04 February 2012

Cerpen : Dimana Ayie Part 3 Last




Ely telah melanjutkan pelajaranya di  UPSI Melaka dan bakal menjadi seorang guru dengan menyelesaikan sisa satu tahun lagi pengajiannya di UPSI.  Ema pula sedang berjinak-jinak dengan bidang perniagaan. Ema akan mengambil alih butik mamanya selepas dia mahir dalam selok-belok  dalam bidang perniagaan memandangkan dia juga anak tunggal kepada Puan Sofia dan Encik Hamzah. Butik itu diusahakan oleh mama Ema sejak 6 tahun lepas, selepas papa Ema meninggal dunia, selepas sebulan mereka berpindah ke johor.Sekarang Ema membantu mamanya dibutik mereka di johor.

Walaupun Ely dan Ema sibuk dengan hal masing-masing mereka masih lagi berkawan rapat seperti dahulu. Ely pernah beberapa kali sampai ke butik mama Ema di Johor begitu juga dengan Ema yang akan berkunjung ke rumah Ely sekiranya ada masa lapang dan akan bermalam sekali di rumah Ely. Hubungan rapat yang terjalin diantara Ema dan Ely sejak dari kecil susah hendak diputuskan walaupun mereka tinggal  berjauhan. Jarak sahaja yang memisahkan mereka.

Tetapi seorang lagi kawan Ely diwaktu kecilnya telah menghilangkan diri, entah kemana selepas berpindah ke rumah barunya, dari dulu sehingga sekarang sudah 18 tahun berpisah dan selama itu juga mereka tidak pernah bertemu, langsung tiada khabar berita tentang Ayie. Walaupun Ely dan Ayie tidak punya banyak kenangan diwaktu kecil mereka tapi Ely tidak pernah lupa akan seseorang yang pernah muncul dalam hidupnya yang bernama Ayie, hanya nama itu sahaja yang Ely tahu, Ely pernah juga mencari Ayie dilaman sosial Facebook, tetapi tidak pernah jumpa disebabkan Ely tidak tahu nama sebenar Ayie,susah sikit untuk mencarinya, bagaimana hendak mencari kalau Ely langsung tidak tahu sedikit pun maklumat tentang Ayie.

Ely perlu praktikal di sebuah sekolah di  kedah selama tiga bulan. Umie Ely, Puan Azian, bersyukur sangat anaknya akan kembali ke rumah, sekiranya Ely di UPSI sunyi saja rumah itu tanpa Elysa bt Qaium itu. Dirumah Ely hanya tinggal Encik Qaium dan Puan Azian sahaja berdua, jika Encik Qaium ke kerja, hanya tinggal Puan Azian keseoranagn dirumah.

Esok, Ely akan mula mengajar di Sekolah Menengah  Melati Indah, sekolah itu tidak jauh dari rumah Ely, jadi senang  untuk Ely berulang –alik ke sekolah nanti, Encik Qaium juga ada belikan sebuah kereta Myvi kepada Ely untuk memudahkan dia ke sekolah nanti.

Hari ini merupakan hari pertama Ely disekolah, hatinya berdebar-debar tak menentu, takut juga untuk bertemu dengan bakal anak muridnya yang entah bagaimana rupa perangainya nanti. Hari yang amat penting bagi seorang guru ialah ketika hari pertama melaporkan diri disekolah dan pada hari persaraannya.

Hari ini Ely mengenakan sepasang baju kurung berwarna biru lembut dihiasi bunga-bunga kecil berwarna purple  dan tudung bawal berwarna purple yang dihiasi dengan batu-batu. Ely Nampak anggun sekali berbaju kurung, pagi tadi sebeum bertolak ke sekolah, Ely  sudah diperli umienya “Nanti kedatangan budak-budak sekolah Melati Indah FULL la terutamaya budak lelaki” saja hendak bergurau-senda dengan anaknya  macam ini. Ely hanya tersenyum sumbing, malas hendak melayan kerenah ibunya itu.Puan Azian belum lagi memberi tahu anaknya akan pinangan yang telah diterimanya dari Muhammad Hairie Bin Harun dua hari lepas, belum sempat lagi Puan Azian hendak membertiahu anaknya itu, memandangkan minggu ini Ely sibuk menguruskan hal sekolahnya itu. Lagipun Ely baru sampai ke kedah pagi kelmarin tapi Puan Azian tiada sebab untuk menolak pinangan tersebut. Lagi pun Ely ada juga menyuruhnya mencari calon suami untuknya, kata Ely dia hendak menikah selepas konvonya nanti. Apakah reaksi anaknya itu apabila tahu tentang penerimaan pinangan ini? Itulah yang paling ditakutkan Puan Azian.

 Ketika Ely hendak masuk ke pejabat sekolah, Ely teringat akan kata-kata seorang gurunya masa disekolah menengah dulu ‘nanti bila ada diantara kamu yang jadi guru suatu hari nanti kamu akan dapat anak murid yang mana perangainya sama seperti kamu dahulu’ Ely tersenyum sendirian sambil melangkah masuk ke dalam pejabat. ‘Err..nasib baik aku dulu baik  je dalam kelas, mintak-mintaklah anak-anak murid aku baik-baik semua.. amin’ Ely tak putus-putus berdoa agar hari pertama disekolah tiada apa-apa yang berlaku.

Selepas semua urusan diperjabat selesai, Ely juga telah mendapat sebuah meja dan kerusi di dalam bilik guru, semua tugas dah dapat, Ely perlu mulakan kelas pertamanya, pada hari pertama dia mengajar.Kelas pertamanya pada hari ini ialah kelas tingkatan 1 Bitara, Ely mengajar Sejarah. Ely laju saja berjalan ke kelas 1Bitara yang dibantu oleh seorang pelajar yang kebetulan berselisih dengan Ely, ketika Ely hendak turun dari tangga guru tadi. Baik juga budak-budak sekolah ni, budak tadi membawa Ely sampai ke pintu  kelas 1Bitara. Kata pelajar tersebut kelas Bitara kelas pertama, jadi rasanya tiada masaalah untuk Ely, taklah pening-pening kepala sangat. Terharu Ely, ada juga budak yang macam ini.

Ely melangkah masuk ke dalam kelas tingkatan 1 Bitara yang dimulakan langkah dengan kaki kanan.“Bangun semuaa! Assalamualaikum Cikgu!” satu suara yang kuat datang dari belakang kelas dan diikuti oleh pelajar-pelajar lain. Ely tidak dapat mencari pemilik suara tersebut mungkin ketua kelas teka Ely. “Waalaikumsalam kelas, ok awak semua boleh duduk”

Ely hendak memperkenalkan dirinya dan mengenal semua anak pelajarnya pada hari permualaan kelas hari ini supaya mereka dapat mengenal antara satu sama lain dengan lebih dekat barulah boleh Ely mengajar dengan baik.

“Nama saya Elysa Bt Qaium. Awak semua boleh panggil saya Cikgu Ely, saya akan mengajar awak semua sejarah dalam masa tiga bulan ini sahaja. Ada apa-apa soalan?” mana tahu ada anak muridnya yang hendak tahu tentang dirinya sikit-sikit.

“Saya cikgu” budak lelaki dibelakang sekali mengangkat tangan dan berdiri di sisi meja.

“Ya, siapa nama awak dan soalan awak?”

“Nama saya Aisar bin Rahim, saya nak tanya cikgu, cikgu dah kahwin ke belum? Kalau cikgu dah kahwin anak cikgu berapa? Cikgu tinggal dekat mana? Mungkin kita satu taman ke mana tahukan?” Aku memang dah agak, mesti nak tanya soalan ni punya, macam-macam tanya tak sempat nak jawab ada lagi soalan. Soalan yang tak dapat dielakkan, hentam sajalah..

“InsyaAllah tak lama lagi, kahwin la saya, saya tinggal dekat-dekat sini saje. Ok tanpa melengahkan masa mula dari awak hujung sana sebelah tingkap perkenalkan diri awak” kata Ely sambil menunding jari telunjuknya kearah pelajar tersebut, dapat elak dari soalan yang merapu-rapu lagi dari pelajarnya.‘tak lama lagi ?? aku cakap macam ada calon je, entah siapa la yang nak kahwin dengan aku ni’

Alhamdulilah kelas pertama pada hari itu berjalan dengan lancar, Ely dah dapat kenal semua pelajar-pelajar dalam kelas 1Bitara itu walaupun tak dapat mengingati sepenuhnya nama-nama pelajar kelas itu. Hari ini semuanya berjalan lancar, Ely melihat jam dipergelangan tangannya sudah pukul 1.30 tengahari ada lagi  sejam lagi untuk Ely boleh pulang ke rumah.Ely mengeluarkan kertas-kertas yang telah diberikan kepada pelajarnya tadi untuk menulis tentang cita-cita diorang dan mengapa mereka memilih cita-cita itu. Ely membaca salah satu  kertas tadi sambil tersenyum-senyum, lawak sungguh isi-isi yang ditulis, ada seorang pelajar ini tulis ‘Cita-cita saya adalah untuk menjadi nurse kepada sorang doktor handsome dan saya akan berkahwin dengannya dan akan menjadi pembantu suami saya sepanjang masa’ haha lawaknya. Macam manala budak tu boleh ada cita-cita yang macam ni, haihh..macam-macam perangai ada dekat sekolah ni.


“Assalamualaikum, maa macam mana ma, dia terima tak?” Hairie yang baru pulang dari Langkawi atas dasar kerja, terus masuk kedalam rumah dan bersalam dengan mamanya.

“Waalaikumsalam, emm.. mama tak tahulah nak cakap macam mana..”

“Tak tahu nak cakap? Kenapa ma? cepatla ma dia terima ke tak?”

“Tak, dia tak terima kamu. Umienya cakap Ely marah sangat dekat kamu sebab kamu pergi tanpa tinggalkan  berita untuk dia, 18 tahun Hairie! Tu,la  dulu mama dah cakap jangan buat macam ni, kamu tu degil tak nak dengar cakap mama, nak buat kejutan konon, kesian Ely tu tau. Entah-entah dia dah ada teman lelaki dah. Ha..sekarang kamu gigit la jari tu” Walaupun Umie Ely sudah terima pinangan Ayie, saja mamanya ingin menduga sebanyak mana perasaan Ayie terhadap Ely. Semua ini rancangan Hairie a.k.a Ayie. Sejak seminggu lalu sampai sekarang Ely tidak tahu yang Hairie selalu mengintipnya dan mengekorinya kemana sahaja Ely pergi sejak Ely pulang ke Kedah. 18 tahun Ayie telah mungkiri janjinya terhadap Ely, yang Ayie akan selalu datang melawat Ely dirumahnya. Tapi disebabkan rancangannya untuk mencari calon isteri terpaksa juga dia meninggalkan Ely begitu tanpa berita.

“Hahh?Tolak ma? Ma! Anak mama kena tolak?” terkejut Hairie apabila pinangannya ditolak.

“Ha, yelahh.. Ely tolak kamu, mama pun tak tahu nak buat macam mana dah”

“Maa..mana boleh macam ni ma, Ayie dah uji Ely 18 tahun ma.. Ely dah lulus! Mana boleh Ely tolak Ayie ma” Ely seorang budak yang manja dan baik. Hairie telah berjanji kepada Ely 18 tahun dahulu Ayie akan sentiasa menghubungi Ely selepas Ayie berpindah. Ketika hari Ayie akan berpindah ke rumah baru itu, Ayie telah berjanji kepada dirinya, Ayie tidak akan pernah berjumpa dengan Ely sebelum Ayie dan Ely mendapat kerja atau sudah berjaya pada masa itu dan pada masa itu Ayie akan terus masuk meminang Ely dan akan menjadikan Ely sebagai isterinya yang sah. Ayie dapat rasakan pada masa itu bahawa Ely lah yang sesuai untuk menjadi isterinya.Walaupun keputusannya pada masa itu akan mengecewakan Ely.

“Lain kali nasihat mama jangan dengar ya?” rasa bersalah pula menipu anak lelakinya itu, mama Ayie pun hendak menguji juga perasaan Ayie terhadap Ely.

“Ma.. Ayie penat ni Ayie masuk bilik dulu” Ayie juga kecewa dengan tindakan Ely yang menolaknya.Hancur hati Ayie tapi Ayie tidak akan berputus asa begitu saja. Kalau Ely sudah buktikan yang Ely sanggup menjadi guru untuk mencarinya, mengapa tidak Ayie juga begitu.Apa yang tidak boleh diterima Ayie adalah. Pinangannya DITOLAK Ely!

‘Apa yang aku harus buat?Aku berjumpa Ely dan terus terang? Ya! Mungkin itulah jawapanya’

Muhammad Hairie bin Harun seorang penceramah bebas yang terkenal di sekitar Kedah, telah mengecewakan kawan yang dianggap istimewa dari kecil dengan meninggalkannya tanpa berita semata-mata ingin melihat kesungguhan gadis tersebut mencarinya untuk mebuktikan kasih sayangnya terhadap Ayie. Ternyata gadis itu begitu bersungguh-sungguh untuk mencari sahabat lamanya.

‘Kau yang aku pilih Elysa bt Qaium’



-“Assalamualaikum.Maaf menggangu. Saya Muhammad Hairie bin Harun atau saya lebih dikenali sebagi Ayie oleh sahabat zaman kecil saya. Adakah awak Elysa bt Qaium? Kawan zaman kecil saya  dahulu? Ely.. Ayie minta maaf sangat-sangat sebab Ayie tak kotakan janji Ayie pada Ely, sebab Ayie tunaikan janji Ayie pada diri Ayie. Ayie tahu Ely manja dulu dan mungkin juga sekarang. Ayie Cuma hendak tengok kesungguhan Ely mencari Ayie.. sampai mana Ely akan mencuba mencari Ayie kembali. Ayie tak sangka yang Ely sanggup menjadi seorang guru sebab mahu mencari Ayie, Ayie tahu Ely juga tahu yang suatu hari nanti Ayie juga akan menjadi seorang guru, sebab itulah Ely sanggup menjadi seorang guru dengan harap kita akan berjumpa kembali kan? Ely.. Ely nak tahu kenapa Ayie tak datang ke rumah Ely dulu? Sebab,kata hati Ayie.. kalau Ayie tinggalkan Ely begitu sahaja tanpa berita, jika Ely  ingin bertemu kembali dengan Ayie, Ely akan mencari Ayie.. Akhirnya Ely mencari juga Ayie.. kan?? Untuk pengetahuan Ely, Umie Ely juga tahu tentang rancangan Ayie ini.. jangan marahkan Umie Ely, sebab Ayie yang melarang Umie Ely. Sekarang Ayie tahu yang Ely sayangkan Ayie kan? tapi kenapa bila mama Ayie masuk meminang Ely, Ely tolak?? Ely marahkan Ayie ke? Ayie mintak maaf sangat kalau rancangan Ayie ni.. menyakitkan hati Ely.. Tapi Ayie dah nampak dah sekarang kesungguhan Ely mencari Ayie.. Ayie nak jadikan Ely isteri Ayie yang sah.. Ayie minta maaf banyak-banyak Ely. Ayie faham perasaan Ely. Ely maafkan Ayie”  -MUHAMMAD HAIRIE BIN HARUN - AYIE-

Ely terkejut membaca email yang baru diterimanya sebentar tadi ‘Yes! Aku dah jumpa Ayie, sampai hati kau buat aku macam ini Ayie.. tapi.. apa yang aku tak faham.. kenapa dia kata aku tolak pinangan dia? Hah?’

“Umie!!!!” bergegar rumah Ely dek lupa menurunkan volume suara Ely. Ely segera terjun dari atas katil mendapatkan Umienya. Kenapa umie tak bagi tahu Ely? Kenapa Umie tolak??

“Umie! Kenapa Umie tolak? Kenapa tak bincang dengan Ely dulu sebelum buat keputusan mie?” Ely mengoncang sedikit tubuh Umienya. Puan Azian hairan melihat Ely, dahinya sudah berkerut. ‘Tolak? Apa yang aku dah tolak? Bincang apa?’

“Ely ni dah kenapa? Cuba bawa bertenang.. duduk dulu” Puan Azian menarik lengan Ely lalu menarik kerusi dan mengarahkan Ely untuk duduk, Puan Azian juga turut duduk diatas kerusi meja makan di ruang dapur yang bertentangan dengan Ely.

“Apa umie dah buat? Apa yang umie dah tolak? Cuba cerita”

“Umie.. kenapa umie tolak pinangan Ayie tu?” rengek Ely yang tidak berpuas hati atas tindakan Umienya itu.
‘Aik? Bila aku tolak? Bukan aku dah terima ke? Ingatkan nak marah pasal aku tak bagitahu tentang peminangan Ayie tu.’

“Bukan Umie tolak, Umie dah terima pun. Ayie saja-saje je kot nak main-main dengan kamu. Umie minta maaf ya Ely sebab Umie tak bagitahu Ely awal-awal.” mungkin Ayie saje-saje nak main-main dengan Ely.Duga Puan Azian.

“Betul ke Umie? Takpelah Umie..” Puan Azian sudah membuka kabinet di dapur lalu mengeluarkan kotak kecil berbentuk hati lalu menyerahkanya kepada Ely. “Nah.. buka la” arah Puan  Azian.

Ely membuka kotak yang diberi Uminya sebentar tadi “Wahhh! Umie cantiknya” Ely mengeluarkan cincin itu lalu menyarungkan ke jari manis nya. ‘Cantik memang sesuai dengan jari aku ni,pandai husband aku pilih’ bisik hati Ely. Puan Azian tersenyum gembira meliha telatah anaknya itu dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Rasanya Ely dah boleh maafkan Ayie. Hati anaknya memang lembut dan mudah dipujuk.

“Tapi mie.. sebelum-sebelum ni Ayie pernah la datang sini?”hampir-hampir terlupa tentang itu.

“Pernah.. tapi Ayie yang tak bagi umie bagitahu Ely, Ely dah tahu ke cerita sebenar?” rasanya anaknya dah tahu.

“Dah mie.. tadi Ayie ada hantar email, dia dah ceritakan semuanya.. Alamakk!! Ely lupa nak balas balik la!” macam mana la Ely boleh terlupa nak balas email tu balik, Ely berlari ke biliknya. Dia mesti balas email Ayie itu secepat mungkin. Puan Azian menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku Ely itu.

-“Waalaikumsalam. Ya, saya Elysa bt Qaium. Muhammad Hairie bin Harun? Baru sekarang Ely tahu nama sebenar Ayie.. Ayie, sampai hatikan Ayie buat macam ni pada Ely. Ayie dah tinggalkan Ely walaupun Ayie kata Ayie tak akan  tinggalkan Ely. Ayie tahu tak sejak Ayie pindah hari tu..hari-hari Ely tunggu Ayie datang rumah Ely. 18 tahun Ely tunggu Ayie.. merata Ely cari Ayie..  Ely betul-betul ingatkan yang Ayie dah lupakan Ely selama ni.. Ely sedih sangat.. Ema pun dah tahu jugak ke pasal ni? Takpelah Ayie.. Ely maafkan Ayie.. Ely tak tolak la, Ely dah terima Ayie, takkan la Ely nak tolak orang yang selama ni Ely tunggu ”- ELYSA BT QAIUM -



“Mama Cuma nak tengok sejauh mana kamu nakkan Ely tu je”

“Mama, 18 tahun Ayie merancang semua ni, tak nampak lagi ke kesungguhan Ayie? Mama ni buat malu Ayie je Ayie betul-betul ingatkan Ely tak terima Ayie terkejut Ayie”Ayie sudah terlepas tulis di email yang dihantarnya kepada Ely pagi tadi.

“Kamu tu yang gelojoh sangat, esok mama pergi bincang pasal majlis pernikahan kamu tu nak ikut tak ?”

“Mama ni mestilah Ayie nak ikut, hehe” tak sabar rasanya nak menanti saat yang paling bahagia itu.


‘Tiit,titt,titt’ siapa la yang kacau aku time orang tengah bahagia nihh..

Eh, Ayie hantar mesej la..

+ Assalamualaikum, buat apa tu? Jom keluar :D 

-Waalaikumsalam, tengah balas mesej :p macam ni ke nak ajak anak dara orang keluar?

+Yelah, habis tu macam mana lagi? Nak kena melutut ke?

-Nama je ustaz tak macam ustaz langsung :p

+Haha. Jangan lupa minggu depan :D    
                     
-Mana boleh lupa :)

Lagi seminggu saat bahagia untuk aku dan Ayie akan tiba. Tak sangka aku dah nak jadi wife orang, aku ingat lepas konvo baru nak kahwin tapi ni sebelum konvo, hehe. Asalkan aku bahagia sudah. Tak sangka Ayie nak cari isteri macam nih hehe..

18  tahun Ely menunggu Ayie.  Akhirnya mereka berjumpa juga selepas 18 tahun. Hujung tahun ini Ema akan berkahwin dengan Haris, Ely juga terkejut orang yang selalu dicerita Ema sebelum ini adalah Haris. Mungkin dah jodoh mereka.. Rancangan Ayie untuk melihat kesungguhan Ely sudah Berjaya. Ayie dan Ely juga akan disatukan tidak lama lagi.


                                                                                     TAMAT



p/s Alhamdulilah siap juga cerpen ni ^^ 

4 comments:

  1. h0ho...fisah..best2..!!..g0od j0b..
    ustaz n ckg tu...:p
    fisah..psal nurse tu cam rsa trkna kat btang hdung kmi ja..hak2..
    lau ad msa lpang bt lgi cerpen..ya..

    waniedesa s0kong..!!..=)

    ReplyDelete
  2. kih,kih.. terkene batang idung wani ke? lain kali cube elak, baru tak terkene..
    insyaAllah.. akan ada yang baru nanti :D

    ReplyDelete
  3. hakhak...bnyak idea..bgus2..tingkatkan usaha anda..kmy s0kong..hee..cover cerpen nie cntik..pndai bt..:P

    ReplyDelete
  4. cantik ke?
    hehe.. terima kasih wani :p

    ReplyDelete