21 June 2012

Mufin Blueberi


Assalamualaikum..
  moga anda bahagia dan sihat selalu, selalu senyum :)

Mufin Blueberi, bagi sesiapa yang nak cuba buat, silakan.. tak susah pun senang je, orang kata  nak seribu daya tak nak seribu dalih. kan? kan? okey tengok resepi kat bawah ya. Pensil buat agak kurang elok rupanya. hoho






Bahan-Bahan

-125gm mentega

-150 gula kastor

-2 biji telur

-250gm tepung gandum

-1 sudu kecil serbuk penaik

-secubit garam

-70 gm susu segar

-½ cawan jem blueberi

-esen vanila


Cara Menyediakan :

-Panaskan  ketuhar  pada suhu 180 darjah

-pukul mentega dengan gula sehingga putih dan ringan

-pukul telur sehingga sebati dan masukkan esen vanilla

-masukkan tepung yang telah diayak bersama tepung penaik dan garam dengan berselang seli dengan susu segar

-sudukan separuh adunan ke dalam mangkuk muffin dan letakkan inti dan sudukan lagi adunan menutup inti

-bakar adunan selama  15 hingga 20 minit.



*sumber resepi daripada majalah saji :)

4 comments:

  1. boleh minta cik pensil anta kan untuk sy x heeee ;)

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Dik fisha..lama kita tak bertembung kat alam maya ni..sihat ke ni?

    Mesti la sihat ni..siap buat muffin blueberry,hehehehe.

    Muffin tu, siap tersenyum lagi ha ^_^

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Kemana adik ku yg seorang ni..huhu..nak dekat raya dah ni..nak wish raya.. ^_^

    ReplyDelete