16 December 2013

Malam tu?

Assalamualaikum..

Wahh. TERasa lama tak menaip disini. Entri Pensil kali ni Pensil nak mencari siapa Pensil yang sebenarnya. Bolehkah?  Pensil nak cari balik kenapa dan macam mana blog ni boleh wujud. Yang paling penting Pensil nak mencari balik tujuan Pensil berblog.

Kenapa tiba-tiba Pensil jadi macam ni? Kenapa tiba-tiba Pensil nak mencari balik semua ni? Semua ni kabur-kabur. Ada something yang jelas lagi nyata. nak tahu? Semua ni sebab malam tu..




Malam tu Pensil dikhabarkan yang Pensil telah menangis selama sejam! Pensil? Menangis? Pensil ni seorang yang.. bukan hati batu! tapi.. yang susah nak menangis. susah sangat!

Contonya bila ada satu kematian ahli keluarga, kawan rapat.. Pensil tak pernah menangis. Pensil tak suka. Tapi terasa la juga sayu di hati. Cuma air mata tu susah sangat nak jatuh.Cuma.. satu benda sahaja yang boleh buatkan air mata Pensil jatuh, mengalir dengan laju.. Apa? Tahu?


MAK AYAH


Bila cerita pasal 2 perkataan tu, mata Pensil berkaca. Pensil tak boleh tahan. Mesti jatuh. Pensil dengan mak ayah mana rapat. Pensil pun tak tau kenapa. Tapi hati Pensil sebak, bila teringatkan beban untuk pemedahan Pensil yang.. tak mampu Pensil nak cari kos sebanyak tu. Memanglah pasal pemedahan tu dah settle, dah cari cara lain untuk Pensil. Tapi.. ada jugak kos yang diperlukan untuk rawat Pensil ni. Arghh. kenapa tiba-tiba masuk bab ni. tak suka -_-" 


Jadi, malam tu Pensil menangis semahunya selama sejam sebab terkenangkan mak ayah plus pemedahan tu. Lagi Pensil teringatkan blog ni. Pensil sedih. tah tak tahu kenapa. Yang pasti Pensil kena cari kenapa semua ni ada. Pensil tak nak terpesong dari tujuan asal. 

 Memang semua persoalan diatas hanya Pensil sendiri yang boleh jawab. Tapi.. Pensil nak tau juga pandangan kenalan-kenalan yang pernah, selalu melawat blog Pensil. Apa yang hampa nampak yang ada pada blog Cik Pensil? Sekarang ni Pensil dalam proses mengenal balik tujuan Pensil berblog. Bagilah apa-apa nasihat yang boleh pensil ambil.

Terima kasih ^_^

Oh ya. malam tu? malam apa ya? sebenarnya Pensil pergi kem 5 hari, jadi disana, hati Pensil telah dibasuh sepenuhnya.Lepas Pensil menangis tu mata Pensil bengkak 2 hari. rasa lawak pulak. mungkin sebab jarang menangis. Rasa tenang sangat lepas menangis tu, sebab masa menangis tu Pensil cakap dengan diri sendiri dan Pensil luahkan semua dekat atas kertas sebelum tu. Tolong Pensil untuk cari balik semua ni?

12 comments:

  1. Cik Pensil adakah kita mengalami masalah yang sama?
    Serious, saya pun sedang berfikir kenapa saya buat buat blog?
    Kenapa blog saya lari dari tujuan asal?
    Kenapa sekarang saya sudah malas berblogging? haha..

    ReplyDelete
  2. Sama dengan saya. Mungkin awak boleh cari idea idea baru dalam blog. Suka baca entry cik pensil ^^

    ReplyDelete
  3. saya cuma fikirkan 1 jer masa berblog ...bila ada masalah , nak cerita dekat kawan, belum tentu dia faham dan mungkin akan lebih memburukkan lagi keadaan. So, saya tuliskan dalam blog saya. Hati jadi lega ..tak banyak tapi sikit. Lagi-lagi bila dapat komen yang membina dari visitor ...

    Ape pun , apa juga masalah yg pensil hadapi , harap bertabahlah . Ingat , Allah tak kan uji hambaNya dengan ujian yang tak mampu ditanggung oleh hamba itu sendiri...

    Jadi bersabar ye .. teruskan berblog, saye akan bace .. hehe ..
    Have a good day pensil . =)

    ReplyDelete
  4. hu2.. baru2 ni teman pun ada bersikap mcm tu gak.. malas n taktau apa tuju berblog ni.. semua semua keadaan kesihatan yang x berapa sihat .. demam dan sebagainya.. tapi sekali emnaip.. memang taknak berhenti pulak.. adoii.. apa2 pun.. keep on moving dear.. sayangilah blog kita.. heee.. jom terjah blog teman.. klik link ni.. ada entri terima kasih buat Cik Pensel tersayang.. =)

    http://tengkubutang.blogspot.com/2013/12/blog-masuk-remaja-ruangan-siber-blogger.html

    ReplyDelete
  5. sy pestime dtg cni.so xleh nk komen lg psl blog awk huhu

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum cik pensil...

    Akak rasa dh lama akak dtg blog cik pensil...masa tu akak membalas kunjungan cik pensil ke blog akak...akak suka sgt dgn tulisan cik pensil...wpun ringkas tp sgt matang dn buat akak berfikir..mula2 akak fikir cik pensil adalah perempuan yg dah dewasa,mungkin seorang penuntut U...Baru2 ni,masa akak baca entri hati kecil hati besar cik pensil..akak terpanggil nak tau siapa diri cik pensil sebenarnya..akak cuma terjumpa,cik ensil ada tulis...doakan sya berjaya dlm SPM(lebihkurang beginilah...hehe) masa tu akak terkejut kemudian tersenyum sendiri...cik pensil cuma seorg remaja rupa2nya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu impian saya selama saya masa sekolah. saya selalu tanya kawan2 saya "bila kita nak matang?"

      akak dah bagi satu spirit kepada saya. terima kasih :)

      Delete
  7. Kadang2...akak rasa tulisan cik pensil comel sgt..tak tau nak gambarkan kecomelannya..sama sprti komen2 cik pensil di blog akak...

    Akak rasa,cik pensil tak pernah meluahkan kesedihan atau isi hati cik pensil di blog cik pensil ni(maaf ye,kalau akak tak dpt menyelami hati cik pensil).....tp malam ini...entri cik pensil ni dah buat akak rasa sebak.... :( gambar tu....mungkin cik pensil secomel gambar tu ketika menaip entri ini.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pensil jarang sangat luahkan perasaan dekat sini. pensil akan buat, bila pensil betul2 tertekan..

      terima kasih kak, terima kasih ;)

      Delete
    2. Sama2 kasih cik pensil sayang....take care ye....

      Delete
  8. wei...kem yang ustaz Sofi bagi tau sebelum kita SPM ke? So..macam mana sekarang ok dah...? :)

    ReplyDelete