29 March 2012

Cara Menyelesaikan Masalah.

ASSALAMUALAIKUM.

Ada ka orang yang takda masalah? ada! sapa kata takda, tapi orang ni selalu jalan sorang-sorang, cakap sorang-sorang, tiba-tiba boleh ketawa tanpa ada benda yang melucukan, boleh menangis, menjerit macam orang gi.. bukan macam, memang pun. Ya, orang tu lah yang takda masalah. kalau tak percaya cuba tanya dia sendiri.

Setiap orang takkan lepas dari sebarang masalah, tapi kita boleh selesaikan masalah tu kan? tak boleh guna cara ni, guna cara tu, tak boleh jugak cari lagi jalan penyelesaian dia. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian. macam math, setiap soalan mesti ada jawapan. Cuma cara kita untuk mendapatkan jawapannya tu yang membezakan macam mana kita nak cari jalan penyelesaian.


Kalau kita ada masalah, first kita kena fikir itu sebagai ujian Allah untuk kita. Allah uji kita sebab dia sayangkan kita, tak nak kita lalai dengan kemewahan serta kesenangan yang kita miliki sekarang. Segala harta yang kita miliki sekarang tidak kekal. Harta kekayaan sekarang adalah pinjaman kepada kita. Hidup ni tak best kalau takda ujian. Tak kan nak happy je memanjang? bila sedih atau ada masalah kita akan fikir.. kenapa benda ni jadi kat aku? apa salah aku? kenapa tak orang lain ja yang dapat masalah ni? at least kita sedar apa kesilapan yang telah kita buat. ni semua cubaan.



Kebanyakkan orang yang ada masalah berat ni, mesti akan menangis. menangislah kalau tu yang dapat buat hati rasa sedikit tenang. Kan bagus kalau air mata kita keluar sekali dengan masalah yang tertanggung kat bahu ni kan?  malangnya.. kalau la boleh... air mata ini  juga boleh melawan penyakit yang disebabkan oleh stress.. walaupun dengan menangis tak dapat selesaikan masalah. sekurang-kurangnya, hilang juga stress tu. Menangislah sepuas-puasnya.

Kalau kawan tak dapat tolong selesaikan masalah kita, cari pulak mak ayah, tak boleh jugak, cari cikgu atau orang-orang yang boleh dipercayai, kalau semua tak boleh membantu.. Jangan fikir takda sesiapa yang boleh membantu kita.. ada.. tapi kita selalu lupa kepada dia.. dia yang maha esa yang maha agung. Siapa? buatla solat istikarah..supaya kita diberi petunjuk. Ada yang kata "dah lama nak buat, tapi tak reti.." kalau macam tu apa gunanya internet?  Inilah cara terakhir untuk mencari jalan penyelasaian.. kalau buat sekali tak dapat petunjuk.. buat lagi, lagi sehingga dapat. Apa yang penting jangan mudah berputus asa.

Cara-cara menunaikan solat istikharah

Niat
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
(Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala)


Rakaat pertama
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. contohnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan perkara yang ingin diselesaikan)”

Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

doa-istikhaerah

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra....... khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra...... syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir



“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Mungkin selepas buat solat istikarah, akan rasa ringan sikit masalah yang ditanggung. Ingatla setiap masalah ada jalan penyelesaian. Jalan penyelesaian tak akan datang menyerah diri. kita yang kena cari.

SEKIAN TERIMA KASIH.

9 comments:

  1. hehe. and penyelesaian tu kena cari~

    ReplyDelete
  2. betol3. stiap masalah ada pnyelesaian.. istikharah pula salah satu cara :) thanks for sharing ^^

    ReplyDelete
  3. insya Allah...good entry..akak pun tgh ade someting yang meracau fikiran skit skang ni...hope evrything will get better...n may Allah guide us owez:)

    ReplyDelete
  4. ciksukaberangan : takda masalah yg tak dapat diselesaikan.. kan?

    ReplyDelete
  5. Ayumi Comot :
    terima kasih :) hope masalah akak, cepat diselesaikan ya..

    ReplyDelete
  6. Aliff Haikal :

    welcome :)
    amalkan ek.

    ReplyDelete