Apa
yang perlu aku buat? Jika mata sudah berkenan, hati sudah terpaut. Aku risau.
Perlukah aku lakukan “sesuatu”? Tapi .. “sesuatu” itu apa? Tapi jika aku tidak
lakukan “sesuatu” itu, mana mungkin dia boleh tahu apa yang ada dalam hatiku
ini. Tapi perlukah dia tahu? Ahh . banyaknya tapi. Habis itu apakah tujuan aku
sebenarnya menyukai dia? Meminati dia? Sungguh aku tidak faham akan perasaan
ini.
Jika
aku sudah lakukan “sesuatu” itu tapi aku ditolaknya bagaimana pula? Belakang
kira? Mungkinkah aku akan terluka? Luka itu kan sangat sakit?
Atau
.. aku perlukan kekuatan diri? Bagaimana aku boleh mendapatkan nya? Mencari?
Iya. Tapi dimana?
“Kau
mestilah yakin akan diri sendiri. Jika kau mahukan sesuatu itu, mestilah
teruskan, kejar.. kejar sampai dapat. Tak usahlah kau mudah berputus asa,
kerana orang yang mudah berputus asa itu adalah orang yang lemah.” Kata hatiku. Membuatkan aku
berfikir dengan lebih jauh. Menenung nasib diri, kekuatan diri.
Ya!
Mengapa aku mudah sangat mengundur diri sebelum bertanding?
Jadi
aku aturkan perancangan. Perancangan mendekati ‘jejaka’ yang membuatkan aku
‘jatuh’ hati padanya. Mungki susah tapi usahaku dapat merempuhnya.
Selalu
juga aku mengintai jejaka itu tanpa dia sedari. Setiap hari apabila tiba waktu
rehat, aku akan keluar dari ofisku pada pukul 1.10 tengahari akan ku terus
menuju ke surau berdekatan untuk menunaikan kewajipanku sebagai seorang muslimah.
Selepas aku lengkap berwuduk dan lengkap bertelekung aku akan duduk bersimpuh,
hatiku turut bertasbih sambil menunggu muazinn itu melaungkan azan.
“ALLAHU
AKHBAR ALLAHU AKHBAR”
Suara
itu.. ya. Suara itulah yang menarik aku untuk setiap hari solat berjemaah
disini. Sungguh nyaring dan syahdu sekali. Aku terpukau. Entah mengapa hatiku
berasa sejuk dan tenang sekali berada disini, seperti berada di tempat yang
betul-betul indah. Alhamdulilah mungkin aku sedang diberi hidayah-nya. Aku
berasa selamat saat aku menghayati dan menjawab seruan azan daripada muazzin
tersebut.
Setiap
hari dua kali aku akan bersolat
berjemaah disini. Iaitu pada waktu zohor dan asar. Jika boleh ingin sekali
setiap solat lima waktu ku ingin bersolat disini. Tapi .. apakan daya, rumah
sewaku agak jauh dari ofisku dan masjid ini.
Ingin
sekali aku melihat wajah muazzin yang merdu suaranya itu. Sudah hampir dua
bulan, boleh dikatakan selama dua bulan itu aku tidak pernah walau sekali pun
melihat wajah muazinn itu. Pernah aku mengintai disebalik kain langsir yang
membahagikan perempuan dan lelaki tapi mungkin kami belum ada jodoh agaknya.. Hanya
suaranya sahaja yang ku dengar..
Inilah
yang membuatkan aku tertanya-tanya. Untuk apakah aku ingin melihat wajah
muazinn itu? Malangnya hati aku tidak dapat menjawabnya. Aku sendiri keliru.
Adakah sebab aku telah terpikat dengan suaranya jadi sebab itulah aku ingin
melihat pula tuan empunya badan? Mungkin ya.
Tapi
sejak seminggu yang lalu, suara itu.. muazzin itu.. bukan orang yang sama. Sudah pasti aku dapat mengecam
suara muazzin yang selaluku dengar itu. Ya! Aku pasti muazzin sekarang bukan
muazzin yang selalu.
Kemanakah
muazzin itu? Sudah hampir seminggu aku tidak mendengar suara muazzin itu.
Hatiku mula gelisah apabila usia seminggu mula mencecah dua minggu. Sakitkah
dia? Aku mulai risau akan keadaannya. Apakah yang menghalang dia dari datang
untuk menjadi muazzin seperti kebiasaannya?
Siapakah
yang mampu menjawab persoalan aku ini? sedangkan aku sendiri tidak kenal siapa
muazzin itu. Diamanakah ingin au mencari muazzin itu? Bila sudah lama tidak ku
dengar laungan azannya. Hatiku jadi rindu.. rindu untuk bersolat berjemaah
bersamanya. Sekarang ini apabila aku bersolat berjemaah disini, aku berasa
seperti ada tempat yang kosong. Mungkinkah tempat kosong itu adalah tempat
muazzin itu?
Tetapi,
itu dulu. Sekarang aku ingin mulakan perancangan awal aku iaitu berkenalan
dengan jejaka itu. Jejaka? Iya, aku pun tidak pasti muazinn itu tua ataupun
muda. Tiba-tiba baru aku sedar. Sekarang ini aku tengah meminati muazinn itu.
Tapi aku belum tahu statusnya. Mungkin dia adalah suami orang?
Astagfirllahaladzim. Teruknya aku.. kenapa aku terlalu lalai akan hal ini??
Jadi
daripada aku terus menerus menyimpan perasan ini, lebih baik aku mencari
kepastian yang sebenar. Tapi aku masih ragu.. aku keliru lagi..
Kadang-kadang
aku terfikir, perlukah aku melamarnya apabila sudah ketemu nanti?
Sedang
aku memikirkan masalah perasanku ini di kerusi luar masjid, aku telah ditegur
oleh satu suara.
“Assalamualaikum
nak, termenung jauhnya,”
Aku
tersentak dengan teguran secara tiba-tiba itu, tapi aku masih menjawab
salamnya. Dengan itu aku menghabiskan masa sepuluh minit berbual-bual dengan
wanita tua itu yang sangat peramah
bagiku. Dalam perbualan kami itu, baru ku tahu bahawa dia seorang peniaga kuih
disekitar situ. Tapi kenapakah baru hari ini aku ketemu samanya? Mungkin kami
baru ada jodoh agaknya.
Kesian
sekali aku melihatnya, walaupun umurnya sudah terlanjut usia masih lagi keluar
rumah menjual kuih-kuih untuk menyara diri. Bila aku tanya akan anaknya, dia
hanya tersenyum. Bertambah hairan pula
aku, apa yang sebenarnya? Otakku ligat berfikir, mengapa ya??
“Anak
Mak Cik ada nak, dia kurang upaya.. dengan kekurangan itulah Mak Cik tidak
benarkan dia ikut Mak Cik berniaga, Mak Cik tidak mahu menyusahkan dia, selalu
saja terkena tipu nak.”
Oh..
begitu rupanya.. Tidak pula aku bertanyakan dengan lebih lanjut tentang
anaknya. Nanti dianggap menyibuk pula.
Keesokkan
harinya, kami bertemu lagi. Kali ini kami berbual lebih lama. Tapi kami bertemu
di tempat Mak Cik itu berniaga. Aku yang pergi situ, terigin pula hendak merasa
kuih buatan Mak Cik itu.
Donat,
menjadi pilihanku. Aku hanya duduk di atas kerusi yang diberikan sambil merasai
nikmat makan. Sungguh asyik mulutku menguyah donat itu. Tiba-tiba aku terfikir,
Mak Cik itu selalu ke masjid, mungkinkah dia tahu siapa muazzin itu? Ya! Aku
perlu bertanya.
Selepas
habis Mak Cik itu melayan pelanggan, aku memulakan perbualan.
“Selalunya
siapa yang selalu jadi muazinn di masjid Mak Cik? Sejak dua tiga minggu ni,
saya rasa bukan muazzin yang selalunya..”
“Muazzin??
dia sakit nak, macam-macam ujian datang pada dia.”
Macam-macam
ujian? muazzin itu sakit?? Hatiku bertambah gelisah. Jadi maknanya Mak Cik ini
kenal dengan muazin itu??
“Mak
Cik kenal dengan muazzin itu?? Dia sakit apa?” ingin sekali aku tahu apa yang
berlaku padanya..
Mak
Cik itu tersenyum.. ahh! senyum yang selalu buatku tertanya.
“Anak
Mak Cik lah, asalnya dia buta sejak dari lahir. Kemudian datang lagi satu
cubaan hidupnya apabila dia kemalangan. Dalam kemalangan itu pula dia
kehilangan sebelah kaki. Sebab itulah dia tidak dapat jadi muazzin dekat masjid
ini buat sementara waktu.. dia perlu berehat nak,”
Apaa??
Aku terkejut! Betulkah? MasyaAllah.. sungguh berat ujian yang dihadapinya..
selepas stu nikmatnya ditarik.. ditarik lagi. Aku sayu.. Tiada apa yang dapat
aku ungkapkan. Air mataku megalir keluar.. Turut bersimpati atas dugaan yang
dihadapi muazzin itu..
Tidak
perlu ditanya mengapa dia ditimpa semua ini.. Kerana ini semua kehendak-Nya..
“Mak
Cik, izinkan saya bertemu dengan anak Mak Cik. Sudah lama saya mencarinya..”
aku megesat air mataku mengharapkan belas ehsan agar aku diizinkan untuk
bertemunya.
Akhirnya,
selepas aku mendapat keizinan itu. Aku sudah dapat berjumpa dengan muazzin itu.
Keluargaku juga sudah setuju untuk menyatukan kami. Alhamdulilah..
Sejuk
hatiku melihat wajahnya pada pandangan pertama. Putih bersih raut wajahnya.
Senyuman pertama juga aku dapat darinya. Hatiku berbunga-bunga.
Aku
inginkan dia bukan kerana simpati atau apa-apa yang sama dengannya. Aku
inginkan dia kerana aku ingin sekali menjadi makmumnya dalam setiap solatku. Agamanya
sungguh indah seperti yang telah diterapkan kepadaku sejak dari kecil lagi. Aku
bahagaia kerana aku dibimbingnya dengan baik sekali. Tiada kekurangan yang aku
dapat lihat dalam dirinya.
beautiful love story! hehehe first comment!:)
ReplyDeleteteruskan usaha Kak Pensil!
first komen ? nah pensil sebatang ! :D
Deletekak pensil ? -_- nasib bukan kak pah . hehe . terima kasih dik ;)
kak? =.='
DeleteBagus...Gaya penulisan yang memberangsangkan.Cik Pensil ke yang karang nih? Best~
ReplyDeleteA'aah sendirian berhad punya . hehe
DeleteBlog ni pun dah ada perubahan,..
ReplyDeleteperubahan apakah? ;)
Deletesebelum ak baca ayat2 berjela2 tu *sbb ak ni jns pmalas nk baca yg panjang*, hang karang sendiri ka? klu ya ak, akan baca n komen seikhlas mungkin.
ReplyDeletep/s1: header baru..fuyooo siapa buat?
p/s2: widget kat blog ak ada jer tp kebanyakknnya ak letak kt HOME i.e komen terkini, entri pop, top7 minggu etc. klik kat nama label tu, nnt dia kluar la. sj buat mcm tu sbb nk kasi kemas n lajukan blog
yg header tu aku tau siapa yg buat. cikgu ma kan?
Deleteok , tak kisah pun , aku dah faham hang ;D
Deleteya , aku tulis sendiri . jemputlah baca cerpen aku yang ke 7 rasanya dalam tahun ni . hehe dah lama tak menulis .
tahniah ye perasan header tu . haha
wahh . mesti pengaruh CIKGU MA ni hebat , sampai orang boleh cam dia punya hasil tangan . hehe . tapi header tu bukan dari dia , harap dia akan BAGI SATU dekat aku . hehe :)
kalu boleh nanti aku review sapa yang buat header tu . hehe
ohh .. patutlah nanti aku tengok balik , memang nampak kemas . pandai hang buat ^_^ bila nak buat dekat aku pulak ? nak kacau hang dekat fb , tapi teringat pulak mood fb hang dah hilang , malas nak kacau.. keh3
hhahaaha ok not bad. dh baca. tp ada typo.hihi 'Diamanakah ingin au mencari muazzin itu?'
Deleteok . hang memang jujur ~
Deletecantik penulisan cik pensil.. xnafi yg cik pensil ada bakat dalam penulisan.. teruskan ^_^
ReplyDeletebakat ? haha . terima kasih ^^
DeleteHeader tu sudah tukar da....
ReplyDeletehukhuk.. best gila weh... terer ahhh hang.. tabik!
ReplyDeletelove story.. oh yer, napa tak hantar kat majalah... hmmmm...
ReplyDeletePenulisan yang bagus la cik pensil..ade bakat ni..cuma typo tu kena alert haha
ReplyDelete