18 February 2012

Cerpen : Aku Pengawas Sekolah


Aku seorang pelajar tingkatan satu, aku bersekolah di sebuah sekolah luar bandar. Suatu hari aku terdengar  satu pengguman semasa aku dan Ira dalam perjalan hendak ke kantin.

“Assalamualaikum, di sini ada satu penguman, perhatian kepada semua pelajar tingkatan satu, sesiapa yang berminat untuk menjadi pengawas sekolah anda boleh memberi nama kepada ketua pengawas sekolah Muhammad Aidil dari kelas 5 Teratai. Ulang suara perhatian kepada semua pelajar tingkatan satu, sesiapa yang berminat untuk menjadi pengawas sekolah anda boleh memberi nama kepada ketua pengawas Muhammad Aidil dari kelas 5 Teratai, sekian terima kasih.”

Adakah aku layak untuk menjadi seorang pengawas sekolah? belum cuba belum tahu, mana tahu ada rezeki aku. kan?

***

“Assalamualaikum Cikgu.”

Aku melangkah masuk ke dalam bilik pengawas dan memberi salam kepada seorang guru yang berada dalam bilik itu, aku pun tidak tahu siapa namanya, yang aku tahu, aku akan di temuduga oleh guru perempuan itu.

“Waalaikumsalam, sila duduk.” Tiada sebaris pun senyuman yang terukir di bibirnya, aku mengucapkan terima kasih disertakan senyuman yang tidak pernah lokek dari bibir aku biar pun senyuman aku tidak berbalas.

“Siapa nama awak?” suaranya tegas, lantang, mukanya serius. Sudah mati senyuman aku tadi.

“Nama saya Kasih Nur Amylia Qistina  bintit Ammar Shazmil,” Dengan satu nafas, fuhh..

“Apasal nama kamu panjang sangat?” Err.. dalam temuduga untuk menjadi pengawas pun ada juga ye soalan macam n.?

“Papa saya yang bagi nama ini pada saya, sebenarnya papa saya inginkan tiga cahaya mata tapi, dapat satu sahaja. Jadi papa telah gabungkan tiga nama kepada saya. Sebab itulah nama saya panjang, Kasih Nur Amylia Qistin,.”

Papa.. papa memang pelik. Aku ada dua orang Abang kembar Amirul Haikal dan Amirul Hairu kedua-dua abang aku sekarang berada di Universiti Sains Islam Malaysia.

“Pelik, tak apa, kita teruskan.. kenapa awak mahu jadi pengawas?”

Aku menarik nafas sedalam-dalam mungkin dan aku lepaskan perlahan-lahan untuk hilangkan getaran yang bertapak dalmh hati aku. Aku mesti cakap dengan penuh keyakinan!

“Sejak dari sekolah rendah lagi saya memang teringin sangat nak jadi pengawas sekolah, tapi saya hanya dapat menjadi pengawas perpustakaan, saya memang berminat untuk jadi pengawas, tugas pengawas adalah untuk menjadi mata kepada guru-guru dan memimpin pelajar lain, sebelum saya memimpin pelajar lain saya perlu memimpin diri saya dahulu, dari situlah saya akan dapat menjaga diri saya daripada terjebak dalam masaalah disiplin.”

Puas hati aku dapat meluahkan semua ini, aku harap aku diterima.

“Bagus. Apa cita-cita awak?”

“Cita-cita saya, saya nak jadi seorang guru.”

Dari kecil lagi aku memang berminat sangat mahu jadi cikgu bagi aku, pekerjaan seorang guru adalah mulia. Menyebarkan ilmu kepada orang lain. Idola aku, semua guru-guru yang pernah mengajar aku, aku nak jadi cikgu macam cikgu-cikgu aku. Bukan semua orang layak menjadi guru dan di gelar guru. Itu pada pendapat dan pemerhatian akulah.

***

Aku beratur dalam barisan sambil mengalas beg sekolah aku, menunggu penguman menyuruh pelajar-pelajar supaya duduk, cara ini yang diamalkan sekolah ini agar bila guru bercakap di hadapan semua pelajar akan mendengar tanpa suara kerana mereka dalam keadaan selesa. Selepas menerima arahan untuk duduk, aku meletakkan beg aku di sebelah kanan aku, aku melihat cikgu yang menemuduga aku tiga hari lepas sudah memegang mikrofon.

“Assalamualaikum dan selamat pagi, minta perhatian semua. Di sini saya mahu bacakan nama-nama pelajar yang layak untuk menjadi pengawas percubaan.”

Kata-kata cikgu itu masih lagi berbaur tegas. Semua pelajar diam menikus dari situ aku dapat melihat betapa garangnya guru itu sampai pelajar tingakatan atas yang sebelumnya bising macam di pasar malam, kini seperti sudah berada di perpustakaan pula. Berdebar-debar aku menunggu nama yang bakal di sebut dari mulut guru itu.

Alhamdulilah, terselit juga nama aku dalam berpuluh-puluh nama yang disebutnya. Malang sekali nama Ira tidak ada, mungkin bukan rezeki Ira. Selepas perhimpunan ada perjumpaan untuk semua pengawas percubaan di dewan terbuka. Aku juga turut berada di dewan, kami semua beratur dalam barisan bertiga-tiga mengikut arahan yang di keluarkan oleh Muhammad Aidil yang tinggi lampai, berkulit sawo matang juga merangkap ketua pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah.

“Assalamualaikum, okeh.. seperti yang awak semua tahu, awak semua sudah terpilih untuk menjadi pengawas percubaan selama dua bulan and selepas tempoh masa selama dua bulan tu baru awak semua tahu yang kamu semua dapat atau tidak untuk menjadi pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah.”

kata-kata abang Aidil terhenti disitu, matanya memerhati seorang demi seorang pengawas percubaan dihadapannya. Termasuk aku. Aku menunduk sedikit.

“Jika kamu semua hendak terpilih, kamu semua mesti menjaga tingkah laku kamu, kekemasan diri juga perlu di jaga kerana dari situlah orang akan dapat mentafsir sikap peribadi kamu dan ia juga melambangkan keperibadian kamu.”

Lagaknya seperti sorang tokoh yang sedang berucap. Kami semua diam mendengar dan menghadam apa yang dikatanya.

“Apabila ada diantara kamu semua nanti yang terpilih untuk menjadi pengawas sekolah dan apabila tersarung sahaja baju biru di  badan kamu, itu bermakna kamu sudah mengalas tanggungjawab yang sangat besar dan apabila tanggungjawab yang kamu sedang pikul tidak kamu jalankannya dengan adil, kamu tunggulah balasanya di ahkirat nanti. Kuasa yang ada pada kamu jangan kamu salah gunakanya. Jika tidak.. kelak ia akan memakan diri kamu kembali, jika kamu menjadi pengawas kerana gilakan populariti, kuasa, sijil dan kamu rasa kamu tidak dapat memikul tanggungjawab yang diberi, lebih baik kamu batalkan niat kamu dari sekarang. Kamu semua ada masa lagi dua bulan untuk memikirkannya.”

Wahh.. aku betul-betul kagum dengan apa yang terlafaz dari bibirnya itu, semuanya lahir dari isi hatinya. Betul apa yang dikatakannya itu, semua itu buat aku takut, aku menjadi pengawas sebab minat, aku mahu menjaga disiplin diri aku. Selepas habis ucapan sepintas lalu dari abang Aidil, kami semua bersurai masuk ke kelas masing-masing.

***

Pulang sahaja ke rumah aku menyuluh mukaku ke cermin. Aku harus berlatih bercakap, nanti senang bila aku tiba-tiba sahaja terpilih untuk  menjadi pengerusi majlis perhimpunan harian. Pagi tadi, abang Aidil ada beritau salah satu cara mahu berlatih bercakap ialah bercakap dihadapan cermin. Ya! aku mahu mencuba sekarang!

“Assalamualaikum warahmatulahhi wabarakatuh dan selamat sejahterah. Bagi memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, di jemput saudara sekian.. sekian.. untuk bacaan doa, dipersilakan.”

Mama aku pun pelik melihat aku yang asyik mengulang ayat yang sama sahaja di hadapan cermin. Aku terus berlatih,berlatih, dan berlatih hingga ke lewat malam. Walau banyak mana pun aku berlatih perasaan gemuruh aku tidak dapat aku hakis dalam diri aku.

Kata senior aku kak  Munirah ‘Tugas yang paling ditakuti oleh pengawas lelaki dan perempuan ialah ketika menjadi pengerusi majlis harian atau MC."

Bila disuruh untuk menjadi MC atau baca doa, semua tolak, katanya belum bersedia, takut, malu, semua ada. Kalau macam Ini sampai bila nak bersedia? Sampai bila nak berani? Kalau cuba pun tidak mahu..
Jujur aku cakap, aku ada perasaan keinginan sedikit untuk mencuba menjadi MC tapi, aku baru pengawas percubaan. Kalau aku terpilih nanti mungkin aku akan dapat merasai bagaimana perasaan menjadi MC di hadapan khalayak ramai.

***

Aku rasa macam pelajar baru bila berpakaian serba biru ni. Ya, orang yang berbaju biru inilah yang akan menjadi tumpuan pelajar berbaju putih.

Abang Aidil ada cakap ‘bagi mewujudkan jurang perbezaan antara pengawas dengan pelajar biasa, kita perlulah berkelakuan baik dari pelajar biasa.  Kerana kita seperti idola mereka, kita mesti mencuba buat yang terbaik untuk menjadi ikutan kepada meraka. Kita kena ingat, pengawas ramai musuh. Jadi jangalah tambahkan lagi bilangan followernya.’

Sambung abang Aidil dalam perjumpaan pagi kelmarin ‘bila pelajar biasa berkelakuan seperti pengawas, itu luar biasa tetapi, apabila pengawas itu berkelakuan seperti pelajar biasa itu pelik.’

Aku save semua itu dalam hati dan ingatan aku. Hari ini adalah hari pertama aku bergelar  pengawas sekolah. Pagi tadi Abang Aidil sudah aturkan tempat bertugas buat semua pengawas baru, aku di tempatkan di kantin. Aku perlu menjaga kantin pada waktu rehat, aku juga perlu memastikan pelajar yang makan nasi dan sebagainya tidak akan meninggalkan pinggan dan gelas mereka diatas meja selepas mereka selesai makan. Apa yang aku pelik, tadi abang Aidil ada cakap, yang dia nak tunjukkan kepada kami tips untuk menegur pelajar yang tidak mengangkat pinggan dan gelas mereka. Tegur pelajar pun ada tips jugak ke?

“Awak semua tengok pelajar lelaki tu, dia sudah habis makan dan dia tak angkat pun pingan tu ke dalam besen, tengok apa yang saya akan buat.”

Abang Aidil pergi ke meja pelajar tadi lalu mengangkat pinggan yang di tinggalkan pelajar tadi. Pelajar lelaki tadi yang baru saja habis membasuh tangan, terkejut melihat abang Aidil menyerahkan pinggan yang di tinggalkanya atas meja tadi yang penuh dengan sisa saki-baki makanannya. Pinggan itu sekarang sudah bertukar tangan.

“Maaf, tolong letakkan pinggan ni dalam besen, lakukan setiap kali selepas makan ya.” Kata abang Aidil, tersenyuman ikhlas dari bibirnya. Pelajar lelaki tadi masih kehairan dengan abang Adil.

Selepas pelajar lelaki itu mengambil pinggan dari tangan abang Aidil, abang Aidil  terus ke sinki dan basuh tangannya yang tercalit sambal dari pinggan pelajar lelaki tadi. Abang Aidil kembali kepada kami.

“Nampak? Hati siapa yang tidak tersentuh kalau bekas makan yang dimakannya dipegang oleh orang lain? Lepast tu penuh dengan sambal-sambal macam tu? So kalau boleh awak semua tolong korbankan tangan awak semua untuk memegang pinggan yang penuh dengan sambal yang dimakan pelajar sekolah ni ya. Jangan risau sambal tu boleh basuh.” kata abang Aidil sambil tersenyum.

“Abang guna sikologi ye? tak terfikir pula nak buat macam tu.”

“Lebih baik awak beli kasih sayang sebelum awak beri arahan kepada orang lain.” Balas abang Aidil sambil tersenyum.

“Macam mana abang boleh terfikir nak buat  macam tu?”

“Ada masa kita kena urus sesuatu itu dengan baik, ada masa kita kena urus dengan kasar. Kita kena pandai fikir cara yang terbaik untuk buat orang hormat kepada kita.”

“Saya kagum la dengan Abang.”

“Saya hanya buat apa yang patut, dah awak pergi la bertugas saya nak meronda tempat lain pula.”

Itulah ketua hanya perlu bagi arahan, tapi tanggugjawab ketua lagi besar dari anak buah.

***

“Siapa nama Kasih Nur Amylia Qistina bt Ammar Shazmil?” Soal kak Munirah, hanya tinggal 10 minit lagi perhimpunan harian akan dimulakan.

“Err.. saya,”

Jawab aku teragak-agak, aku mengangkat tangan agar kak Munirah dapat melihat aku yang berada di barisan belakang.Kak Munirah menghampiri aku, lalu menyerahan text ucapan kepada aku.

“Adik boleh tolong jadi MC tak hari ni?”

Apa yang boleh aku cakap? mahu tolak tapi, tanggugjawab?

“Err.. saya cubalah akak,” Aku memang nak tapi aku takut, tak apa sampai bila aku nak berani kalau mcam ni kan?

“Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan selamat sejahtera, bagi memberkati perhimpunan kita pada pagi ini dijemput saudara Amri Iskandar bagi mengetuai bacaan doa, dipersilakan.”

Aku jaga nada suara aku agar tak nampak nerves sangat, masa aku nak bagi salam aku tengok depan.. mak aii, ramai gila orang tengok aku, aku terus tengok text ucapan padahal aku dah hafal ayat tu banyak kali dah. Dah boleh ingat pun ayat-ayat tu. Takut aku tengok ribuan manusia dekat depan aku nih.. Tapi aku buat macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Abang Amri dah mula baca doa, aku tadah tangan , aku tengok jari-jari tangan aku ni dah bergetar, pucat dah bertukar warna dah pun, tangan aku ke ni?

Lepas aku aminkan doa yang dibaca Abang Amri ada seorang guru lelaki muda menyerahkan sekeping kertas nota  kepada aku

“JANGAN MASUK CAMPUR DALAM URUSAN AKU, KALAU KAU SAYANGKAN MARUAH KAU. LEBIH BAIK KAU RAHSIAKAN APA YANG KAU NAMPAK KELMARIN.”

Haah? Apa yang cikgu ni tulis? Aku tak faham.. Khamil Amir nama yang tertera pada baju guru itu. Cikgu Amir tersenyum melihat aku yang kebigungan apabila membaca isi kandungan dalam nota itu. Apa yang cikgu itu cuba sampaikan? Kelmarin? Adakah ini surat Amaran?

***

“Ada penguman ke?” soal abang Amri Iskandar senior aku, form 4.

“Err.. tak.. tak ada.”

Aku terus menyembunyikan kertas.. atau lebih tepat surat amaran ke dalam kocek baju sekolah aku. Aku tengok abang Amri macam mencurigai kertas itu.. Aku buat muka tak tahu apa-apa, Cikgu Amir sedang manaiki tangga, matanya masih lagi memandang aku dengan abang Amri, mungkin Cikgu Amir takut aku melaporkan kegiatannya pada abang Amri. Terus terang aku cakap, aku tak takut langsung dengan amran itu. Walaupun aku takut juga sikit-sikit kalau Cikgu Amir bertindak di luar kawalan.. hehe.


***

“Kringggg!”

Apabila bunyi saja loceng terakhir sekolah, guru-guru akan menghabiskan sesi pembelajaran, pelajar pula akan mengemas buku-buku kemudian suasana di sekolah akan menjadi sunyi sepi, kalau ada sesuatu yang jatuh pun boleh kedengaran waluapun dari jarak yang jauh..
Seperti biasa, aku akan tunggu semua budak-budak kelas aku beredar dari kelas.. Lepas kelas kosong oleh kewujudan manusia, akan aku pastikan suis kipas yang terpasang dari pagi tadi kini sudah berhenti bergerak. Aku berdiri di luar kelas, semua blok A,B,C dan aku berada di blok D semuanya kosong, aku suka saat ini, tenang saja, bila aku mulakan langkah aku terasa ada angin yang bertiup lembut merempuh pipi aku.. sungguh nyaman.. kalau aku keluar bersama-sama pelajar lain tadi mungkin aku tak dapat menikmati tiupan angin ini.. Ahhh! Seronok pula..

“Ehem!”

Inilah manusia tak boleh tengok orang senang! Aku memalingkan kepala ke belakang, Cikgu Amir berdiri tegak, matanya galak melihat aku tak lepas-lepas seperti seekor harimau yang sedang melihat seekor rusa, hanya tunggu masa saja untuk terkam!

“Assalamualaikum Cikgu.”

Aku memberi salam dengan sopan dengan menundukkan sedikit kepala aku sebagai tanda hormat, walau seteruk mana pun dia, sekeji mana pun dia, sekejam mana pun dia, dia tetap seorang guru yang perlu dihormati. Sekali seseorang itu dipanggil guru, selamanya dia akan dipanggil guru.. tetapi guru dihadapan aku sekarang inilah yang menyebabkan peribahasa ini ada ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!’

“Kau ni memang nak mati ya? Kan aku dah cakap jangan campur urusan aku!”

Garau sekali suranya, mukanya nampak bengis saat ini, tiada lagi senyuman sinis, mukanya merah sekali seperti sangat marah.

Panngggg!

Terpelanting aku kebelakang dek tamparan sulung yang dilepaskan Cikgu Amir. Kau ingat aku anak patung! sesuka hati kau je! Kau memang tak layak menjadi guru! Kata-kata itu hanya terucap di dalam hati kecil aku.

“Ahh! Saa..kitt..Lah!”

Aku takut apabila guru itu bertidak sedemikian rupa.. bergetar badan aku, tak pernah lagi aku alami saat seperti ini. Aku dapat rasakan mulut aku sudah mengeluarkan cecair bewarna merah.. Aku tak dapat nak bangun kembali, kepala aku rasa pening sangat, akibat hentakan kuat di dinding, buku aku yang tadi kemas di dalam pelukan aku kini bertaburan di lantai.

Aku gagahkan diri untuk bangun kembali, tetapi belum sempat aku berbuat demikian, kaki yang bersepatu hitam berkilat sudah hinggap di perut aku. Ahh! pedih, senak perut aku.. tangan aku cepat memegang kaki yang sepatutnya dilemparkan untuk di sajikan kepada buaya di dalam zoo itu. Malangnya kaki itu cukup kuat menekan perut aku.. aku sudah tidak tahan.. apa salah aku? Apa yang aku dah buat?

Jika sebentar tadi mulut aku mengeluarkan cecair merah.. kini mata aku minitiskan air mata yang sudah lama tidak menitis.. Hanya tuhan sahaja yang tahu kesakitan yang tak patut aku tanggung sekarang ini..

"Setan kau!!"

Siapa pulak tu? Dalam dua minit aku terseksa akibat perut aku dipijak sedemikan rupa, kini aku boleh menarik lafaz lega apabila kaki itu kini sudah terjatuh di sebelah aku, aku cepat-cepat menginjak ke tepi jauh dari lelaki yang tidak berhati perut itu, abang Amri mengangkat aku yang sudah tidak bermaya, aku betul-betul tak dapat menahan kesakitan yang aku tanggung sekarang ini.

Cikgu Amir sudah terbeliak biji matanya apabila melihat abang Amri datang bersama Cikgu disiplin juga Pengetua sekolah. Cikgu Amir cuba hendak melarikan diri tapi abang Adil pula datang dari arah yang bertentangan berjaya menangkap Cikgu Amir.

“Lepaskan aku la bodoh.”

Kau yang bodoh. Satu tumbukan dari Cikgu Amir dilepaskan kepada abang Aidil.

“Bukk!”

Sungguh kejam dan tak berhati perut langsung kau.

Abang Adil jatuh tersungkur dilantai, Pengetua pula datang dari belakang Cikgu Amir, dengan pantasnnya menarik lengan kanan  Cikgu Amir ke belakang dan memusingkannya.

“Krunggg!”

Aduh, aku pula yang berasa sakit apabila terdengar bunyi itu.

“Arghhh!”

Jeritan Cikgu Amir kedengaran, pandai pula menjerit ya?

Aku cuba berdiri, perut aku yang masih terasa sakit aku tekan kuat-kuat. Pedihh! Pengetua dengan Cikgu disiplin memegang kedua-dua lengan Cikgu Amir seperti banduan yang bakal menerima hukum gatung sampai mati. Sungguh kejam.

Abang Aidil juga cuba untuk berdiri, Abang Amri pula mengutip semua buku-buku aku yang berselerak di atas lantai.

“Kasih macam mana perut awak? Ok?” soal abang Adil sambil memegang pipinya yang sudah lebam itu.

“Saya..o..k” kata aku sambil tersedu-sedu akibat tangisan aku yang lahir  dari guru yang tidak berhati perut itu!


***


“Macam mana abang tahu masa tu Cikgu Amir nak serang saya?”

Soal aku, pelik apabila Abang Amri datang tepat pada masanya, walau lambat sedikit sebab itulah perut aku tidak senang kelmarin.

“Awak tahu kenapa Cikgu Amir serang awak?”

Aku kini berada di rumah, di sebabkan kejadian petang kelmarin, perut aku tidak mengizinkan aku ke sekolah. Sekarang abang Amri datang melawat aku di rumah. Baik sungguh abang Amri ni, terharu aku..

“Itu yang saya pelik tu.. saya pun tak tahu, kenapa ya?”

Soal aku kembali sambil menuang air ke dalam cawan untuk abang Amri. Lepas sekolah abang Amri terus datang ke rumah aku. Katanya nanti pengetua juga akan datang melawat aku. Terharu aku ada juga orang yang risaukan aku.

“Ha.. Sebelum tu, kenapa awak rahsiakan surat tu dari saya? Walaupun awak rahsiakan surat tu dari saya, saya tetap tahu juga tentang kewujudan surat tu.”

Surat dari Cikgu Amir tu ke? Memang la nak bagitau tapi tak sempat.. hehe.. Abang Amri tengok aku tersenyum-senyum mengaku kesalahan diri sendiri, membuka kembali mulutnya.

“Sebab surat tulah Cikgu Amir serang awak, dia ingat awak bagitahu saya pasal surat tu, saya tahu dia nak serang awak, sebab tulah saya bersiap sedia dengan pengetua semua.”

Serius sahaja nada suara abang Amri.. dia marah aku ke?

“Err.. abang tahu ke isi surat tu?”

“Tahulah, abang tak baca pun abang boleh agak, sebenarnya abang dah lama tahu kegiatan Cikgu Amir tu, tapi abang tak ada saksi, seorang pelajar pun tak berani nak mengaku yang Cikgu Amir tu pengedar, abang pun hairan jugak kenapa ramai sangat yang taku dengan dia.”

“Kenapa diorang semua tu takut dengan Cikgu Amir?”

“Entahla.. Mungkin pelajar yang tahu kegiatan Cikgu Amir tu dah kena macam Kasih kena.. mungkin lebih teruk.”

“Tak sangka ada juga cikgu yang macam cikgu Amir tu, mula-mula Kasih ingat dia edar rokok je kat pelajar-pelajar rupanya dadah pun dia edar juga, dekat kawasan sekolah pulak tu.”

“Kadang-kadang kita tegok orang tu nampak saja baik, pijak semut pun tak mati, tapi itu luaran dalaman tak ada siapa yang tahu. Kes Cikgu Amir ni berat bukan saja melanggar undang-undang sekolah tapi Negara juga,”

Ramai pelajar-pelajar yang isap rokok dan mengambil dadah kena tangkap, iyalah kalau ketua dah kena tangkap  anak-anak buah pun mestila kena juga. Disebabkan kan kes aku ternampak Cikgu Amir bagi ‘sesuatu’ dekat seorang pelajar, berdekatan surau ketika aku ingin mengambil wuduk untuk menunaikan solat zohor hari tu, kes yang disiasat abang Aidil dan Amri selesai.

Abang Aidil dan Amri tidak berani menuduh Cikgu Amir tanpa bukti, lagi pun orang yang disyak itu seorang GURU! sangat pelik apabila seorang guru boleh  menjadi pengedar!

Kes ini juga banyak memberi pengajaran kepada semua warga Seri Indah. Rupanya apabila kes ini disiasat polis, sudah lebih tiga tahun Cikgu Amir menjadi pengedar, lama tu.. tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua!

***


Kes Cikgu Amir sungguh memalukan Warga sekolah dan memburukkan nama sekolah. Berita ini juga tersebar luas di surat khabar juga internet terutamanya dalam Facebook.

Chatting aku dengan abang Amri dalam facebook.

Amri Iskandar = Lepas ni Kasih popularlah. Disebabkan Kasih kes ni selesai  -_^

Kasih Nur Qis  = Haha. Popular ya? Memalukan aje kes tu. Tak fasal-fasal perut ni jadi mangsa  -_-‘

Amri Iskandar = Nanti kalau kena ugut bagitau la exco-exco, bagitahu abang pun boleh je :D

Kasih Nur Qis = Pengalaman yang sungguh tragiss!  memang la nak bagitahu tapi, tak sempat. haha :p

Amri Iskandar = Masa sekolah nilah kita nak kumpul pengalaman yang macam ni, nanti kita aku rindu saat-saat yang macam  ni.

Kasih Nur Qis = Sekarang baru saya tahu kenapa pelajar BENCI pengawas.

Amri Iskandar = Bagi saya, orang yang bencikan pengawas adalah orang yang suka melanggar  peraturan sekolah Kasih :p

Kasih Nur Qis  = Hemm. Habis macam mana nak buat supaya pelajar tak bencikan pengawas?

Amri Iskandar = Senang je, dulukan Abang Aidil ada cakap, sebelum kita nak orang hormat kita, kita kenalah hormat orang dulu. InsyAllah akan berjaya :)

26 comments:

  1. wah x sabar nak tunggu sambungannya:)

    ReplyDelete
  2. hehe.. mungkin cerita ni akan bersambung minggu depan, thanks ya sudi baca :)

    ReplyDelete
  3. best !
    minggu depan saya datang sini lagi baca sambungannya keyh :)

    ReplyDelete
  4. iema ツ :
    hehe. terima kasih ya, nanti datang lagi ^_^

    ReplyDelete
  5. wah.... pandai die buat cite.. :)suka suka!!

    ReplyDelete
  6. tak ada la pandai.. saya baru lagi belajar..

    ReplyDelete
  7. hehehhehe... sambg ye.. ^^ :D ekkekke..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. best lah jalan cerita nie.....sye like

    ReplyDelete
  10. Ini cerita kisah benar atau tidak ?

    ReplyDelete
  11. ya la kalau cerita ini tidak benar macam mana nak percaya maaf la saya bukan apa cuma saya pengawas sekollahnrendah je saya jadi pengawas entah macam mana saya boleh jadi pengawas mungkin sebab cikgu nak pilih anak cikgu kot sebab saya anak cikgu ... saya pelik jugak sebab semua anak cikgu dapat memjadi pegawas bukan senang nak jadi pengawas ni itu pun kalau kita selalau cemerlang dalam pelajaran...... BETUL TAK CAKAP SAYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga.. mungkin juga, lagi senang nak dapat. cerita ni hanya rekaan saya, tapi ada juga yang saya selitkan dari pengalaman saya sejak dari form 1 :)

      Delete
  12. cerpen ini tidak akan disambung.

    ReplyDelete
  13. Arggg...tidak...esok kena temuduga menjadi pengawas...huhu

    ReplyDelete
  14. Crita ny srupa nga crita sya lah sya nk jdi pengawas sekolah tpi bleh jdi pengawas perpustakaan

    ReplyDelete
  15. Bestnya citer ni😊😊

    ReplyDelete
  16. Nk tahu jugak... Apakah alasan menjadi pengawas.....

    ReplyDelete
  17. Tolong berikan situasi ni.. Bolh dengn jwapn nye.. Alasan menjadi pengawas.....

    ReplyDelete
  18. ya allah...kenapa ek thn ni baru jumpe cite best ni

    ReplyDelete