15 July 2013

Atuk yang Bahagia

Assalamualaikum..

*Dalam kedai buku

Sedang Pensil membelek2 buku, dekat rak. Tiba-tiba Pensil di sapa seorang pakcik yang berseluar slack hitam, berkemeja T merah, berkaca mata, rambut putih2 sikit, pegang beg plastik putih berisi sebuah buku masakan.

"Cari buku apa dik? haa.. pernah baca buku ni?" *sambil menunjuk buku dibawah


"Er.. pernah belek2 je.." kata Pensil

Pakcik tu teruskan dengan mencadangkan buku2 yang patut Pensil baca, macam2. semuanya bagus2. Asalnya Pensil rasa pelik/janggal tapi Pensil dengar juga apa yang Pakcik tu nak cakap.

"Sepatutnya awak baca buku macam ni, Pakcik suka beli buku masakan, Pakcik suka memasak. Dekat rumah Pakcik banyak buku2, macam-macam ada. Sehari Pakcik boleh baca 2 buah buku. Tengok buku pun boleh buat Pakcik kenyang. Pakcik kerja dekat office depan tu, sebab tu lah selalu mai sini."
"Oh..umur Pakcik berapa ya?"
"Ha.. rasa2?*dari gaya pakcik ni rasanya..
"58?"
"Haha. tahun ni Pakcik genab 70" *pakcik tu senyum* kalau arwah tok wan masih ada mesti depa sebaya :')

Pensil kalau teka selalu salah, Pakcik ni nampak sihat, bertenaga, happy. Lama jugak kami borak2 dekat kedai buku tu.. macam2 pakcik tu cerita, pasal family, kerja, anak2, cucu, rumah, pengalam2 dia..banyaklah! Apa yang Pensil dapat simpulkan selepas dengar cerita Pakcik tu..

"Hidup Pakcik nampak 'senang' lah." *sengih*

"Jarang jumpa orang macam pakcik. Eh, bukan jarang! ni kali pertama  tau saya jumpa orang macam Pakcik."

Pakcik tu gelak. Yelah, dengan umur macam tu kan. 

Pakcik tu cakap nak sedekahkan buku2 dia untuk library sekolah Pensil, seronok Pensil dengar. hehe. Akhir sekali, Pakcik tu, bagi name card dia dekat Pensil..



 Eksekutif pentadbiran/akaun

"Terima Kasih Pakcik!" Laung Pensil..


11 comments:

  1. pak cik tu mesti banyak pengalaman..

    ReplyDelete
  2. nanti boleh la hang mengorat cucu dia. ehhh :P

    ReplyDelete
  3. wah ...bagusnya pakcik ni .. :3

    ada hikmah ni .. :3

    ReplyDelete
  4. Rietta pown ada sekali terjumpa seorg lelaki yg mcm blim brapa pak cik lah...dia pown ada cdgkn buku utk rietta...tpi bila dia crikan, xde plak kt rak....rietta sendirinpown xtaw mna nk cr buku tu...

    ReplyDelete
  5. Pak cik tu berkenan nak jadikan cik pensel menantu beliau agaknya?? haha

    ReplyDelete
  6. err..kekurangan masa terluang untuk membaca..

    ReplyDelete
  7. Banyaknya pahala dia kalau die dh sedekahkan buku2 tu kat sekolah..

    ReplyDelete
  8. Salam.

    Betul kata pakcik tu pensil..actually kan, cara mudah n cepat nk dpt pengalaman, banyakkan membaca..lagi2 pengalaman org lain ^_^

    ReplyDelete