02 March 2012

Puding Roti Karamel

Assalamualaikum.

Dah lama tak kongsi resepi kat blog ni kan? hari ni Cik Pensil nak kongsi resepi Puding Roti Karamel yang dicilok dari buku 1Hari 1 Resepi, buku tu bagus macam-macam resepi ada. Kalau tak silap ada 365 resepi, harganya pun macam resepi dia jugaklah. haha. Takpelah biar Cik Pensil kongsi buku tu punya resepi ya? hehe eh, Puding ni macam Puding Karamel Gula Hangus jugak cuma puding tu takda roti macam puding ni. Cik Pensil pun tak cuba lagi hee~ takda masa busy haha busy la sangatt kan.. Jom tengok Resepinyer..


Google punya gambar.

Bahan A (Karamel)

* 1/2 Cawan Gula


* 1/2 Cawan air


Bahan B (Puding)


* 10 keping roti (ikut suka roti apa, roti gardenia la sedap dan koyakkan)


* 1 tin susu cair


* 1 Cawan Air


* 2 biji telur


* Setengah cawan gula


* 2 sudu tepung kastard


* Buah (apa-apa pun untuk hiasan)






Cara Membuat


-Masak gula dalam kuali tidak lekat, bahan A(Karamel)


-Masukkan air apabila gula sudah menjadi kuning, tuangkan kedalam loyang.


-Gaulkan kesemua bahan B dalam mangkuk.


-Sementara itu panaskan kukus sehingga mendidih.


-Masukkan bancuhan bahan B ke dalam loyang yang ada karamel.


-Kukuskan selama 40 minit.


-Sejukkan dan hidangkan.



Selamat Mencuba~

10 comments:

  1. nice entry.. jejak sini harap sudi balas

    ReplyDelete
  2. tengok gambar pun dah meleleh air liur nie . hihi . :)

    ReplyDelete
  3. wowwwwwwwwwwwwwww...sedapnye,pebret sis nie....

    ReplyDelete
  4. Muhamad Azam :

    Hehe. ok Azam ^_^

    ReplyDelete
  5. daya jamal :

    haha. Eh, lap cepat air liur tu, nanti tak comel da. hihi :)

    ReplyDelete
  6. ummi_norseha :

    Memang sedap! rugi tak cube tau ^_^

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaaa . bookmark . nak buat lah nnt . hehe thanks :)

    ReplyDelete
  8. Aliff Haikal :

    Hencek Haikal nak buat? haha. silakan nanti pos kat saya sikit tau, kedah dengan perlis bukanya jauh pun kan? :)

    ReplyDelete
  9. uuu~ naK~ rajinnye dia masak~~~~

    ReplyDelete
  10. haha. tak da la rajin sangat pun..
    rajin menyemak je.. kah2

    ReplyDelete