Mesti ramai yang tak lepas tengok gambar Vanila coklat kan? siap ada yang buat gambar tu sebagai lambang cinta Bf ngan Gf g kan? Bf Vanila Gf coklat.. hehe ade ke? ada. kawan saya ada buat macam tu. haha. tak kisah la apa-apa pun kan. itu hak masing-masing. Puding ni saya punya resepi :D haha. Jomlah try buat.
Bahan-bahan :-
*Agar-agar satu paket
*Susu Tepung 7 sudu teh
*Coklat masakan @ Milo 7 sudu teh
*Gula 2 cawan
*Susu Cair satu tin
Cara membuat :-
-Masak agar-agar hingga hacur bersama gula.
-Selepas itu masukkan susu cair.
-Masukkan 7 sudu teh susu tepung ke dalam cawan, tambahkan sedikit air panas, kacau sehingga pekat.
-Kacau 7 sudu teh milo ke dalam cawan lain, tambahkan air panas dan kacau.
-Jika anda mahu menggunakan coklat, masak coklat sehingga cair.
*cara masak coklat : letakkan periuk berisi air atas dapur, coklat masak dicincang dan masukkan ke dalam bekas lain dan diletakkan atas air panas dalam periuk tadi.
-Bahagikan agar-agar tadi kepada dua bahagian
-Satu anda masukkan susu tepung dan satu lagi milo atau coklat.
-Masukkan bahagian coklat ke dalam loyang dan disusuli susu tepung.
-Jika anda menggunakan coklat, saya cadangkan anda tak perlu bahagi adunan tadi. Masukkan agar-agar yang dicampur dengan susu tepung, agak sudah sejuk sedikit, terus masukkan coklat yang telah dicairkan tadi. terpulang kepada anda bagaimana anda ingin memasukkannya.
-Biarkan ia sejuk.
Puding yang saya buat tu, saya guna coklat masakan. tapi bila saya rasa coklat tu, dia rasa macam ada lemak sikit. saya pernah buat guna milo, tapi bila dah disejukkan akan nampak serbuk milo tu kat bawah. tapi kalau guna milo lagi sedap dari coklat. ok terpulanglah nak guna apa pun. kalau guna milo nampak tak berapa cantik tapi sedap.. hehe
SEKIAN. SELAMAT MENCUBA ^^


