Assalamualaikum
Sifat bakal iman a.k.a sifat bakal suami , bila hendak mencari pasangan hidup mestilah cari yang baik-baik kan ? nak
buat teman sepanjang hayat dan yang akan meimankan solat kita sekeluarga . Iman
ini juga yang akan mendidik kita ke jalan Allah SWT , Cik Pensel pun kalau
boleh nak jugak bakal iman a.k.a suami yang ada sifat-sifat kat bawah ni ,
malah mesti ramai lagi wanita-wanita yang diluar sana yang nak bakal suami
diorang yang mempunyai sifat-sifat macam ni kan ? marilah kita tengok
sifat-sifat yang didamkan ini =)
Sifat calon IMAM yang baik:
- Kuat agamanya selalu menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.
- Akhlaknya baik seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lemah lembut mudah bertolak ansur.
- Amanah tidak dan tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya .
- Tidak boros dan tidak kedekut tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
- Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
- Pergaulan terbatas tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
- Pergaulan yang baik , mempunyai rakan yang pergaulan seseorang itu biasanya terbatas .
- Bertanggungjawab terhadap keluarganya yang baru dibina juga ibu bapanya.
- Memiliki wajah yang tenang tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Lelaki yang baik
untuk perempuan yang baik !
Wahai lelaki jadilah
lelaki yang mempunyai sifat-sifat seperti diatas =)
begini sifat bakal suami cik pensil ya...he..he
ReplyDeleteYe , doa2kan lah supaya Cik Pensil akan dapat suami yang macam ni yer .
ReplyDelete