22 August 2012

Perempuan Zaman Sekarang Suka Perasan?


 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa maksud perasan tu? Perasan yang dimaksudkan ialah tidak sedar menurut Kamus Dewan.

 Kalau suka perasan? Dia suka buat tak sedarlah? Contohnya?

Yang paling senang kita nampak ialah dia tu tak cantik mana pun tapi dia buat belagak macam  cantik.

Betul ke perempuan zaman sekarang suka perasan? Zaman dulu tak ade ke yang suka PERASAN?

Tak adala macam tu, kadang-kadang kita pun TAK PERASAN yang kita ni PERASAN.

Contohnya.

Kita naik moto, lalu dekat satu lorong ni, ada pulak sorang mamat yang tak berapa nak hensem ni duk tengok-tengok kita. Mesti dalam hati tu

“tengok-tengok apa mamat ni….-SAMBUNG SENDIRI-” (sambil kutuk-kutuk dia dalam hati)


Sampai ja dekat mamat tu, mamat tu cakap dengan muka selumbernya cakap.

“Tongkat.”



Korang rasa apa? Malu tak? Yelah mula-mula kita kutuk-kutuk dia, nasib kata dalam hati, dia tak dengar. Rupanya dia nak tegur tongkat moto. Ada rasa nak patah balik cakap terima kasih tak?

Haha.

Benda ni selalu jadi dalam kehidupan seharian kita, Cuma kita saja yang TAK PERASAN kan?

Nasib lelaki tu tak hensem, kalau ditegur dengan lelaki hesem lagi malu.
Ceh, PERASAN! Macamla orang tengok dia.

Tengok! PERASAN lagi.

Kesimpulannya jaganlah, selalu TERPERASAN nanti termalu. sebenarnya susah nak elak benda macam ni, sebab dia jadi sendiri.

Kan? Kan?

Jumpa lagi~  ^_^

14 comments:

  1. hahah..lelaki pun rasanye sama jugak kot..kalo perempuan lawa jeling sikit mesti dah perasan.

    ReplyDelete
  2. Nick Nashram :

    haha. tu la masalahnya bila suka perah santan.

    ReplyDelete
  3. perasan timbul disebabkan perasaan,:P malu..

    ReplyDelete
  4. fadh leyanie :

    haha. ye lah tu.

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Tiap kali datang, akak mesti lupa nama..adik fisha kan? maaf kalau salah..hahaha.

    Memang salu jugak jadik tak perasan yg akak ni perasan.

    Rasa dah budget cun dah kalau org pandang..jalan pun tak jejak tanah. Walhal org tu pandang benda lain kat blkg, kbtln arah pandangan tu sama. Cehhh..baru rasa nak kembang2 skit hidong, tak jadi,kih3

    ReplyDelete
  6. Lana:
    Hebatlah akak dalam beribu2 blogger yang akak kenal akak boleh lagi ingat nama saya kan? :D

    fitrah tu kak, haha.

    jalan tak jejak tanah? erk! macam mana tu? heehe :P

    ReplyDelete
  7. hahahaha.....


    wei tongkat ang tu !!!!!!!!!


    nasb bukan wa tegur na..kalau wa tegur rasa2 jd hapa? bhaha

    ReplyDelete
  8. Zul De Alexis :

    kalau lu, wa rasa bukan nak tegur tapi nak cari gaduh! haha!

    budi bahasa budaya kita ^_^

    ReplyDelete
  9. Fisha..jalan tak jejak tnh tu..mcm..aa..maknanya..aaa..maknanya... jalan atas jambatan..kah3. tak cecah tanah lah tu kan? hik3 >_<

    ReplyDelete
  10. huhu..kalau akak, bila lelaki suke tenung2 akak, dulu perasan la cntik..tp bila dah besar tua cmni, mesti fikir, "dia ni ade kenal org muke serupa ngn aku ke?" hahaha...

    dah sedar diri da, xcntik:P

    ReplyDelete
  11. hehehe tak tahu la nk ckp mcm mane..xde la, x semua kot..ade jgk bace sikit2 entry atas, mcm2 perspeksi sy mule2 ingat kisah btl pastu ingat buat cerpen rupenye drama kat sekola ek hee tapi maaf x dpt bace habis lg..

    psss : jwpan utk soalan awk kt blog sy, kampg asal sy batu 23 sungai nibong sekinchan sabak bernam selangor :)

    ReplyDelete
  12. Bulan Syurga Firdausi :

    hehe . tkpe :)
    oh , ingatkan aak org kedah jugak, sebab tu tanya :)

    ReplyDelete
  13. Ayumi Comot :

    hehe, ye ke.. ke diorang tengah pikir macam mana nak ngorat akak yang AYU ni, hehe :D

    ReplyDelete
  14. Tinta Lana :

    jalan atas jmbatan ? asal tak cakap jalan dlm kapal terbang je ? hik2 :D

    ReplyDelete