Apa yang perlu aku buat? Jika mata sudah berkenan, hati sudah terpaut. Aku risau. Perlukah aku lakukan “sesuatu”? Tapi .. “sesuatu” itu apa? Tapi jika aku tidak lakukan “sesuatu” itu, mana mungkin dia boleh tahu apa yang ada dalam hatiku ini. Tapi perlukah dia tahu? Ahh . banyaknya tapi. Habis itu apakah tujuan aku sebenarnya menyukai dia? Meminati dia? Sungguh aku tidak faham akan perasaan ini.
Jika aku sudah lakukan “sesuatu” itu tapi aku ditolaknya bagaimana pula? Belakang kira? Mungkinkah aku akan terluka? Luka itu kan sangat sakit?
Atau .. aku perlukan kekuatan diri? Bagaimana aku boleh mendapatkan nya? Mencari? Iya. Tapi dimana?
“Kau mestilah yakin akan diri sendiri. Jika kau mahukan sesuatu itu, mestilah teruskan, kejar.. kejar sampai dapat. Tak usahlah kau mudah berputus asa, kerana orang yang mudah berputus asa itu adalah orang yang lemah.” Kata hatiku. Membuatkan aku berfikir dengan lebih jauh. Merenung nasib diri, kekuatan diri.
Ya! Mengapa aku mudah sangat mengundur diri sebelum bertanding?
Jadi aku aturkan perancangan. Perancangan mendekati ‘jejaka’ yang membuatkan aku ‘jatuh’ hati padanya. Mungkin susah tapi usahaku dapat merempuhnya.
Selalu juga aku mengintai jejaka itu tanpa dia sedari. Setiap hari apabila tiba waktu rehat, aku akan keluar dari ofisku pada pukul 1.10 tengahari akan ku terus menuju ke surau berdekatan untuk menunaikan kewajipanku sebagai seorang muslimah. Selepas aku lengkap berwuduk dan lengkap bertelekung aku akan duduk bersimpuh, hatiku turut bertasbih sambil menunggu muazzin itu melaungkan azan.
“ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR”
Suara itu.. ya. Suara itulah yang menarik aku untuk setiap hari solat berjemaah disini. Sungguh nyaring dan syahdu sekali. Aku terpukau. Entah mengapa hatiku berasa sejuk dan tenang sekali berada disini, seperti berada di tempat yang betul-betul indah. Alhamdulilah mungkin aku sedang diberi hidayah-nya. Aku berasa selamat saat aku menghayati dan menjawab seruan azan daripada muazzin tersebut.
Setiap hari dua kali aku akan bersolat berjemaah disini. Iaitu pada waktu zohor dan asar. Jika boleh ingin sekali setiap solat lima waktu ku ingin bersolat disini. Tapi .. apakan daya, rumah sewaku agak jauh dari ofisku dan masjid ini.
Ingin sekali aku melihat wajah muazzin yang merdu suaranya itu. Sudah hampir dua bulan, boleh dikatakan selama dua bulan itu aku tidak pernah walau sekali pun melihat wajah muazinn itu. Pernah aku mengintai disebalik kain langsir yang membahagikan perempuan dan lelaki tapi mungkin kami belum ada jodoh agaknya.. Hanya suaranya sahaja yang ku dengar..
Inilah yang membuatkan aku tertanya-tanya. Untuk apakah aku ingin melihat wajah muazinn itu? Malangnya hati aku tidak dapat menjawabnya. Aku sendiri keliru. Adakah sebab aku telah terpikat dengan suaranya jadi sebab itulah aku ingin melihat pula tuan empunya badan? Mungkin ya.
Tapi sejak seminggu yang lalu, suara itu.. muazzin itu.. bukan orang yang sama. Sudah pasti aku dapat mengecam suara muazzin yang selaluku dengar itu. Ya! Aku pasti muazzin sekarang bukan muazzin yang selalu.
Kemanakah muazzin itu? Sudah hampir seminggu aku tidak mendengar suara muazzin itu. Hatiku mula gelisah apabila usia seminggu mula mencecah dua minggu. Sakitkah dia? Aku mulai risau akan keadaannya. Apakah yang menghalang dia dari datang untuk menjadi muazzin seperti kebiasaannya?
Siapakah yang mampu menjawab persoalan aku ini? sedangkan aku sendiri tidak kenal siapa muazzin itu. Diamanakah ingin aku mencari muazzin itu? Bila sudah lama tidak ku dengar laungan azannya. Hatiku jadi rindu.. rindu untuk bersolat berjemaah bersamanya. Sekarang ini apabila aku bersolat berjemaah disini, aku berasa seperti ada tempat yang kosong. Mungkinkah tempat kosong itu adalah tempat muazzin itu?
Tetapi, itu dulu. Sekarang aku ingin mulakan perancangan awal aku iaitu berkenalan dengan jejaka itu. Jejaka? Iya, aku pun tidak pasti muazinn itu tua ataupun muda. Tiba-tiba baru aku sedar. Sekarang ini aku tengah meminati muazinn itu. Tapi aku belum tahu statusnya. Mungkin dia adalah suami orang? Astagfirllahaladzim. Teruknya aku.. kenapa aku terlalu lalai akan hal ini??
Jadi daripada aku terus menerus menyimpan perasan ini, lebih baik aku mencari kepastian yang sebenar. Tapi aku masih ragu.. aku keliru lagi..
Kadang-kadang aku terfikir, perlukah aku melamarnya apabila sudah ketemu nanti?
Sedang aku memikirkan masalah perasanku ini di kerusi luar masjid, aku telah ditegur oleh satu suara.
“Assalamualaikum nak, termenung jauhnya,”
Aku tersentak dengan teguran secara tiba-tiba itu, tapi aku masih menjawab salamnya. Dengan itu aku menghabiskan masa sepuluh minit berbual-bual dengan wanita tua itu yang sangat peramah bagiku. Dalam perbualan kami itu, baru ku tahu bahawa dia seorang peniaga kuih disekitar situ. Tapi kenapakah baru hari ini aku ketemu samanya? Mungkin kami baru ada jodoh agaknya.
Kesian sekali aku melihatnya, walaupun umurnya sudah terlanjut usia masih lagi keluar rumah menjual kuih-kuih untuk menyara diri. Bila aku tanya akan anaknya, dia hanya tersenyum. Bertambah hairan pula aku, apa yang sebenarnya? Otakku ligat berfikir, mengapa ya??
“Anak Mak Cik ada nak, dia kurang upaya.. dengan kekurangan itulah Mak Cik tidak benarkan dia ikut Mak Cik berniaga, Mak Cik tidak mahu menyusahkan dia, selalu saja terkena tipu nak.”
Oh.. begitu rupanya.. Tidak pula aku bertanyakan dengan lebih lanjut tentang anaknya. Nanti dianggap menyibuk pula.
Keesokkan harinya, kami bertemu lagi. Kali ini kami berbual lebih lama. Tapi kami bertemu di tempat Mak Cik itu berniaga. Aku yang pergi situ, terigin pula hendak merasa kuih buatan Mak Cik itu.
Donat, menjadi pilihanku. Aku hanya duduk di atas kerusi yang diberikan sambil merasai nikmat makan. Sungguh asyik mulutku menguyah donat itu. Tiba-tiba aku terfikir, Mak Cik itu selalu ke masjid, mungkinkah dia tahu siapa muazzin itu? Ya! Aku perlu bertanya.
Selepas habis Mak Cik itu melayan pelanggan, aku memulakan perbualan.
“Selalunya siapa yang selalu jadi muazzin di masjid Mak Cik? Sejak dua tiga minggu ni, saya rasa bukan muazzin yang selalunya..”
“Muazzin?? dia sakit nak, macam-macam ujian datang pada dia.”
Macam-macam ujian? muazzin itu sakit?? Hatiku bertambah gelisah. Jadi maknanya Mak Cik ini kenal dengan muazin itu??
“Mak Cik kenal dengan muazzin itu?? Dia sakit apa?” ingin sekali aku tahu apa yang berlaku padanya..
Mak Cik itu tersenyum.. ahh! senyum yang selalu buatku tertanya.
“Anak Mak Cik lah, asalnya dia buta sejak dari lahir. Kemudian datang lagi satu cubaan hidupnya apabila dia kemalangan. Dalam kemalangan itu pula dia kehilangan sebelah kaki. Sebab itulah dia tidak dapat jadi muazzin dekat masjid ini buat sementara waktu.. dia perlu berehat nak,”
Apaa?? Aku terkejut! Betulkah? MasyaAllah.. sungguh berat ujian yang dihadapinya.. selepas satu nikmatnya ditarik.. ditarik lagi. Aku sayu.. Tiada apa yang dapat aku ungkapkan. Air mataku megalir keluar.. Turut bersimpati atas dugaan yang dihadapi muazzin itu..
Tidak perlu ditanya mengapa dia ditimpa semua ini.. Kerana ini semua kehendak-Nya..
“Mak Cik, izinkan saya bertemu dengan anak Mak Cik. Sudah lama saya mencarinya..” aku megesat air mataku mengharapkan belas ehsan agar aku diizinkan untuk bertemunya.
Akhirnya, selepas aku mendapat keizinan itu. Aku sudah dapat berjumpa dengan muazzin itu. Keluargaku juga sudah setuju untuk menyatukan kami. Alhamdulilah..
Sejuk hatiku melihat wajahnya pada pandangan pertama. Putih bersih raut wajahnya. Senyuman pertama juga aku dapat darinya. Hatiku berbunga-bunga.
Aku inginkan dia bukan kerana simpati atau apa-apa yang sama dengannya. Aku inginkan dia kerana aku ingin sekali menjadi makmumnya dalam setiap solatku. Agamanya sungguh indah seperti yang telah diterapkan kepadaku sejak dari kecil lagi. Aku bahagaia kerana aku dibimbingnya dengan baik sekali. Tiada kekurangan yang aku dapat lihat dalam dirinya.
assalamualaikum...sedihnya kisah si muazin tapi itulah ujian terbesar Allah untuknya..krn kasihsayang Allah jua..muazin adalah antara orang yg akan Allah lindungi semasa berlalu di titian sirat di akhirat nanti...kita pula bagaimana...?
ReplyDeleteErr kesah benar tentang sesiapa ke rekaan? Kalau rekaan, pandainya cek Pensil reka cerita. Centa itu 'buta' tapi ikhlas :D
ReplyDeletesangat-sangat menikam jiwa NAL...terbaik..
ReplyDeleteprtama kali dgr muazzin..
ReplyDeletepensel, semoga impianmu terlaksana..
ReplyDeletedulu, zaman belajar, akak pun minat kat sorg imam ni. hanya sebab, waktu solat, dia sorg saja baca surah2 dalam al-quran(surah paling akak ingat dia suka baca, al-Qalam). imam lain baca surah lazim muqadam. tapi, dia tak habiskan diploma dia sbb hal keluarga(berhenti). dan setakat itu sajalah dia berada dlm ingatan akak.. ;)
ni cerpen buatan sndri ke? hehhe..
ReplyDeleteapapun, syahdu sgt.. best :D dlu ad sorg student ni, cara azan dia lain dr yg lain, tp best.. lagi2 kalau dgr time subuh..
err, entri ni bukan dh ada ker sblom ni? =.='
ReplyDeletekemah keming pensel..nanti femes, sebut name kite peminat setia hahaha
ReplyDeletebest..
ReplyDeletebest citer ni..
ReplyDeleteFuhhh nangis aku :') Haishh. Dulu aku ade gak minat sorang Imam ni. Aku sekolah Tahfiz. Hoho. Tapi, disebabkan Imam tu, aku suka sangat baca Surah Al-Mudassir. Imam tu baca tak lah tarannum sangat pun. Tapi, entahlah, yg pasti, bacaan dia sangat jelas. Tak garau, tak terlalu lembut. Tapi tak pernah pun dapat tahu nama senior tu. Kadang terfikir, nanti kahwin nak husband yg baca macamtu gak. Ayoyoo :3
ReplyDelete