06 January 2012

Jika Hati IKhlas

Assalamualaikum .

IKHLAS ni macam kita rela dengan apa yang kita buat tanpa paksaan.
Hati yang ikhlas tidak akan PERASAN dengan pujian tidak akan TERKESAN dengan kejian atau cercaan .. kerana hati itu tahu , pandanagn siapa yang perlu diutamakan .

Ikhlas ni bagi Cik Pensil ia tak dapat diungkap dengan kata-kata ,  kenapa Cik Pensil Kata macam tu ? contohnya ada someone ni tolong kita , tapi dari awal dia tolong kita muka dia masam ja , macam terpaksa ja tolong , pastu kita kata kat dia "takpalah biar aku je yang buat ni , susah-susah ja tolong aku" pastu orang  tu balas balik , "Eh, takpe-takpe ada sikit je lagi nih , aku ikhlas nak tolong ." ikhlas di mulut je , tapi hati ?

Kalau kita ikhlas nak buat something macam nak tolong orang lain , hati kena ikhlas , ikhlas tu tak perlu nak  diungkap , orang lain aku tahu yang kita ni ikhlas ke tak . Muka kita yang akan mengambarkan . Bila kita Ikhlas nak buat something hati kita akan tenang je selepas kita buat baik pada orang lain janji kita Ikhlas .

Bila kita tolong orang lain dengan keadaan terpaksa atau simpati pada kawan kita hati kita takkan tenang , kita buat bukannya ikhlas , saja nak dapat balasan . Conton lagi kita tolong mak cik sebelah rumah angkat barang dia dari kereta bawa masuk dalam rumah dia , mungkin dalam hati duk terpikir dah , apa la yang mak cik ni nak bagi kat aku ni . Lepas habis je angkat barang-barang , makcik tu ucap "Terima Kasih" je . Mesti panas hati tu kan , itu sebab buat baik nak balasan .

Ada banyak lagi yang perlu kita Ikhlas kan hati selain dari menolong orang lain yang perlukan batuan kita . Contohnya , BERKAWAN . Sesetengah budak perempuan , bila dia berkawan dengan lelaki tambah-tambah lagi kalau lelaki tu hensem dia akan mula rapat dengan laki tu , konon-kononnya nak berkawan rapat , nak jadi sahabat yang baik , yang penyanyanglah . Tapi sebenarnya nak kat laki tu , bukan nak kawan tapi nak lebih dari kawan . Bila dah lama rapat dengan dia ,tiba-tiba ja , dia kenalkan kita dengan kekasih hati dia , mau tak merana si perempuan tadi ?

Itulah sebabnya kita perlu ikhlas dalam berkawan atau apa-apa saja . kalau kita ikhlas dari mula kita melakukan kerja atau apa-apa saja , kita takkan menyesal di kemudian hari , malah kita akan berasa seronok sebab apa yang kita lakukan itu kita lakukan dengan rela hati dan tanpa paksaan .

So, mula dari sekarang kalau apa-apa saja kita nak buat , ikhlaskan lah hati tu supaya kita takkan menyesal dengan apa yang kita lakukan .  ^_^

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam diatas batu hitam di malam yang kelam  . Ianya wujud tapi sukar dilihat "


2 comments: