02 September 2012

Cerpen : Jom Kawan


Aku seorang sajakah budak perempuan di dalam sekolah ini? Ramai lagi budak-budak perempuan yang cantik-cantik, baik-baik dalam sekolah ini, aku juga yang kau nampakkan? Masalah betul biji mata kau ini! Kau ingat aku ini tidak punya hati? perasaan? Tidak tahu malu? Siapa yang tidak malu kalau diperlakukan seperti itu di khalayak ramai? Merah padam muka aku masa itu. Nasib baik aku tidak menangis di koperasi sekolah tadi. Aku sangat-sangat terasa dengan perbuatan kau. Hati aku sudah bengkak menahan segala perbuatan kau. Aku BENCI kau Ikram Imbril!!

“Perhatian semua, lihat sini!  Awek cun ini aku punya! Kalau ada siapa-siapa yang berani menggangu dia, hemh! itu maknanya korang menepah maut!”

Tepukan Ikram telah menarik perhatian pelajar-pelajar yang sedang beratur menunggu giliran di sekitar kawasan koperasi sekolah, Qiestina dapat rasakan semua anak mata di situ tertumpu kepadanya. Merah muka Qiestina menahan malu atas perbuatan Ikram sebentar tadi. Rasanya seperti kulit wajahnya yang putih bersih tanpa sebarang jeragat itu tebal 40 inci. Suka hati kau sajakan? Sejak bila pula aku jadi hak kau ha?

“Eh, kau apasal ha?”

“Eh, sayang jangan risau, sekarang semua orang sudah tahu yang sayang abang punya. Don’t worry Okey?”

Ikram ingin memegang bahu Qies, seperti hendak memujuknya tetapi, Qies lebih pantas mengelak daripada sentuhan Ikram dan menjauhkan dirinya dari Ikram yang mula merapatkan dirinya dengan Qiestina. Agenda itu dilihat lebih dari 20 orang pelajar yang berada di situ. Miang sungguh kau Ikram Imbril.

“Berani kau sentuh aku? Kau mahu mati cepat ya??”

Qiestina menjegilkan biji matanya, nekad kau ya! Jelas terpancar rasa kebencian pada Ikram di matanya. Orang seperti Ikram sanggup melakukan apa saja yang dikehendakinya, dengan berangnya Qiestina terus berlalu dari situ. Malu dengan apa yang baru berlaku sebentar tadi. Sebelum dia bertumbuk-tumbuk dengan Ikram, lebih baik dia beredar dari situ dahulu, tidak ada gunanya melayan budak seperti itu.

***

Bila teringatkan agenda yang baru berlaku sebentar tadi, hatinya mula terasa pedih! Sakit! Lamunan Qiestina terhenti selepas terdengar suara yang menjengelkan!

“Aik? Sayang you tunggu I ya??”

Uwekk! Mahu termuntah aku! Sejak bila kau pandai hendak berYou I dengan aku ha? Loya tekak aku! Macam manalah dia boleh ada dekat sini pula, mana saja aku pergi mesti dia ada! Lagi aku lari dari jumpa mamat senget ini, lagi! lagi! lagi! jumpa dia! Arghhhh! Bedebah kau Ikram!

Hello, aku tunggu kau? Wah..wahh.. perasannya! Aku biarkan pertanyaan Ikram Imbril, aku buat bodoh saja, aku keluarkan duit dari kocek baju aku laluku berikan kepada mak cik kantin untuk bayaran roti yang aku ambil, mak cik kantin itu menerima dengan senyuman di bibirnya melihat sikap dingin aku terhadap Ikram. Ah, aku kisah apa, kalau aku kata benci, benci jugalah jawapannya!

 “Jual ya.” Kata mak cik kantin pada aku.

“Saya beli.” Balasku dengan senyuman yang aku pun tidak tahu ikhlas atau tidak.

“Terima kasih mak cik nanti kami datang lagi ya.” sambung Ikram, sejak bila kau jadi baik sangat? Oh, aku lupa kau kan jenis yang mesra alam..

Tanpa membuang masa aku terus berjalan keluar dari kawasan kantin begitu juga Ikram yang turut mengikut langkahku keluar dari kantin. Aku terus berjalan.. berjalan tanpa arah. Ikram masih lagi setia mengikuti langkah aku. Selama ini bila dia kacau aku, aku diam saja. Tapi hari ini aku rasa macam.. macam hendak meletup! Aku mematikan langkah aku dan berpaling muka  ke belakang. Ikram nampak sedikit terkejut dengan tindakan aku yang berhenti secara tiba-tiba ini.

“Apa kau mahu dari aku ha?” soal Qiestina spontan.

Aku tenung biji mata dia lama-lama! dalam-dalam! Aku rasa macam nak tumbuk saja biji mata mamat ni! Bahaya juga kalau lama sangat  buat macam ini, boleh hasilkan tindak balas negatif nanti. Haha.

“Mahu apa? Aku mahu kaulah.. Qiestina Awatif,”

Ikram mengenyit mata kirinya sambil tersenyum sinis. Ingat aku boleh tergoda dengan kau ke ha? Ohh.. kau mahu aku ya? Kau jangan menyesal kalau aku.. aku menghayunkan kaki aku ke.. tempat SULIT kau Ikram!
Oppss! Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan kau binasa Ikram!

“Nahhh! Rasakan!”

 “Arrgghhhhh! Kurang asam kau Qies!”

Aku baru lakukan apa yang terniat di hati aku. Hebat kau Qiestina, haha. Jangan berani main dengan api Ikram. Puas hati aku. Rasa terbalas sedikit dendam aku. Kan sudah terkena.

“Haha.. lain kali kalau kau ganggu aku lagi, aku tidak akan teragak-agak hendak beritahu cikgu disiplin yang selama ini kau kacau aku!”

Terkepit-kepit Ikram. Kuat juga aku buat tadi. Nasib baik tidak ada siapa-siapa di kawasan sini, kalau tidak mahu malu aku, malu kau Ikram Imbril. Aku bergegas masuk ke kelas selepas terdengar bunyi loceng tamat waktu rehat. Entah apalah yang telah terjadi pada Ikram. Kesian pula aku.

Kalau ikutkan hati aku, sudah lama aku mahu beritahu guru disiplin atas gangguan Ikram itu.  Tapi aku takut.. Takut kalau  Ikram dibuang sekolah nanti, sebab Ikram terlalu banyak masalah disiplin. Apa yang aku takut sekali kalau nanti dia salahkan aku kalau dia dibuang sekolah. Takut nanti lagi teruk dia kacau aku. Macam mana aku mahu tolong dia? Perlu ke aku tolong orang seperti itu? Ahh! serabut!

***

Panasnya.. Aku mengeluarkan sapu tangan dari kocek baju sekolah aku dan menekup peluh di dahi aku. Beginilah keadaan aku hari-hari. Pergi sekolah jalan kaki, balik pun jalan kaki. Aku dah lali dengan semua ini, lagi pun rumah aku bukannya jauh sangat pun, kejap lagi sampailah rumah.

Pin! pin! pin!

Woi aku bukannya berjalan tengah jalan yang kau hendak pin,pin sangat. Sengal punya mamat! Ikram sudah memberhentikan motorsikalnya di hadapan Qiestina, tersengih melihat muka masam mencuka Qiestina. Comel kau Qies, bila buat muka macam itu. Buat hati aku bertambah sayang. Hehe.

“Qies, panas ni.. jomlah aku tumpangkan kau. Meh meh.”

“Heh! Aku lebih rela berjalan kaki dari naik motor dengan kaulah!” Kata Qiestina dengan riak sombong.

Hairannya aku, mamat ini tidak marah lagikah dengan apa yang aku telah buat pada dia tadi? Ini buat baik dengan aku mesti ada niat kurang baik.  Alamak! Kenapa dekat kawasan ini tidak ada orang pula? Kalau dia buat apa-apa pada aku bagaimana? sebelah kanan gerai kosong, sebelah kiri ladang getah. Kalau hendak sampai dekat kampung aku perlu berjalan sepuluh minit lagi. Ya, Allah.. aku dalam bahaya. Atas jalan ini pun tidak ada orang sebab sekarang pukul lima petang orang semua tengah nyenyak tidur  dekat rumah. Lagi pun ini kampung bukanya dekat bandar. Mati aku!

“Kenapa Qies? Tengok kiri tengok kanan. Macam cemas je.. kau fikir apa Qies?”

Ikram sudah mematikan enjin motornya. Hairan melihat wajah cemas Qiestina. Apa yang Qies fikirkan ha? Nampak cemas saja muka Qiestina. Ikram tertanya sendirian. Sakit ke?  

“Kau jangan hendak datang dekat dengan aku kalau tidak! kalau tidak aku menjerit nanti,”
Aku kena lari sebelum dia apa-apakan aku! 1.. 2.. 3..

“Makkk! Tolong Qies!!.. Mak!”

“Eh, Qies! Qies! Qiestina Awatif!!”

Kenapa dengan Qies? Tetiba saja lari.. macam nampak hantu je. Erk! Ada hantu ke siang-siang? Ikram berpaling ke belakang. Tidak ada apa-apa pun. Asal aku rasa tempat ini macam sunyi saja? Alamak! Meremang pula bulu tangan aku, lebih baik aku balik sebelum aku berjangkit dengan Qies. Selepas enjin motor dihidupkan semula, Ikram terus memecut pulang ke rumah.

***
Hari ini merupakan hari keusahawanan sekolah. Pelajar-pelajar menjual pelbagai jenis makanan dan barang-barang lain. Qiestina pula sibuk memilih pelbagai jenis makan yang dijual di deretan gerai yang terdapat di situ.

Suasana di sekitar kawasan gerai sungguh meriah seperti pasar malam, tambah-tambah lagi ada pula DJ yang tidak berhenti-henti berceloteh dan memutarkan pelbagai jenis lagu.

Selepas membeli makanan, Qiestina berjalan mencari tempat untuk dia berehat setelah penat berebut-rebut membeli makanan tadi. Setelah terjumpa sebuah kerusi yang sesuai untuk dia berehat, Qiestina duduk di atas kerusi itu. Ahh.. leganya! habis lenguh kaki-kaki aku. Habis hendak terkeluar segala skru-skru dalam badan aku. Eh, macamlah aku ini robot. Aduhaii..

“Yeah! Hari ini kita amat beruntung sekali, kerana hari ini ada seseorang yang mahu menyanyikan sebuah lagu kepada kita semua,”

Macam-macamlah DJ ini, siapalah yang hendak menyanyi? Kalau sedap tidak apalah, nyanyi sekali lagi ya?

“Assalamualaikum, saya Ikram Imbril akan menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Pencinta Qies! lagu ini, saya tujukan khas kepada seseorang yang telah membuatkan saya jatuh.. jatuh cinta dengannya.. Qiestina Awatif!!”

Huk,huk.. tersedak Qiestina dek terdengar suara Ikram dengan ucapannya.. Perhh! CINTA? Uweek! Qiestina  mengurut-urut dadanya. Sekali lagi kau.. kau saja mahu malukan aku kan? Semua orang memandang Qiestina, ada yang tersenyum sengih melihatnya ada yang mengumpat, berbisik-bisik dengan jelingan. Huh! Menyampah! Qiestina berdiri dan berjalan sendirian ke belakang block. Qiestina bersandar di dinding.. Di situ memang tiada orang, kerana semua sibuk membeli-belah. Walaupun Qiestina berada jauh dari gerai-gerai yang sibuk dan pelajar yang lain, Qiestina masih dapat mendengar suara Ikram dengan jelas melalui speaker yang di pasang di bangunan sekolah itu.

“Aku .. Ikram Imbril tak tahu,
Apa yang kan jadi padaku,
Jika kau.. Qiestina Awatif,

Membenci aku,
Menolak  aku,
Membiarkan aku keseorangan,
Membiarkan aku kebigungan,
Memikirkan hatimu…

Saat aku terbayang wajahmu,
Hatiku memberontak untuk bertemu,
Sama kamu..

Jika kau mahu tahu,
Hanya kau yang ku tunggu,
Untuk menyayangiku, mencintai, menemaniku,
Untuk mengganti kasih yang tlah hilang..

Aku Ikram Imbril Pencinta Qiestina Awatif,
Takkan mengaku kalah untuk mengejarmu,
Selagi kudratku mampu,

Sehinga ke akhirnya,
Aku Pencinta Qiestina Awatif!

Qiestina terduduk .. diam, menghayati lirik lagu yang dinyanyikan Ikram.

Jika kau mahu tahu,
Hanya kau yang ku tunggu,
Untuk menyayangiku, mencintai, menemaniku,
Untuk mengganti kasih yang telah hilang..

Aku Ikram Imbril Pencinta Qiestina Awatif,
Takkan mengaku kalah untuk mengejarmu,
Selagi kudratku mampu,
Sehinga ke akhirnya,
Aku Pencinta Qiestina Awatif!”

Kau mahu satu sekolah tahu ke yang kau suka pada aku? Perlu ke kau buat semua ini?

“Sekian, saja dari saya terima kasih.”

Habis saja ucapan terima kasih itu, bergema satu sekolah dek tepukan gemuruh warga Smk Tunku Seri Aman. Setitik demi setitik air mata Qiestina menitis jatuh ke pipi gebunya. Kau perlukan aku untuk apa ha? Kenapa aku? Aku tidak suka begini.. aku mahu hidup bebas macam orang lain, bukan hidup dengan gangguan kau! Tanpa sedar Qiestina telah menjatuhkan tong sampah hitam di sisi dinding bangunan sekolah. Habis bertaburan sampah di lantai. Alamak! Apasal kaki aku gatal sangat! Kesian kau tong sampah bukan salah kau tetapi, kau yang terkena. Kesian lagi dekat aku kau tahu!

“ Qies, kenapa yang kau tenung sampah? Lebih baik kau tenung aku dari kau tenung sampah Qies,”

Entah dari mana datangnya Ikram pun Qiestina tidak tahu. Ikram mengangkat tong sampah itu kembali. Ikram bercekak pingang, seperti seorang ibu sedang marahkan anaknya saja lagaknya melihat Qiestina, Qiestina pula tidak mampu untuk membalas pandangan mata Ikram, hanya mampu menundukkan mukanya melihat lantai. Dia tidak tahu kenapa dia tidak mampu membalas seperti sebelum ini, dia rasa terlalu lemah di saat ini.

“Kenapa kau bencikan aku Qies?”

Qiestina diam membisu. Sepi.

“Kau tiada jawapan? Kau mahu tahu, kenapa aku sayangkan kau? Kenapa aku gilakan kau?”

Perlahan-lahan Ikram duduk dan bersandar di dinding.. Ikram ingin meluahkan semuanya.. semuanya rahsia kegilaan Ikram selama ini kepada Qiestina. Ikram mengeluarkan sekeping gambar dari poket baju sekolahnya, di letakkan gambar itu di sebelahnya. Ikram memandang Qiestina, dan memberi isyarat supaya Qiestina melihat gambar itu tetapi, Qiestina masih berdiri kaku di situ.

“Tak apalah kalau kau tidak sudi hendak melihat siapa di dalam gambar ini. Perempuan dalam gambar ini adalah,” kata-kata ikram terhenti di situ.

Qiestina mengangkat keningnya, apasal diam pula? Tadi kau yang beria-ria sangat hendak berceritakan? Qiestina mengambil gambar yang diberi Ikram sebentar tadi, lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Ikram.

“Siapa ini?” Tanya Qiestina, ingin mengetahui siapakah gerangan wanita di dalam gambar itu.

“Ibu kandung aku, Ibu.. yang pernah memberi kasih sayang pada aku. Aku sayang dia, aku mahu dia tengok aku berjaya, tetapi dia sudah pergi sebelum aku capai semua itu. Semangat aku pun sudah pergi.. sudah hilang! Ibu aku meninggal masa aku tujuh tahun. Selepas dari itu, sudah tiada belaian dari ibu aku, pelukan, ciuman malah kasih
  
sayang.. aku tidak dapat semua itu.. macam apa yang kau dapat sekarang.. Sebab itulah aku kata aku perlukan kau! Tapi aku sedar siapa diri aku.. Adakah aku memang tidak layak untuk mendapat semua itu Qies?”

Ikram meluahkan isi hatinya pada Qiestina tanpa di minta. Di sebabkan kekurangan kasih sayang, dia menjadi pelajar bermasalah di sekolah.. Papanya sudah tidak pernah mengambil tahu lagi tentang runtin kehidupan seharian dia. Rasanya seperti dia sebatang kara saja di dunia ini.

“Kau perlukan aku? Untuk apa? Aku tak faham.. apa kaitan aku dengan cerita sedih kau? Aku rasa aku, kau dan masalah kau tiada kaitan lansung,”

Ikram mengerutkan keningnya. nampak saja lembut tetapi, pedih gila kata-kata dia. Sombong! Ye, lah siapalah aku bagi dia kan? Hemm..

“Kau tengoklah muka arwah ibu aku.. sama seperti muka kau?”

Ikram sedih dengan tindak balas Qiestina.. Lagi sedih bila dia rindukan arwah ibunya yang mirip seperti Qiestina itu. Kenapalah perangai kau tidak sama macam ibu aku? Penyayang.. baik hati.. lemah lembut, bersopan santu, berbudi bahasa.. ibu.. Am rindukan ibu.. Tanpa sedar air matanya mula menitis dari kelopak matanya..

“Wahh.. air mata anak jantan dah keluarlah!” Qiestina menepuk-nepuk  tangannya seperti baru melihat konsert hebat saja lagaknya. Sungguh tidak berperikemanusian!

Ikram terkedu dengan kelakuan Qiestina sebentar tadi. Apasal aku rasa kau lain saja hari ini? Kaukah itu Qiestina Awatif?

Maafkan aku Ikram.. aku Cuma mahu kau sakit hati.. lalu berhenti mengejar aku.. Maafkan aku.

“Muka kau mirip arwah ibu aku, aku sayang kau macam aku sayang ibu aku.. pada saat pertama kali aku melihat kau.. Tapi kena,” Belum sempat Ikram menghabiskan ayat terakhirnya Qiestina terlebih dahulu memotong.

“Heh! Kau ingat aku ini mak kau ke ha? Owhh.. adakah ini salah satu cara untuk kau memikat aku? Dengan cerita-cerita sedih kau? Walaupun muka kami sama tetapi, tidak semestinya kami adalah orang yang sama!  kau silap aku bukan untuk kau!”

Qiestina berdiri lalu melempar gambar arwah ibu Ikram tepat pada batang hidung Ikram. Qiestina tidak dapat menafikan mukanya seiras dengan arwah ibu Ikram, tetapi kalau dia berbaik dengan Ikram lelaki itu mesti mahu sentiasa bersamanya dengannya. Bukan itu yang di mahukan Qiestina. Dia perlu buat untuk lelaki itu jauh darinya!

Qiestina meninggalkan Ikram sendirian dengan perasaan bersalah yang membuak dalam hatinya. Hatinya mula merasa tidak senang atas perbuatanya terhadap Ikram.

Ikram pula melayan perasaan, kalau ya pun kau tidak menyukai aku, janganlah sampai kau melempar gambar arwah ibu aku! Sakit hati. Kau tidak tahukah, jika kau menyakiti hati dan perasaan orang lain dengan sengaja atau tidak, kau sudah berdosa. Aku harap hati kau akan lembut, untuk menerima aku.

***

“Assalamualaikum Qies,”

Ikram meletakkan bungkusan nasi lemaknya di sebelah Qiestina. Qiestina pula terkejut dengan tindakan Ikram itu. Ikram tetap tersenyum walaupun dia tahu Qiestina bakal mengamuk! Mengamuklah sayang..

“Kau, apa yang aku perlu buat untuk hilangkan kau dari pandangan mata aku ha? Kau bagitahu aku cepat! Sebelum aku sembur semua nasi-nasi yang ada dalam mulut aku nanti,”

Kata Qiestina dengan mulut yang penuh dengan nasi lemak, Ikram menjarakkan sedikit jarak antara dia dengan Qiestina takut juga kalau tersembur habis nasi-nasi itu. Tidak senonoh punya perempuan! Qies, Qies.. Ikram mengelengkan sedikit kepalanya. Nasiblah kalau siapa yang dapat kau Qies, tetapi aku akan tetap berusaha untuk
dapatkan kau. Usaha tangga kejayaan. Haha

“Err.. apa eh?” Ikram mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal, memikirkan jawapan kepada soalan Qiestina Awatif. Saja Ikram mahu bermain-main dengan Qiestina, saat-saat yang di nanti sebelum ini. Mencipta memori untuk disimpan bersama orang tersayang. Lagi lama aku dengan kau, lagi seronok walau sakit hati Qies.

“1..2..Tii..”

“Lepas aku mati nanti kau tidak akan dapat berjumpa aku Qies.. So kau buatlah apa yang boleh buat aku mati secepat mungkin,”

Ikram tersenyum, menayang sebaris gigi putihnya itu. Kalau aku mati nanti tidak ada sesiapa yang mahu ganggu kau Qies. Orang kata ‘hargailah seseorang itu selagi dia masih ada di depan mata’hehe.

“Pruuuuuffhh!”

Nah tersembur habis air yang baru diteguk Qiestina sebentar tadi. Terbeliak biji mata Qiestina. Dia hendak suruh aku bunuh dia? Memang sudah lama aku mahu buat begitu kau tahu? Huh, sekarang kau sudah izinkan ya? Kau tunggulah..

“Euww! Qies! Basah habis baju aku, nasib baik air kosong saja, kalau tidak bergetah habis badan aku nanti!”

Kalau terkejut pun berpada-padalah. Nasiblah kau baju, nasib baju boleh basuh, tetapi masa bersama kau sangat bernilai. Aduh!  inilah yang di namakan mabuk cinta, apa saja untuk tersayang.

“Ini ada lagi satu botol air, kalau kau rasa nak mandi pun cukup rasanya, mahu?”
Kata Qiestina geram dengan lawak bodoh Ikram itu, Qiestina mengangkat sedikit kening kanannya, ingin menaya pendapat Ikram.

“Err.. tidak apalah susah-susah saja. hehe.. simpan sajalah air itu nanti kau dahaga pula, aku pergi dulu ek, daaa!”

“Ikram nanti aku setkan masa dan tempat pembunuhan kau!”

Jeritan Qiestina membuatkan Ikram yang semakin kejuahan itu tersenyum, suka Ikram, dia dapat DATE DEATH dengan tersayang. Bukan senang woih.

“Okey! Whatever for you darling!”

Jerit ikram kembali, tiba-tiba Qiestina terasa bahagia pula bersama Ikram. Jangan aku sudah jatuh dengan dia sudah, nanti bukan setakat jatuh, terjun sekali. Haha. Apa-apa pun aku suka usaha kau. Er.. apasal aku macam bagi harapan saja pada dia?

Ikram sudah tidak marahkan fasal aku lempar gambar ibu dia dulu? Walau aku buat macam itu dia masih lagi mahu berbaik dengan aku. Kau buat aku rasa bersalahla. Kejamkah tindakan aku?

***

“Kau tahu apa makna Awatif, Qies?”

Soal Ikram lalu melabuhkan punggungnya di atas batu besar bersebelahan dengan Qiestina. Dia ternampak Qiestina keseorangan di sungai sewaktu berjalan tadi, bila lagi dia dapat bertemu gadis ini, kalau dia tidak pandai mengambil kesempatan, susah sangat hendak berbual dengan Qiestina.
  
Qiestina sudah tahu akan kehadiran Ikram, Qiestina juga ternampak Ikram bersusah payah untuk memanjat batu besar  yang Qiestina duduk sekarang. Qiestina tersenyum, memandang Ikram. Ikram pula hairan dengan Qiestina, buang terbiat ke apa? Aku salah orang ke?

Qiestina ketawa besar bila Ikram sudah bangun tergesa-gesa dan mengambil selipernya untuk pergi dari situ, gerun melihat sikap Qiestina yang nampak lain sangat.

“Hahaha. Kau hendak ke mana itu Ikram? Penat-penat kau panjat batu besar ini, kau mahu turun macam itu saja?”

“Yang kau tersenyum macam kerang busuk apasal? Takut aku, selalunya kau marah-marah aku, hendak senyum pun susah, sekarang.. Haishh, kau okey ke?”

“Sudahla, cepat bagitahu aku apa makna Awatif?”

Err.. pelik ke aku? Aku buat baik dengan kau pun tidak boleh. Bila aku sombong kau kata aku sombonglah apalah. Huh! Sebenarnya malam tadi aku sudah dapat fikirkan cara terbaik untuk menolong pelajar bermasalah dan aku mahu buka hati serta pemikiran kau Ikram.

“Kau tidak tahu ke? Teruknya! Nama sendiri tu.. Awatif maknanya penyayang,”

Qiestina melihat raut wajah Ikram, kacak juga kau ya. Ehh! Kau ada janggut laa! Erk, sehelai saja? Haha. Lupakan. Lupakan. Adoi.

“Oi, kau tenung apa? Aku tahu la aku segak, jangan la tenung-tenung aku, malu pula aku. Eh, kau dengar ke tidak apa yang aku cakap tadi?”

“Haha, lawak juga kau Ikram. Aku dengarlah.Penyayang, aku memang penyayang,”
Qiestina tersenyum, angkat bakul sendiri nampak.

“Masuk jamban tutup pintu sendiri nampak,”

Ikram senang melihat Qiestina begini.

“Woi, kau perosak peribahasalah, kau tahu bahasa jiwa bangsa!”

“Bukanlah, bahasa lambang keperibadian seseorang, dari percakapan seseorang itu, kita dapat tahu peribadi dia seperti mana,”

“Apalah bingung kau ini, samalah dengan bahasa jiwa bangsa, haduihh!”

“Oh, ya? hehe.” Malu aku, haha.

“Eh, kau tahu apa itu Cinta Ikram?” Soal Qiestina, sebelum ini Ikram selalu sebut pasal cinta, tapi tahukah dia apa itu cinta?

“Em, bagi aku cinta itu seperti angin. Dia ada, kita tidak nampak, tapi kita dapat rasa dalam hati.. dan kau akan selalu teringkatkan cinta kau, seperti kau akan selalu menunggu angin,”

“Angin?? Mangkuk betul kau ni! So, cinta kau sekejap ada sekejap tiadalah?? Macam angin,”

Ikram sudah mengaru-garu kepalanya yang tidak botak itu, kalau selalu sangat kau garu kepala kau, alamat BOTAK la kau. Apalah kau, ada pula ibaratkan seperti angin, banyak lagi yang kau boleh ambil la mangkuk!

“Bukan, maksud aku.. Ish, kau ambil yang positif sudah la. Cinta itu nikmat kau tahu? Angin pun nikmat, tapi kalau kau berada di tempat yang betul, kau akan terus menerus merasai kenikmatan itu,”

 Cewah, sudah keluar ayat falsafah dia. Boleh tahan juga kau. Apa kata orang, ‘jangan pandang orang sebelah mata’ yelah sudah diberi dua diguna sebelah sahaja apa kes?

“Haha. Habis itu tempat yang betulnya di mana?” Soal Qiestina, apa lagi yang mahu Ikram menjawab.

“Kipas,” Kata Ikram bersahaja. Qiestina pula sudah hendak terkeluar biji matanya, menahan marah terhadap Ikram. Tempat itu adalah di hadapan K.I.P.A.S? haha. Buat lawak pula kau ya.

“WHAT?? Huh! Okey. Macam mana pula kalau bekalan elektrik terputus? Cinta kau juga pun akan terputus?”
  
“No! Kitalah yang menjadi elektrik itu. Kitalah yang perlu berusaha untuk menghidupkan bekalan elektrik. Bekalan elektrik ialah kasih sayang. Bila kasih sayang bernyala, akan keluarlah cinta itu. Ada faham?”

Terang Ikram panjang lebar tentang cinta. Sebenarnya Ikram hanya hentam sahaja apa yang di cakapnya. Dia tidak mahu nampak seperti kosong di hadapan Qiestina.

Qiestina seperti berfikir, fikir apa yang baru keluar dari mulut Ikram. Pandai juga mamat ini berkata-kata. Cinta seperti kipas. Kipas mengeluarkan angin yang di jana melalui kuasa elektrik. Kuasa elektrik adalah kasih sayang manakala angin yang terhasil adalah cinta. Betul ke? Hemm.. Setiap orang ada pendapat masing-masing so, terpulanglah pada diri sendiri untuk menilai.

“Bagi aku pula, cinta itu di ibaratkan seperti adik beradik. Kau pernah dengar peribahasa ‘air dicincang tidak akan putus’ memanglah mengambarkan pertalian darah. Bagi aku cinta sejati tidak pernah akan putus, hilang sebab ia SEJATI. Selagi si A mencintai, menyayangi si B seperti adik- beradik ia tidak akan hilang,”

“Adik-beradik mana boleh bercintalah. Aku kurang fahamlah. Kau lagi mangkuk Qies!”

Kau lagi teruk dari aku, haha mengata sangat aku tadi. Nampak sangat kau pun hentam juga. Haha. Kantoi!

“Aduh! Bukan. Maksud aku cinta diorang, diorang jaga seperti adik-beradik, hubugan adik-beradikkan tidak akan putus. Eh, apa aku cakap? Aku pun sudah pening. Kau abaikan sajalah semua tu. Malas nak kusut-kusutkan fikiran dengan hal macam ini lagi,”

Penat-penat saja kita fikir semua tu, sekarang bukan masa kita hendak fikir semua itu Ikram, tetapi aku pun tidak dapat fikir cinta itu macam mana. Kau mahu tahu Ikram, ada satu lagi hubungan yang lebih manis dari bercinta.

“Kau mahu tahu satu rahsia Ikram?”

“Rahsia apa? Macam-macamlah kau,”

Ikram sudah pening melayan kerenah Qiestina, macam-macam sahaja dia ini. Tiba-tiba cakap pasal cinta, lepas itu pula bila sudah pening, lain pula mahu dibualnya. Layan sajalah..

“Berkawan itu lebih manis dan seronok dari bercinta. Percayalah,”

“Hah? Itu ke rahsianya? Kenapa pula kau cakap seperti itu? Ada fakta yang boleh diterima?” jangan kau kelentong aku macam tadi sudah.

Qiestina makin seronok sebab dia sudah dapat terangkan hubungan mereka supaya tidak lebih dari berkawan. Dia juga mahu mengubah Ikram, semakin banyak Ikram bertanya, semakin banyak peluang yang Qiestina punya untuk menjelaskan semua ini.

“Malas betul kepala otak kau mahu berfikir ya? Sebab dalam persahabatan tidak ada erti CEMBURU. Bila berkawan kita berkawan dengan semua orang, tetapi bercinta? Sebab itulah orang cakap ‘kawan biar beribu kekasih biar satu’ kau faham?”
  
Ikram terdiam..

“Lagi cinta itu menyulitkan dan menyusahkan pada orang seperti kita, kau selalu cakap yang kau cinta aku, tetapi kau pun tidak faham. Aku tahu kau cuma mahu rapat dengan aku kan? Baiklah kita rapat macam kawan, setuju?” Sambung Qiestina.

Hati Ikram mula menyokong apa yang dikatakan Qiestina sebentar tadi, kawan.. kawan lebih baik. Tetapi aku tetap sayang kau sangat-sangat macam arwah ibu aku. Bila aku bersama kau aku rasa seperti aku bersama arwah ibu aku.

“Aku pun keliru, betul cakap kau, aku pun buta fasal cinta tapi aku masih ungkapkannya,”

“Mulai dari hari ini, saat ini aku Qiestina Awatif dan Ikram Imbril akan menjadi sahabat! Sahabat selama-lamanya, saya akan menolongnya untuk menjadi pelajar cemerlang dengan syarat Ikram Imbril mesti menyayangi saya seperti seorang kawan. Adakah kau sudi menerima lamaran aku, Ikram Imbril?”

Qiestina meninggikan sedikit suaranya seperti berikrar sahaja lagaknya. Ikram tersenyum, aku rasa aku sudah tersalah sebelum ini. Memang aku sayangkan kau seperti kawan, aku yang tidak dapat bezakan Qies, sebab aku tidak tahu apa itu cinta yang sebenarnya. Aku mahu anggap kau macam ibu akulah.. haha. Thanks Qies.

“Saya Ikram Imbril sudi menerima lamaran daripada Qiestina Awatif untuk menyayanginya sebagai kawan sehingga saya berjaya dan selama itu saya mahu menganggap Qiestina Awatif seperti ibu saya!”

Ikram juga berbuat seperti Qiestina. Mereka ketawa bersama selepas habis lafaz ikrar Ikram. Suka hati kaulah Ikram, janji aku dapat ubah kau.

Qiestina mengambil ranting kayu berhampiranya dan dipatahkan menjadi dua. Satu diserahkan kepada Ikram, Ikram yang masih tidak faham dengan apa yang mahu dilakukan Qiestina hanya menyabut sahaja dengan kehairanan, apa pula yang mahu diklakukan ini Qies ini, ada-ada saja.

 “Kawan?” Soal Qiestina sambil menghulurkan ranting di tangannya Kepada Ikram.

Ikram yang kini sudah faham akan apa yang mahu dilakukan Qiestina, dia  juga menyentuhkan ranting pokok yang berada di tangannya pada  ranting yang berada di tangan Qiestina sebagai tanda mereka bersalam.

“Kawan.” Balas Ikram hubungan ini akan kekalkan Qies? Akhirnya mereka berdua tersenyum puas hati. Inilah yang sebetulnya.

Aku bangga sebab aku dapat ubah pemikiran kau. Ikram sayang itu bukan cintalah. Kau sayangkan aku sebab muka aku seiras dengan arwah ibu kau. Kau bermasalah sebab kau tidak dapat kasih sayang. Cara kau salah. Aku akan tolong atasi masalah kau dengan berkawan baik dengan aku. Sebab kalau kita mahu tengok macam mana sikap kita, kita tengok  dulu siapa kawan kita. Akukan baik, bila kau berkawan dengan aku, kau pun akan jadi baiklah. Hehe. Terbangga pula.Ikram kita berdua mesti naik tangga dari bawah! Jerit Qiestina dalam hati, dia akan bawa Ikram untuk sampai ke atas!

TAMAT

10 comments:

  1. ermm..cerpen cik pensel nih kisah benar ker atau rekaan??Btw best sangat cerpen aku pengawas sekolah tuh..maaf kalau tersinggung..

    ReplyDelete
  2. Amir Rusyaidi :

    kisah ni ada la 50% dari kisah saya, and tambah2 sikit.

    Best? hehe. Terima kasih,

    Eh ! tak, tak tersinggung pun.
    terima kasih ya sudi baca amir. :)

    ReplyDelete
  3. best cerpen nie...

    bila kita baca kita dpt rasa apa yg penulis nk sampaikn...

    terus berkarya lg ya..:)

    ReplyDelete
  4. Zul De Alexis :

    baguslah kalau dapat apa yang nak disampaikan.

    terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. adek.. best cerpen adek.. cube hantar kan p2u.. mesti die ambik punya... lagi stu Mizs Nak nasihat,, nak buat cerpen dlm blog nieh.. kene ade copyright.. kalau x nanti bahaya.. kowt2 ade owg copy.. ermm.. mizs nak follow lah CIK PENSIL nieh..

    ReplyDelete
  6. MIsz MMA :

    hehe. terima kasih banyak2
    saya dah hantar dah kat p2u :)
    oh, ye ke. betul jugak tu, nanti saya buat. terima kasih atas nasihat tu ya. ^_^

    ReplyDelete
  7. tak sempat nak habiskan bacaan. tapi akak boleh kata, adik boleh pergi jauh dgn menulis, insyaAllah ;)

    ReplyDelete
  8. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete
  9. Sendiri tulis ke? Nice nice nice

    ReplyDelete