06 January 2012

Kain Batik vs Pelikat

Assalamualaikum .

Sekarang ni macam-macam jenama , jenis kain batik yang boleh kita jumpa dekat kedai-kedai yang jual kain-kain ni . Lawa-lawa pulak tu macam-macam warna ada . Pilih je nak yang mana . Cakap pasal kain batik ni .. kenal tak kain batik dengan kain Pelikat ? meh sini nak tunjuk yang mana kain batik , yang mana kain pelikat .


Ini kain Pelikat untuk Lelaki .



Ini Kain Batik Untuk Perempuan .


 Kain Batik vs Kain Pelikat ?
Okeh , semua orang tau yang kain batik untuk orang perempuan dan kain Pelikat pulak untuk lelaki . Ade ke sapa-sapa yang tak tahu lagi pasal ni ? takpe jangan tersilap sudah . Okey , sebenarnya hari ni nak ajar pasal kain batik dan cara-cara untuk memakai kain batik . Tapi sebelum tu nak tunjuk sikit bahagian-bahagian kain batik supaya nanti tak ada la terkeliru .



Okey , Sekarang fokus kan pada kepala kain tu , yang atas sekali/tengah tu . Cik Pensil pernah terbaca pada satu blog ni yang mengatakan cara pemakaian kepala kain tu ada simbolik-simbolik nya yang tersendiri nak tahu apa ?

katanya ..
  1. kalau pakai kepala kain batik tu dibelakang itu membawa maksud yang si pemakai tu sudah berkahwin .
  2. Kalau lipatan didalam/depan itu bermaksud si pemakai itu janda .
  3. Kalau di bahagian tepi kiri/kanan pula bermaksud si pemakai itu masih dara .
Begitulah yang dikatakanya . Kalau ada sapa-sapa yang rasa maklumat ni salah tolong beritahu Cik Pensil ya. Kalau orang dulu-dulu mungkin mereka pakai kain batik mengikut status tapi tidak sekarang. Budak-budak sekarang kain batik pun dah tak pakai apatah lagi nak ikut simbolik yang macam dulu-dulu tu . Cik Pensil pun dah tak ikut simbolik yang orang dulu-dulu tu guna . Cik Pensil lebih suka pakai kalau kepala kain tu dibelakang . Tak kisah la mana -mana pun . Itu cuma pengetahuan ja untuk kita .

Cara-cara nak pakai kain batik :-

  1. Ikut suka pada anda mahu letak kepala kain batik di bahagian mana depan belakang atau tepi , tarik hujung kain belah kanan ke belah kiri .
  2. Juga belah kiri ke belah kanan . Selitkan hujung kain belah kiri tadi ke dalam kain batik anda dan kemaskan .

Lebih kurang macam tu lah nak pakai kain batik , kalau tak faham boleh tanya kepada orang lebih tua atau orang yang selalu pakai kain batik . hehe . Kalau kita selalu pakai dah biasa lama-lama boleh la pakai kain batik tu.

Cara pemakaian kain batik dan kain pelikat ni sama je , cuma kain pelikat diakhirnya ia digulung-gulung dan kain batik macam .. selit je kat dalam dengan kemas . Tengok bawah ni . Jangan guna tali pinggan sudah . hehe :D

Gambar ni jumpa di rumah Encik Google :)




SELAMAT MUNCUBA  ^_^



11 comments:

  1. jujurnya, sy kurang sikit la nak pakai kain pelikat. tak selesa. kecuali utk smyg kt blk. kalo ari jumaat, mmg prefer bj melayu sepasang. huhu.

    ReplyDelete
  2. hehe ..
    takpelah , ok lagi daripada orang yang tak reti langsung and tak pnah langsung pakai kain pelikat tu kan ? :D

    ReplyDelete
  3. kalau sy nak pakai kain batik waktu mandi boleh ? hahaha

    ReplyDelete
  4. Alamak!! MD pakai ke depan.. Kira janda la ya.. huhu.. Eh silap, MD pakai kain pelekat la.. Kira duda x? hehe

    ReplyDelete
  5. Aliff Haikal : boleh je , tapi jgn bg orang lain nampak dah la . haha

    ReplyDelete
  6. MD Pakai je kot mana pun tapi ..
    kalau nak rasa macam orang duda , boleh jugak :DD

    ReplyDelete
  7. hhaha bagusla buat entry ni coz akak x pandai pakai kaen batik pon haha

    ReplyDelete
  8. Eh , ye ke ?
    haha . eloklah tu .
    sekarang dah pandai pakai kain batik dah ke ?

    ReplyDelete
  9. xslalu pakai kain plikat la...klu pakai pun tgk jenis kain..ada jnis kain licin tu mesti asik rasa nak terlondeh...hehehe

    neway gmbar tu mcm dia pkai kain terbalik je...

    =)

    ReplyDelete
  10. SI BUDAK KACHAK :
    haha, orang sekarang memang dah tak layan kain2 ni kan?

    kain terbalik? dia pun baru nak belajar :)

    ReplyDelete
  11. Salam. Dari segi maksud pemakaian kain pelikat dan batik:
    a. Kepala di belakang bermanka sipemakai sudah berkahwin.
    b. Kepala kain di sebelah kanan bermakna sipemakaian bujang atau dara
    c. kepala kain di sebelah kiri bermakna si pemakai duda atau janda
    Maklumat ini dipetik dari buku Ungkapan Tradisional Melayu-Riau tulisan Tennas Effendy.

    ReplyDelete