05 April 2014

Dahaga

                               بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anak itik bermain rakit,
Itik  comel kepunyaan Anis,
Berjuang itu memang pahit,
Tetapi, syurga itu lebih manis.

Walaupun sekarang zaman canggih, macam-macam info yang kita boleh dapat dengan hujung jari tapi, masih ramai lagi yang belum dapat info tentang islam.  

Walaupun kita bukan seorang pendakwah, dai'e, ustaz, ustazah, cikgu dan seangkatan dengannya tapi, tu tak bermaksud ataupun menghalang kita dari berkongsi, mengajak, mengajar orang yang dahagakan ilmu islam ataupun orang yang tak tahu langsung tentang islam.

Walaupun dengan kita berbuat demikian tiada sesen pun yang masuk kepada kita tapi, ingatlah syurga sedang menanti.

Sebarkan ilmu yang kita ada, kerana ilmu itu akan hilang jika tidak di-shared.

***
Pensil terkedu, bila dapat surat dari seorang 'adik' yang berumur dalam lingkungan 12 tahun, kata-katanya lebih kurang begini..

"Terima kasih kerana kakak mengajar saya membaca, kalau tidak sampai bila-bila pun  saya tak boleh membaca."

Ini baru sorang, masih ramai lagi yang menunggu 'kita'..

Pesanan Ikhlas untuk diri sendiri juga :')

5 comments:

  1. Terkadang kita diperlukan walaupun kita sendiri tidak perasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. melainkan peka dengan keadaan sekeliling. betul?

      Delete
  2. akk memang suka kongsi apa yg akk tahu... bukan tunjuk pandai, tapi kongsi

    ReplyDelete
  3. simpan duit, duit tak hilang. simpan ilmu, ilmu akan hilang.. kan? :) tahniah dah mengajar ye skrg..

    ReplyDelete
  4. ilmu yg baik itu utk dikongsi.. nice sharing ^^

    ReplyDelete