05 April 2012

Pengawas vs Pelajar Biasa

Assalamualaikum.

Pelajar biasa dengan pengawas yang mana lagi popular? mestila pengawaskan? selalunya bila kita kat sekolah-sekolah kalau pengawas mesti semua cantik-cantik hensem-hensemkan? pengawaskan lain dari yang lain. pakai baju biru, pelajar lain pakai baju putih, kalau seorang pengawas berdiri dalam satu kumpulan pelajar biasa, mestila orang akan nampak yang pengawas tu dulukan? sebab? sebab baju tu.. bangga tak? pengawas ni dia istimewa sikit, sebab selepas guru, pengawas yang berkuasa. BERKUASA! ramai yang nak jadi pengawas sebab mengejar populariti!



TAPI..

Kalau pakai baju biru, bawa henset, make-up, rokok, ponteng sekolah, melawan guru, pakaian selekeh, berkelakuan seperti pelajar yang memakai baju putih, adakah orang akan pandang tinggi kepada pengawas? merosakkan nama pengawas adala. jadi pengawas sebab pengawas ni popular? popular sebab apa? kepimpinan? cantik? hensem? baik? pengawas penganas? tanggungjawab pengawas ni besar, apa yang akan jadi kalau kita tak jalankan tanggungjawab kita? sekarang mungkin boleh lari.. tapi kat sana nanti?

________________________________________________________


KELEBIHAN PENGANAS


* Ini buka auta tapi fakta, bukan nak mengata tapi nak cerita.


# Akhir tahun dapat sijil sama macam kawan-kawan lain yang bertungkus-lumus buat kerja walaupun kita goyang kaki saja.

#Masuk kelas lambat, tapi tak kena marah dengan cikgu sebab cikgu ingat kita bertugas padahal sama naik dengan pelajar biasa isap rokok dalam tandas.

#Tawaf satu sekolah sebab bosan duk dalam kelas, bila terjumpa cikgu disiplin "cikgu tadi ada budak ponteng kelas, dia lari belakang bangunan tu" wahh..wahh.. habis kau buat apa?

#Bawak henset p, bukannya ada orang nak syak.

#Malas nak bertugas, suruh budak-budak junior je yang bertugas, berani dia nak melawan?

#Tak siap keje sekolah "cikgu malulah kalau orang tengok pengawas kena denda" pelajar lain tak malu ka?

#Datang sekolah lambat "kisah apa geng aku yang jaga pagar tu."

#Tak masuk perhimpunan melepak belakang bangunan sekolah "aku tugas weyh, nanti ada pelajar ponteng perhimpunan pulak kalau aku tak jaga sini" yeke??

Ramai yang dah salah gunakan KUASA pengawas sampai.. bila orang sebut pengawas.. "Eleh, pengawas pun tu.. ni.." ada nilai lagi ke? takda makna langsung nama pengawas tu. orang jadi pengawas sebab nak jaga sekolah, tolong cikgu. ni dak merosakkan sekolah, nak menyusahkan cikgu adalah. lebih baik jadi pelajar biasa yang tak ada apa-apa jawatan yang tak popular datang sekolah hanya belajar daripada hari-hari tanggung dosa yang tak terkira tu. Lebih baik pakai baju putih.

TAPI..

Ada juga pelajar yang nak jadi pengawas sebab dia dapat jaga kelakuan bila dah ada dalam pengawas, nak tolong cikgu. jadi mata kepada cikgu-cikgu. bila dah jadi ketua dapat belajar menjadi seorang pemimpin. Dihormati semua oarang sebab kepimpinan yang ada dalam diri tu. susah nak cari oarang yang macam ni. ada. tapi tak banyak. yang penting hati ikhlas.

Tak adil la kan, orang lain buat keja elok-elok jaga nama baik pengawas. kau? senang-senang ja buat nama tu jadi busuk! lepas tu dapat sijil sama dengan orang yang buat keja elok-elok. tapi takpalah tu di dunia. tapi ingat balasan kat akhirat tengah tunggu. tanggungjawab tetap tanggungjawab. amanah tetap amanah.

DISIPLIN TERAS KEPIMPINAN~

13 comments:

  1. adik pengawas ke kat sekolah? hehe. biasanya, jadi pengawas mesti glamour cepat :D

    ReplyDelete
  2. bencik dengan pengawas . suka buat spotcheck . dia sendiri bawak phone boleh pulak . mencik-mencik >,<


    penganas ke pengawas ? hahahaha

    ReplyDelete
  3. baik x yah jd pengawas.. haha.. merosakkan nama aje..

    ReplyDelete
  4. puterifarisya:

    A'a.. pengawas.glamour cepat?
    haha. tak tahula :)

    ReplyDelete
  5. Aliff Haikal :

    haha. pernah kena la tu..
    mencik? mencik takpa jangan benci sudah :D

    Pengawas tu baik, penganas tu jahat.
    haha

    ReplyDelete
  6. Haruno Hana 하나 :

    A'ahh.. tu la..
    disebabkan setitik nila rosak susu sebelanga.

    ReplyDelete
  7. dulu menci pengawas sb pengawas gedix >.< kihkihkih..

    ReplyDelete
  8. haha.. tapi tak semua yang gedik kan? hehe

    ReplyDelete
  9. Hai! Saya pun pengawas juga.. Hehe.

    Betul tu! Pengawas tk boleh salah guna kuasa. Tapi sbenarnya ada je pngawas yg prangai macam. Ape je. Huh hehe

    ReplyDelete
  10. Badrina Ibtisam :

    Eh, ye? yeah geng! haha.
    a'aah tu la. sesukati hati je!

    ReplyDelete
  11. hehe. dulu saya jadi pengaws ^__^ alhamdulillah buat keje jugaklah walaupun kadang2 ada rasa malas. hehe. dekat sekolah pakai baju putih kain hitam je ^___^

    ReplyDelete
  12. pengawas jugak? bagus2 :D
    takpe baju putih, biru ke janji pengawas ye dak? hee~

    ReplyDelete
  13. Jadi Ketua Umum.. cabaran paling besar ialah nak jaga disiplin member sama batch.. Tapi xpe.. asalkan kita buat tugas kita.. Kalau member buat hal , kita tegur pun dah memadai.. dia ada akal , dia boleh bezakan yg mana betul yg mne x betul.. so yg pengawas2 kt luar sana, kalau ada member yang xnk dgr ckp xpe , asalkan kita dah cuba yang terbaik tegur dia 👍 Kalau dia nak sangat pilih sampah , bagi jelah dia pilih sampah.. Keluar sklh nnt dia yg masalah , kita cool je 👌👌

    ReplyDelete