09 September 2013

Jangan lebih 3 kali

Begini ceritanya..

Petang tu, Pensil dan Kawan berdiri dihadapan sebuah rumah ni.. Pintu pagar terbuka sikit. kereta ada, kasut ada tapi bagi salam tak ada yang menjawab. Kalaulah ada loceng rumah, dekat rumah tu, dah lama Pensil main-main 'tup tap, tup tap' dari luar memang tak dengar. dalam tu? kecoh bila dengar loceng. hihi

"Assalamualaikum." sepi..

"Assalamualaikum." sepi..

"Assalamualaikum." sepi..

"Tau tak kalau bagi salam, lebih tiga kali kita kena balik,"

"Tapi.. kita kena selesaikan hari ni jugak," adu Kawan Pensil.

Hemm.. kami nak jumpa cikgu, tapi mesej cikgu tak balas. nak call sayang duit. berdirilah kami berdua depan pagar tu. Tengah kami terpacak dekat situ, ada sorang lelaki ni pakai baju melayu koko berseluar slack berkopiah sambil pegang fail disis, datang dekat kami..

Sebenarnya bukan dekat kami dekat rumah cikgu kami tu.

"Assalamualaikum!" laung dia

"Assalamualaikum!"

"Assalamualaikum!"

"Rumah ni tak ada orang." jawab Kawan Pensil. Kesian tengok dia bagi salam banyak kali.

Lelaki tu pandang kami. Dia tengok tangan Pensil, ada kertas dan pen. dia mula bertanya dan soalannya membuatkan Pensil sedih.. nak tau dia cakap apa?

"Kutip derma jugak ker?" Pensil terkejut. suka hati je.

"Eh, bukan. bukan. ni rumah cikgu kami." Pensil rasa macam nak balik rumah terus, malas nak tunggu lama-lama dekat situ.

Selang 5 minit..
Tanpa membuang masa, Pensil call cikgu..

"Helo, Assalamualaikum Cikgu. Cikgu saya ada depan rumah cikgu ni, apa kata cikgu keluar kejap?"

"Hahh?? iye. Kejap-kejap."

Beberapa saat berlalu..
Ada seorang lelaki berkopiah tapi bukan lelaki tadi. Lelaki ni agak berusia.

"Rumah?" tanya dia.

"Bukan-bukan" jawab Kawan Pensil.

Pensil ni duduk rumah kampung, kawasan kampung. Setakat ni memang susahlah nak jumpa orang datang mintak derma. Tapi.. Taman ni, ramai sungguh. Lagi satu, bagi salam orang dalam bukan dengar. geram jugak hati ni.


Bagi salam tu, jangan lebih tiga kali tau!








24 comments:

  1. selamat menduduki spm semoga berjaya, ping dan share artikel anda di http://pingnw.com dan gandakan pelawat ke blog anda. ..:)

    ReplyDelete
  2. Taknak terima tetamu lah tu..hehehe ada hal dlm rumah, ntah2 nyorok belakang pintu..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dengar kot org bagi salam. think posotif ;D hikhik

      Delete
    2. Bagi salam bnyk kali takkan tak dengar, melainkan dia tidoq..hehehe

      Delete
  3. jgn lebih tiga kali? haha... agk kelakar sttment tu.. (^___^)
    kalo case mtk derma ni, annoying tp kesian, kot2 la dorang ni betul, susah nk bezakan...

    ReplyDelete
  4. kalau tabligh bagi salam, salu akak duk diam je dalam umah.. hihi.. tapi, jwblah dlm hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. bahaya jugak kalau buka pintu kan?

      Delete
  5. hahaha..sy lak jenis tengok dulu sapa bagi salam..konfirm dengar org bagi salam..rumah sekangkang kera je...

    ReplyDelete
  6. Hehehehe....memang mcm tu la dok kat tmn perumahan,org x dgr kalau kita bg slm...sbb tu kebanyakan rmh ada loceng..ding dong!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh main2. tambah2 budak2. habis satu taman dia tekan loceng. hikhik

      Delete
  7. dulu pernah dgr ustazah ckp juga nie....
    skrg org luar rumah pun ... dah guna hp call pemilik rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. call lagi cepat. tak payah menunggu. hehe. selalunya tetamu tak dijemput yg kena menunggu. hehe

      Delete
  8. Salam.

    Akak pulak bukak pintu bila yg bagi salam tu sebut nama tuan rumah..sebut mna2 nama ahli kluarga pun takpa..

    Itu tanda yg dtg tu kenal penghuninya.. akak yakin skit bukak pintu bila mcmtu.. yelakan..duk umah pangsapuri ni,mcm2 dik,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak ;)

      a'ah kan satu cara nak kenal orang di luar. nak ngendap kat tingkat pun tak leh, kalu duduk pangsapuri kan?

      Delete
    2. mmg tak boleh nak ngendap..nanti terkantoi plak org kt luar tu nampak,hehehe

      Delete
  9. Replies
    1. maksudnya memang orang tu tak mau jumpa kita. jadi bila tak ada yg menyahut, faham2 sajalah. hehe ;D

      Delete
    2. owh!! faham thanks :) owh len kali kena amek taulaa bnda2 camni! :)

      Delete
  10. tp kdg2 lebih 3x jugak pgl sampai org tu keluar..hehe

    ReplyDelete
  11. rajin la cik pensel menulis haha tlg bagi tips sikit camne sempat menulis dengan kesibukan masa? hehe

    ReplyDelete
  12. - Households with a total income of between 6 and 10 the
    minimum wage can receive lower costs of insurance,
    an 80% reduction of the notary registration cost and
    access to the guaranteed fund. There are four types of supernova'1a,1b, 1c and
    II. My dog has brought the innocence's of a child, and the pure love and joy only a dog can bring in to our
    lives.

    Here is my web page - gay rights

    ReplyDelete