03 June 2015

Hati Remaja

Hati? Yang berbentuk love itu ye? Apa makna love? Sayang? Sayang yang macam mana ya? “Abang sayanggg adik! atau saya sayanggg awak?” begitukah?

Itu hati yang berbentuk love. Sekarang, mari kita bercerita tentang hati yang ada dalam badan kita. Kita masuk dalam hati, kita selongkar apakah yang mempengaruhi hati kita.
Pernah terasa atau berasa serba salah? Kalau pernah dan selalu rasa begitu saya ucapkan tahniah dan syabas kepada anda. Mengapa? Haaa! Sebab selalunya, bila kita berada dalam situasi serba salah ni mesti kita sudah sesuatu kesalahan. Betul tak?

 Tipu itu  dimulut tetapi, tidak dihati.  

Apabila kita menipu di mulut sedangkan hati kita menidakkan apa yang mulut kita katakan.  Jelas lagi nyata yang mana lagi jujur? Hati atau mulut? Sedangkan kedua-duanya kita sendiri yang kawal.  Sebab itulah diakhirat nanti mulut kita akan dikunci. Hati kita pula yang bercakap sebab hati tidak pandai menipu. Setuju?

Lintasan hati. Haaa! Tahu macam mana? Contohnya bila kita nak solat. Kita akan niat dalam bahasa arab dulu selepas itu takbir

“Allahhuakbar” selepas itu kita niat pula dalam hati

“Sahaja aku solat subuh 2 rakaat kerana allah taala.”

Antara niat bahasa arab tadi dengan niat bahasa melayu ini yang mana wajib? Bahasa? Bahasa Melayu!
Bahasa melayu yang dilintaskan di hati tu yang wajib tau.  Sebab apa niat dalam Bahasa melayu wajib? Sebab bahasa melayu tu kita lintaskan dihati tetapi, kalau seseorang tu gunakan bahasa arab sebagai niat solat yang dilintasan dihati seperti di Negara Arab? Niat dalam Bahasa arab tu jadi wajiblah. Jadi, gunalah apa-apa bahasa pun asalkan kita lintaskan dihati. Niat itu di ha? ti..(hati)

Apa pula kaitan niat solat  dihati ini dengan menipu diatas?
Kaitanya ialah walau apa pun yang kita lakukan. Kita kena betulkan niat kita dulu. Apabila niat di hati kita betul segala keputusan yang kita lakukan akan mendapat rahmat daripada Allah swt.

Tahu tak apabila kita berniat mahu membuat kebaikkan kita sudah mendapat kebaikkan yang ingin kita lakukan walaupun kita belum lakukan lagi kebaikkan itu? Seronok kan? Belum buat tetapi sudah dapat. Di ibaratkan macam belum buat kerja tetapi, sudah dapat gaji. Haaa.. Sapa yang tak seronok kan?

Berbalik kepada cerita perasaan bersalah apabila sudah membuat salah. Sepatutnya, semua orang yang buat salah wajib rasa bersalah sebab apa? Sebab dia sudah membuat kesalahan. Tidak kiralah kesalahan itu besar atau kecil.
Malangnya, hari ini siapa yang rasa bersalah apabila buat salah? Kalau saya bagi 100% berapa peratus yang rasa bersalah apabila dia ter..tipu mak ayah? Ter..ambil hak orang tanpa kebenaran? Dan lain-lain.

 50% ada? Cuba keluar dari tempat anda cuba tengok berapa ramai yang tinggal solat? Berapa ramai yang menipu mak ayah? Berapa ramai yang berzina? Buat maksiat? Fikir-fikirkan.

Awal-awal tadi mengapa saya ucapkan Tahniah dan syabas kepada mereka yang rasa bersalah, tak senang duduk apabila telah berbuat salah tak kira besar atau kecil?
Sebabnya mereka yang ada perasaan ini jarang buat salah. Tak berani pun nak buat salah. Takut dengan Allah. Takut dengan dosa-dosa yang bertimbun.

Jadi masih terbuka luas ruang-ruang kepada mereka ini untuk membetulkan kembali kesalahan dengan membetulkan niat dihati. Ingat, Allah itu maha pengampun.

Bagaimana pula dengan mereka yang sering membawa masalah, bergelumbang dengan maksiat? (dosa besar) Sudah tentunya dosa mereka bergunung-gunung. Selalunya orang sebegini sudah tidak ada perasaan bersalah. Hati sudah hitam. Bolehkah kita cuci kain yang bewarna hitam kepada putih? Macam mana dengan hati?

Ini kes parah. Doktor pun tak boleh nak mengubat. Tapi jangan lupa yang semua penyakit itu ada ubatnya dan dalam al –quran ada semua ubat-ubat yang diperlukan.
Nak tahu tak satu cara untuk basuh hati?

 Caranya ialah dengan menangis. Menangislah minta ampun kepada Allah kerana Allah itu maha Pengampun. Allah sentiasa mendengar luahan hati hambanya.
Pinjam beberapa minit anda diatas tikar sejadah. Anda mesti lakukan ini. Ikhlaskan hati, betulkan niat, rendahkan diri, luahkan segala-galanya kepada-Nya dan menangislah sepuasnya-puasnya. Menangis. Menangislah! Biarkan air mata anda mengalir tanda anda menyesal atas apa yang telah anda lakukan!

Percayalah jika anda bersungguh-sungguh melakukan apa yang saya tulis diatas, hati anda akan rasa tenang.. lapang.. Sebab apa? Sebab semuanya bermula dari hati. Apabila niat kita terkeluar dari landasan, hal ini akan memberi kesan kepada hati kita.


Ingat! Allah akan beri hidayah kepada hambanya yang meminta. Jadi, apa tunggu lagi? Bermohonlah kepada-Nya agar kita semua diberi Hidayah. Mudah-mudahan rintihan kita didengari dan diterimanya. Amin..

5 comments:

  1. Hati2 dlm menjaga hati kerana rapuhnya hati akan mcm2 terjadi...indahnya hati ciptaan Allah inikan? Serapuh-rapuh dan selemah-lemahnya, hati jugak lah yang beri kita kekuatan.

    ReplyDelete
  2. kenapa hati berbentuk love?

    ReplyDelete
  3. Satu peringatan berguna cik pensel :)

    ReplyDelete