28 January 2012

Cerpen: Dimana Ayie? Part 2




“Stand up class, Good morning teacher!” nyaring sahaja suara Akmal merangkap ketua kelas kami 4Bestari, yang berbadan gempal berkaca mata dan bersongkok hitam, sekali pandang seperti Tunku Abdul Rahman pun ada, dua kali pandang.. Err ..

“Sit down, class” dibalas oleh teacher  Yani . Seperti yang diarahkan kami sekelas duduk semula. Seperti biasa apabila tiba sahaja waktu teacher Yani yang mengajar bahasa inggeris itu kelas tidak pernah bising , semuanya diam menikus takut akan teacher Yani, sebelum teacher marah-marah lebih baik aku mengeluarkan buku teks, yang aku ambil dari bawah meja dan  membaca isi yang terkandung dalam buku tersebut. Buku sahaja depan mata tapi fikiran aku melayang memikirkan Ema, kemana pula perginya Ema. Selepas perhimpunan pagi tadi terus lesap entah kemana.

“tuk! tuk!” ketukan dari pintu utama kelas kami.

“Assalamualaikum Teacher” kedengaran suara dari luar kelas. Aku memanjangkan leher aku untuk melihat siapakah yang menggangu sesi pembelajaran kami ini . Aku mengerutkan dahi apabila Ema masuk ke kelas.  Muka Ema nampak lesu sahaja seperti tidak bermaya ‘Ema ni dari mana sebenarnya? macam sakit sahaja’
Ema masuk ke dalam kelas menuju ke arah teacher, nampak seperti bercakap sesuatu aku tidak dapat menangkap  apa yang diperkatan Ema kepada teacher itu. Ema mengisi tempat kosong disebelah aku yang sememangya menjadi tempat Ema sejak awal tahun lagi.

Tidak sempat aku hendak bertanyakan apa-apa lagi Ema bermula dahulu .“Ely, aku dah tak tahan, perut aku sakit sangat, aku rasa aku dah keracunan makan, papa aku dah tunggu aku dekat bawah, aku balik dulu ya, nanti petang datang rumah aku kita bincang homework” Ema mengemas semua barang-barangnya dan dimasukkan ke dalam beg sekolah dan selepas itu dia bersalam dengan teacher Yani. Kesian Ema keracunan makanan la pulak. Terpaksa la aku duduk sorang-sorang hari ini.

Selepas loceng rehat  berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat, aku masuk ke dalam kelas. Terkejut beruk aku, tapi aku rasa aku comel lagi dari beruk, mana taknya ada seorang budak lelaki ni sesuka hati dia je duduk dekat tempat aku, kelas mana dia ni? Tak pernah nampak pun sebelum ni, dia ni salah kelas ke?

“Ehem.. Encik, untuk pengetahuan Encik ini tempat saya Elysa Binti Qaium ” Lelaki tu membuat muka pelik bila aku kata ni tempat aku, tak nampak ke beg aku yang comel kat kerusi tu hah? Siap ada nama aku lagi kat beg tu. Err sebenarnya dia duduk dekat tempat Ema tempat aku sebelah tingkap tapi! sebelah tu tempat aku. Ayat aku salah kot, sepatutnya aku kata ‘Encik ni tempat kawan saya’ eh? Apasal pulak aku nak berEncik-Encik dengan dia ni? Lantaklah .

“Err.. maafkan saya ya, kalau tidak silap saya tempat ini kosong, sebelah tingkap tu je yang ada orang, mungkin itu tempat Cik Elysa Binti Qaium” nahh .. ambik sebijik! Apa yang aku nak balas ni? Idea-idea, cepat-cepat.

“Memang la tapi tempat Encik ....?”

“Haris.. Haris Bin Fauzi”

“Ahh, ya.. Encik Haris, saya rasa Encik Haris ni dah salah tempat, ini tempat kawan saya Ema” sedap jugak nama dia Haris..

“Saya tahu itu, tapi Cikgu Ekram yang menyuruh saya duduk disini sebab kawan awak yang duduk disini dulu dah nak pindah sekolah” Apa?! Ema dah nak pindah ? kenapa boleh aku tidak tahu hal ni? Kenapa dengan Ema? Adakah aku orang terakhir yang tahu akan hal ini? Ema pun nak tinggalkan aku macam…macam Ayie.. Ya, sampai sekarang aku tidak pernah mendapat berita tentang Ayie ..

“Err.. Ely, saya tahu awak tak suka saya duduk disini tapi jangan la sampai nak menangis. Tak apalah saya boleh duduk dekat tempat lain, awak jangan la menangis, takut saya” Aku ada nampak macam hendak menangis ke? Apasal mamat ni takut kalau aku menangis? Adakah aku akan bertukar menjadi serigala jadian bila aku menangis ? sampai nak takut-takut dengan aku ni? haishh pelik mamat ni.

“Awak nak duduk dekat mana pulak? Saya tak nampak pun tempat kosong dalam kelas ni. Awak nak duduk dekat mana ?” Peliknya mamat ni. Dia dah garu kepala, ha tu la cakap tak nak fikir dulu. Kesian pulak mamat ni.

“Awak duduk ja dekat tempat Ema tu, lagi pun Ema dah nak pindahkan?” Aku ‘terpaksa’ jugak duduk disebelah mamat ni tapi hensem jugak ‘Aihh , jangan-jangan’

“Err.. awak betul ke awak tak kisah kalau saya duduk sebelah awak ni?”

“Awak dah duduk pun” Apalah mamat ni.

“Habis tu kenapa awak macam hendak menangis je tadi?”

“Dah jangan banyak tanya, nanti saya bertukar jadi serigala jadian baru awak tahu!” Banyak tanya pulak mamat ni, eh? Dia takut dengan aku ke? Kah,kah lawaknya mamat ni.

Daripada aku fikir mamat ni , lebih baik aku fikir tentang Ema.. sampai hati Ema. Aku selalu berdoa lepas solat agar aku dapat berjumpa kembali dengan Ayie dan Ema akan menjadi sahabat yang ada masa aku susah dan senang begitu juga dengan Ema tapi? Ema yang seperti tidak menganggap aku sebagai sahabat dia. Tengoklah apa yang dia telah buat sekarang pada aku.

***

“Ema, kenapa kau tak bagitahu aku yang kau nak pindah hah? Sampai hati kau. Aku kan kawan kau, kawan rapat kau, kenapa benda penting macam ni aku boleh tak tahu?” aku sangat-sangat terasa dengan perbuatan Ema, jika difikirkan balik tiada sesiapa pun yang boleh terima kawan baik dia berbuat begini. Tapi aku yakin Ema ada sebab tersendiri sebab itulah aku ada dirumahnya sekarang ini.

“Ely, aku tahu yang kau marah sangat dengan aku, aku tak sanggup berpisah dengan kau, aku tak sanggup berjauhan dengan kau, aku takut kau terkejut nanti, sebelum Ayie pun  buat macam ini juga kan.. sebab itu lah aku tak bagitahu kau. Maafkan aku Ely” Ema sudah menitiskan air matanya, aku juga. Salah aku.. Aku terus memeluk Ema, aku tak sanggup nak berpisah dengan Ema aku tiada kawan selain dari Ema, perasaan sedih dan sebak yang pernah aku rasakan 12 tahun lepas datang kembali tanpa dijemput. Aku tidak pernah lupakan kenangan 12 tahun lepas dan saat ini.. Aku terpaksa relakan pemergian dua orang sahabat aku.

“Ema, kau nak berpindah ke mana?”selepas Ema berpindah nanti aku boleh hubungi dia dengan kemudahan yang tersedia ada pada hari ini.

“Johor, papa aku terpaksa bertukar  kerja ke sana” jauh jugak .. Aku harap Ema tidak akan melupakan aku seperti Ayie.

Kami bersembang  hingga ke magrib, aku sudah mintak izin umie untuk tidur di rumah Ema. Umie yang faham akan perasaan aku yang bakal berjauhan lagi dengan seorang sahabat dunia akhirat ini, nasib umie tak menghalang. Sudah berapa kali aku berpesan dengan Ema agar tidak melupakan aku seperti bersama Ayie suatu ketika dahulu.

Esok Ema akan berpindah ke rumah baru. Aku ada jugak cerita kepada Ema tentang Encik Haris tu , Ema kata 'rugi sungguh dia tidak dapat berkenalan dengan Haris tu’ Haha , tu la Ema kenapa hendak pindah awal-awal sangat kan?


Hari ni aku lambat sikit masuk kelas ada perjumpaan pengawas tadi. Dalam  perjalan hendak ke kelas aku yang berada di blok B, aku ternampak seorang mamat ni bukan main seronok lagi  bergelak ketawa dengan seorang perempuan ni dekat depat toilet perempuan pulak tu, dekat blok D, tapi kenapa aku rasa macam kenal je dengan mamat tu. Jauh sangat tak berapa jelas pulak. Siapa hah? Eh diaorang tengok sini lahh. Alamak! Lebih baik aku masuk dalam kelas nanti kena marah pulak dengan cikgu.

Fuhh! Nasib baik cikgu tak masuk lagi, eh? Pergi mana pulak mamat sebelah ni? Takkan tak masuk kelas lagi kot? Dah lebih 15 minit dah ni, sepatutnya lepas perhimpunan semua pelajar perlu berada dalam kelas dan Cikgu yang berkenaan perlu juga berada dalam kelas, mana cikgu ni haisshh , potong gaji baru tau ! Beg mamat ni ada tapi tuanya pulak tiada. Lantakla, yang aku fikir sangat fasal dia tu kenapa? Dah.. dah!

“Bangun kelas, Assalamualaikum cikgu” aku pun bangun “Asa….” Tak gunalah Akmal ni suka main-main, aku sorang pulak tu yang bangun, satu kelas gelak kat aku buat malu je. Cikgu belum masuk lagi, aku betul-betul ingat cikgu dah masuk.  Siap kau Akmal !

“Hai, cik adik, termenung apa tadi hah?” Akmal ni tak boleh tengok orang senang langsung!

“Aku terkenangkan kucing aku yang mati tengah jalan malam tadi” jawab aku main-main. Main-main lagi dengan aku.

“Oh, kucing mati. Takpa dekat rumah aku ade banyak lagi kucing, macam-macam  warna ada, nak yang mana?” ini kalau aku layan mungkin sampai ke esok tak habis-habis lagi. Aku menjeggilkan mata aku besar-besar dekat Akmal, macam mana la rupa aku sekarang . hehe. Balik nanti tengok cerminlah.

“Ok,ok aku balik tempat aku” kata Akmal lalu berlalu ke tempatnya. Tahu pun takut, nanti aku bertukar jadi serigala jadian baru tahu. Haris masuk kelas sambil tersenyum-senyum tayang gigi dia, tahula gigi tu putih, lagi hendak tanyang ka? Aku baling dengan penyapu kat belakang tu baru tahu .

“Ely, awak nampak apa tadi?”Nampak apa? Nampak gigi dia ke? Nampak sangat la.

“Tadi kat toilet tadi tu..” kata-kata Haris terhenti disitu.. apa ek? MasyaAllah! Haris ke mamat tadi tu? Aku ambil pemadam atas meja aku tu, aku baling dekat Haris bukan main gatal lagi mamat ni, patut la dari tadi lagi tak nampak batang hidung, rupanya pergi tempah tiket nak masuk bilik disiplin. Aku boleh guna kuasa aku ni. Eh? Kejam la pulak, dia bukannya buat apa-apa pun sembang ja. Haishh, baru masuk dah buat hal.

“Takda kerja lain dah? menggatal ja tahu” Haris masih lagi menayang giginya yang putih tu, putih la sangat.

***

Aku baring atas katil, mata aku tengok ke atas.. macam ni la bila bosan, maklumlah aku anak tunggal , kawan-kawan pun  semua dah pindah. Apa yang aku nak buat ni bosan sungguh!! Guling-guling jelah atas katil ni. Best juga. hehe.

“tit tit,tit tit,tit tit” ada orang hantar mesej la pula, bagus juga time time bosan ni. Emm, siapa pula ni?

-Hai Elysa bt Qaium, buat apa tu ?

+Siapa ni?

-Peminat setia awakla, kenal tak?

+ Dah tempah batu nisan ke belum ni?

-Haishh, batu nisan pula. Orang main-main ajelah. Janganla marah-marah. Ini Haris lahh.

Nampak sahaja nama Haris, aku biarkan sahaja  mesej tu. Aku tak sukalah dengan buaya darat! Nasib la Cikgu Ikram dah pindahkan dia ke meja belakang. Mulut Haris tu macam mulut orang perempuan. Terseksa aku. 2 hari aku duduk sebelah dia, rasa macam .. rimaslahh! kejap-kejap 'Ely' , 'Ely', 'Ely' itu baru dua hari, kalau 2 bulan? Aku pindah sekolah lagi bagus!

Kalau dah bosan macam ini, apa lagi FACEBOOK la. Sebelum ni aku cuba cari Ayie dalam facebook tapi.. aku tak tahu pulak nama sebenar Ayie tu apa, macam mana aku nak cari dia. Kalau nak cari 'Ayie' beratus-ratus orang nama Ayie. Dari dulu hingga sekarang panggilan aku kepada Ayie hanyalah Ayie..  Hemmm.. Agaknya sekarang ni Ayie tengah buat apa ya? Kalau tak silap aku sekarang umur Ayie, dah19 tahun, ke 18? Entahlah. Ayie dekat mana sekarang? Aku tak tahu.

 Ayie, biarlah takdir yang menemukan kita semula. Kalau ada jodoh, kita akan berjumpa nanti Ayie.

***
Ada sambungan satu lagi part 3.

Untuk pengetahuan pembaca, ini kisah benar cuma saya telah tolak,tambah, darab, bahagi dan kuasakan dia. :p

Okeh macam mana cerita ni? saya perlu perbaiki lagi penulisan saya,jadi komen anda tentang cerpen aya sangat,sangat,sangat dihargai :')




10 comments:

  1. pandainya mengarang cerpen.

    moga berjaya siapkan sambungannya sampai habis :D

    ReplyDelete
  2. saya baru belajar, masih banyak yang perlu belajar ..
    terima kasih banyak2 ya :D

    ReplyDelete
  3. best jugak..kelakar pun ade..keep going ye fisah... :)

    ReplyDelete
  4. black rose : kelakar ke ? terima kasih banyak-banyak ya, sudi bace :D

    ReplyDelete
  5. rasanya sebagai seorang...darjah 4 kan?? dialognya tak macam budak darjah 4...akak baca macam seorang dewasa yang bercakap...
    cth...

    encik, utk pengetahuan encik itu tempat saya.....

    formal gila....

    sebab dalam hati ely, dia mempunyai watak yang ganas...hmmm
    kalau akak orang duk tempat akak...
    akak tehur aje...

    hai, maaf. siapa awak? ni tempat saya tau...(tu sopan sikit)

    kalau yg ganas...

    hey, siapa kau? ni tempat duduk aku! aku tak kenal kau...kau ni bukn kls ni kn?

    lbh kurang mcm tulah..gud luck...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. hai , jugak akak ^^
    akak, Ely tu tingakatan 4 bukan darjah 4 la.. :))
    err ... tak sesuai ke macam tu ?
    takpe cube lagi ~ :DD

    Mungkin akak confuse kot ,

    atau saya yg buat akak confuse :D

    kalau cerita yg part 1 lepas Ely umur 4 tahun , cerita part 2 ni ada kata dah 12 tahun dia tak pnah jumpa and dapat berita dari Ayie.

    12+4=16 .. Ely tingkatan 4 :)
    Cerita sebelum ni pun ada kata dah 12 tahun Ely tak pnah jumpa Ayie.
    buat akak confuse pulak .

    Saya kena cuba lagi :)) Tima kasih banyak2 :DD

    ReplyDelete
  8. rajin nyee laa adik sorang nie tulis cerpen :)

    ReplyDelete