07 September 2013

Perbuatan 'tanpa' Arahan

Assalamualaikum dan salam seribu senyuman bagi pembaca ;)

Awak, kamu, saudara, saudari  ialah perkataan yang berbeza tetapi merujuk kepada orang yang sama/satu. Kita semua hidup di atas bumi dalam satu dunia yang sama, hanya tujuan, cara hidup kita sangatlah berbeza.

Saya lain, awak lain.

Termasuklah 'cara' saya dan awak. Ada yang suka buat dengan perbuatan, suka bercakap/berkata-kata.
Antara dua ni 'perbuatan' dan 'bercakap' yang mana lebih berkesan?

Perbuatan itu yang lebih baik, dari bercakap tapi, habuk pun tak da. Hanya bunyi cengkerik

"krikk" "krikk" "krikk" "krikk"

Pensil pernah terjumpa satu situasi/kisah seorang perempuan.

Ada seorang gadis, yang sangat baik dan merupakan 'bonus' kepadanya kerana cantik dan sentiasa mencuri perhatian orang sekeliling terutamanya kaum lelaki. Ke-sek-si-an pakaiannya telah mendedahkan apa yang perlu 'ditutup'. Suatu hari dengan pakaian yang sentiasa sebegitu (seksi) dia telah menghadiri satu kenduri kesyukuran. Sebenarnya dia dikategorikan sebagai 'terpaksa' menghadiri kenduri itu.

Masuk sahaja ke dalam rumah, semua mata tertumpu kepadanya. Hatinya mula malu dan resah. Dia berfikir bahawa sudah tentu semua orang akan mengumpatnya/mengata/menjeling/memandang dengan perasaan yang penuh kebencian. Tapi semua itu meleset sama sekali. Sebaliknya telah berlaku. Dia dilayan dengan sangat baik oleh tuan rumah dan mak cik, mak cik yang sopan berbaju kurung dan bertudung yang ada disitu. Dia terharu. Keramahan orang-orang disitu menyambutnya, membuatkan dia terharu.

Seminggu selepas itu, dia sangat ayu berbaju kurung. Percaya atau tidak mungkin suatu hari nanti dia akan bertudung?

Apa yang pensil cuba sampaikan, perbuatan makcik-makcik tu membuatkan gadis tu sedar tentang pakiannya, cara hidupnya 'tanpa' arahan dari mereka. 'Kita' sangat berbeza dari perlbagai segi.

Sedangkan berbuih-buih mulut bercakap tiada apa yang berlaku, perbuatan mungkin lebih berkesan ;)
Dari situasi/kisah ni boleh kita adaptasikan kedalam kehidupan seharian kita, untuk mencuba membuat sesuatu yang mungkin baik kepada diri  atau orang lain walaupun berbeza.



3 comments:

  1. Cik pensil, spm cik pensil bila eh? Tertanya tanya jugak hehehe
    Apapapun amin for an excellant spm!

    ReplyDelete
  2. Salam cik pensel...

    Si gadis tadi ada perasaan malu..perasaan malu itu sgt baik ada dlm diri setiap manusia...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Urmm..adik..akak share pandangan akak ya antara perbuatan dan percakapan.. :)

    Percakapan ni..bagi akak, ibarat teori. Perbuatan pula, praktikal.

    Jadi, teori saja tidak berkesan, kena praktiskan baru kita tahu hasilnya macamana.

    Tapi praktis saja, tanpa ada teori atau panduan, tak boleh juga. Ibarat kita solat, cuba bygkan bersolat tanpa panduan? Mungkin tidak mengikut tertiblah kita..

    Dua2 sama penting.. jadi, bila kita cuba berubah kearah lebih baik dan cuba mengajak org lain kearah lebih baik, perbuatan dan percakapan kena seiring.. sambil kita menasihati, sambil itu juga kita tunjukkan melalui perbuatan kita..insyaAllah, dgn izinNya..menjadi apa yg kita usahakan.. :)

    ReplyDelete