10 March 2013

Stokin Kami !




Bila stoking kena rampas dek pengawas sekolah.

"Ambiklah, sebelum tu nak cakap yang stokin tu dah sebulan tak dibasuh."

cakap pi lah apa pun, akan dirampas jugak stoking tu walau setahun tak dibasuh :p

Sebenarnya pensil ni tak suka rampas-rampas barang orang, tapi anak-anak buah pensil akan mempersoalankan bila pensil lepas students yang buat salah. Benda-benda yang simple, pakai gelang, cincin, pakai celak/bawak celak, bawak cermin termasuklah stokin baby. Rasa tak senang pulak bila rampas barang orang walau memang patut dirampas. Pensil lebih suka bersoal jawab dari merampas. Best pulak dapat bersoal jawab,

"Kenapa pakai stokin ni? tau dak tak boleh pakai? lain kali jangan pakai dah."

"Baru bertunang? tak payahlah nak bagitau orang, dah kawen nanti baru bagitau orang. simpan dulu cincin tu nah."


Sayang ja barang yang kena rampas ni, sebab selepas dirampas barang2 tu akan dirosakkan/dihapuskan. macam celak, akan dipatah2kan sebelum masuk dalam tong sampah. buat pulak kena celak2 yang mahal. rugi2. Cincin, gelang tangan kalau beli seringit dua taklah kisah sangat ni beli puluh2 ringgit. Rugi2.

Walaupun pensil ni pengawas sekolah, ada jugak rasa pengawas ni kejam. tapi sikit jelah. haha. Kalau dapat dekat pensil, pensil memang akan elakkan dari merampas, tapi anak2 buah pensil ni macam straight. semua diorang nak rampas T_T masa perhimpunan lagilah. Walaupun dalam perhimpunan biasa. Pensil akan rampas bila ada spot check besar2ran ja. Masa tu baru pensil kutip terus apa yang boleh dikutip.

"Kak, budak tu pakai cincinlah."

"Kak, budak tu pakai stokin baby."

Kalau dengar ayat macam ni, mesti nak suruh pensil pergi rampaslah ni. malas sungguh. Tambah-tambah stoking tu, buat penuh dalam almari pengawas ja. dah la busuk :3

Disebabkan pensil ni malas nak rampas barang2 orang pensil akan cakap dekat anak buah pensil, tak payahla rampas, tegur sudah. Tapi .. T_T

"Dah lebih sepuluh kali dah kak,"

"Erk?"

Sapa suruh degil, kan dah kena rampas. HOHO



20 comments:

  1. 1st! nanti lepas aku siapkan 3 entri, aku datang komen :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat sambungan untuk entry aku ker ? ehh

      Delete
    2. alolololo comelnya pakai stokin baby =.='

      err, aku pernah jdi pengawas juga. LDP. lembaga displin pelajar. utk spot check kt perhimpunan, jarangla rampas2. tp biasanya buat roll-call mengejut jam 3-4 pagi. time tu buat la spotcheck bilik ker bilik. cri apa2 yg patut drampas. ie mercun, rokok, etc...buat utk budak2 junior jer. kekeke

      Delete
  2. Replies
    1. akak rasa akak dulu pengawas paling taksesuai jadi pengawas kot.. kekeke..
      sbb member2 sebaya kelas-kelas bermasalah dtg lewat masuk ikut pagar pecah kat padang, akak biarkan je. sbb pada akak, sekurang-kurangnya mereka datang sekolah, daripada ditahan(ambil nama kena denda dsb) dan beri tekanan pada mereka(lagi mereka malas nak masuk sekolah nanti).
      lagi satu, pasal lipat lengan baju. dulu kat sekolah akak tak boleh lipat lengan baju(taktahu kenapa pada waktu tersebut), apa ada hal, akak sendiri yg lipat lengan baju kehulu kehilir(cikgu tak tegur pun) sbb nak elakkan lengan baju hitam sbb meja kat kelas kotor sikit. penat nak berus kalau siku dan lengan kotor..kekeke(zaman sekolahla..)
      eh, mcm entry tambahan pula. kehkehkeh..
      er.. akak sokong apa yg pensel buat tu.. ;)

      Delete
    2. err..lupa. lipat lengan bau tu bukanlah sampai siku. lipat 2kali je.

      Delete
    3. cerita pasal lambat datang sekolah. hari tu pensil kena tahan sebab sampai sekolah lambat. asalnya pensil nak lari je, sebab ingat takde org perasaan. tapi tersekat jugak, ada sorang pengawas tu perasan. terpaksa juga tulis nama. sedih.

      pensil rasa kalau lipat 2 kali tak pe kot tak nampaklah sangat. yang tak bolehnya sampai ke siku. itu memang nampak sangat dah ;D

      Delete
  3. hahhaa saya pakai stoking koyak..kena rampas tak cik pengwas? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong saya masukkan awak punya stoking tu dalam tong sampah T.T boleh ? hikss

      Delete
  4. Saya dulu pengawas juga. Tapi,tu la,pengawas yang tak berapa nak tegas. Lagi2 kalau dengan kawan sendiri.tetiba rindu nak sekolah balik :')

    ReplyDelete
  5. hahahahaha kadang2 best jugak rampas merampas ni. rasa mcm berkuasa je. tapi bg yang dirampas tu, sedih kot . Takpelah. kerja kita sebagai pengawas, kena lah buat apa yang diarahkan :)

    ReplyDelete
  6. oloh oloh...sweetnye pengawas sorg nie...

    ReplyDelete
  7. salam cik pensil..

    hehehehe...seronok kalau blh jd pengawas yg lembut tp tegas...

    ReplyDelete
  8. nasib baek zaman sekolah dulu tak pakai stokin
    hahaha...

    ReplyDelete
  9. hahahaha.. teringat zaman skolah dulu.. kalau time spotcheck kain mesti kena labuhkan.. sbb stoking pendek.. pastu buat muka sposen.. terus dlepaskan.. hahaha.. zaman skolah mmg banyak knangan

    ReplyDelete
  10. alyn pun dulu pengawas jugak..masa sportcheck memang best,,tapi x dekla rampasan sangat..yang banyak nya denda

    ReplyDelete
  11. fuhh. Kalau sekolah aku. Dia musnahkan gak. Handphone, ipod, MP, Iphone. Laptop tu kena buat rayuan ah. guru Disiplin ketuk dgn tukul doe :/ Masa thobur(perhimpunan), habis semua pakat laung 'Takbir!!!'. Haha. Yg kena, adoiii memang comfirm menangis. Lagi sadis kalau cikgu2 pakat baca mesej dlm tu + tengok semua gambar yg ade. Muahaha XD

    ReplyDelete
  12. mujur aku x jadi pengawas..

    kalau dalam good side, pengawas ni kira org2 kepercayaan sekolah, brtggjwb, berdisiplin and jadi contoh pada student2 lain..

    tapi kalau bad side, aku rasa letih kot jadi pengawas. terkejar2 nak bahagikan masa, nak belajar, nak jaga perhimpunan, nak spotcheck, nak rehat, dan bermacam2 nak lagi..

    1 lagi, jadi pengawas ni kadang2 rasa berbelah bagi..lagi2 bila org yg buat salah tu, member2 sendiri..nak lepas, takut2 jadi bahan mengata pengawas2 lain..nak tahan, takut2 kawan tu terasa hati..haishhh

    last..pengawas biasanya banyak musuh..ramai org tak suka..kat mana2 pun camtu..so that, aku rasa Alhamdulillah la sbb x jadi pengawas..sebab aku tau, aku sendiri tak mampu and x layak nak pikul tggjwb tu..

    last lagi sekali..aku rasaa kau memang pengawas yg baik..:)

    ReplyDelete