgu Nysa akhirnya
mereka berpelukan, Elin berasa seperti dia akan berisah jauh pula dari Cikgu epalnya
itu.
***
Petang ini merupakan kertas terakhir Elin, iaitu kertas
sejarah. Lagi lima minit lagi Elin perlu berada di dalam dewan peperiksaan,
tetapi bayang Cikgu Nysa belum lagi kelihatan.
“Pelajar tingkatan tiga awak semua boleh bergerak masuk ke
dalam dewan” penguguman dari guru yang bertugas pada hari itu. ‘Masa dah
suntuk, aku tidak boleh menunggu Cikgu Nysa lagi’ Elin melangkah masuk juga ke
dalam dewan peperiksaan, janji Cikgu Nysa dia akan berjumpa aku sebelum aku
masuk ke dalam dewan tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
***
“Abang, kenapa cikgu Nysa tak datang tadi?” soalan yang
pertama yang Elin tujukan pada abangnya
selepas pintu penumpang hadapan kereta dibuka.
“Elin tak tahu ke?” suara Tengku Luqman serak, matanya
merah.. yang peliknya dia berbaju melayu, berkopiah.. kenapa ni?
“Abang.. ke..naapa ni?” Elin terkejut dengan sikap abangnya
ini.. seperti sesuatu yang buruk telah berlaku.. tetapi apakah perkara buruk
itu?
***
Hari ini keputusan PMR keluar. Juga merupakan hari yang
bersejarah buat pelajar tingkatan tiga. Pelajar cemerlang akan diumumkan
sebentar lagi..
“Pelajar cemerlang PMR pada tahun ini jatuh kepada..”
“TENGKU LAILI ELINA BT TENGKU HERMAN!”
Perasaan aku.. bercampur-baur, alangkah baiknya jika Cikgu
Nysa juga dapat hadir pada hari ini? Tapi.. apa yang boleh buat, jodoh, maut,
pertemuan di tangan Allah s.w.t
***
Elin duduk atas katil empuknya sambil jari-jemarinya bermain-main dengan tiga biji buah Epal
pemberian Arwah Cikgu Nysa yang terlibat dalam kemalangan ketika dalam
perjalanan hendak ke sekolah, pada petang Elin mengambil peperiksaan sejarah. Arwah meninggal pada tempat kejadian, akibat
pendarahan teruk di bahagian kepalanya, dan tidak sempat diselamatkan.
Tengku Luqman Hakimi pula rasa bersalah terhadap dirinya
yang kini ditanggungnya sorang-sorang kerana tidak sempat meluahkan rasa
hatinya kepada arwah. Mungkin abang akan berjumpa dengan perempuan yang lebih
baik dan cantik lagi dari arwah. Kepada Elin pula mungkin ini akan memberi
semangat kepadanya untuk lebih berusaha lagi.
Kata-kata terakhir dari beliau masih lagi segar diingatan
Elin.
“Awak jangan makan Epal ni, simpan.. awak anggap tiga biji
epal ni seperti kita, satu saya, kedua awak dan ketiga ‘8A’ awak yang selama
saya cuba bagi dekat awak, dan awak mencuba untuk mendapatkannya.
Simpan..”
Semua ini.. kerana epal cikgu..
TAMAT
Nice post, thanks for sharing this wonderful and useful information with us.
ReplyDelete1988 Cadillac Seville AC Compressor
huhhh. cikgunya meninggal dulu sebelum sempat bkongsi kejayaan. uu~ sdihnyeeee
ReplyDeleteA'aa.. thanks sudi bace :D
ReplyDeletesame2. blog berwajah baru. comel doodle !!! :D
ReplyDeleteciksukaberangan :
ReplyDeletehehe. comelkan? bukan saya buat, orang bagi :D