26 May 2014

BLOK

Assalamualaikum..

Bila ada yang bercakap, yang memberi nasihat/ teguran Pensil akan dengar apa yang ingin dikatakannya. Kadangkala Pensil akan mengangguk tanda setuju. Kadangkala Pensil hanya berdiam apabila kurang bersetuju dan Pensil akan berikan pendapat Pensil.

Walaupun Pensil pendengar setia tapi, Pensil tak terima/sokong apa yang pihak tu nasihatkan kadangkala,,

Contohnya..

"Tingkatan 6 tu susah, kawan-kawan cek yang duduk kat F6 sekarang semua kata susah."
"Tu kak aku habis F6 duk rumah ja."
"Kena pakai baju sekolah eee.. budak sekolah."




Dialog yang pertama & kedua tu, nampak tak fikiran mereka sudah di BLOK oleh kawan-kawan? Dia dengar cakap 'kawan' bukan dia sendiri yang rasa dan ada kat tempat orang tu.

Memang sekarang orang tak pandang Form 6 dan lekeh-lekehkan F6 tapi, F6 ni pun ada kelebihannya jugak. Selain, singkat masanya iaitu Satu setengah tahun, jimat kos perbelanjaan, F6 merupakan jalan pintas untuk sambung Ijazah, Sijil STPM laku untuk mencari kerja dan berpeluang sambung belajar ke luar negara, F6 sekarang sudah ikut sem, F6 setengah sekolah dah tak pakai baju sekolah.

Pensil sudah buat keputusan untuk stay F6 tanpa menghiraukan suara-suara 'pening' di luar sana yang masih ragu-ragu dengan F6. Maklumlah dapat banyak tawaran, last sekali 'pening' nak p yang mana satu. Pensil tak dapat tawaran bidang yang Pensil minat (Psikologi) jadi Pensil akan sambung selepas STPM nanti. Nak p swasta, kesian mak ayah. Jadi, ini pilihan terbaik daripada Pensil.

Bila kita banyak berfikir atau terlalu memikirkan sesuatu perkara kita akan jadi semakin pening. Tambah-tambah bila dengar pendapat dari pihak-pihak yang sudah di- BLOK fikiranya. Tak berfikiran terbuka.

Susah senang sesuatu perkara tu bergantung kepada usaha sendiri ye dak?

 Bila dah jadi macam ni, kena tengok balik minat kita ada di mana. Mesti sudah ada rancangan untuk masa akan datang sebagai persediaan. Hati-hati agar tak tersilap langkah.

Bila mendengar.. Jangan cepat MENERIMA..


p/s : Lepas STPM Pensil akan sambung Ijazah Kaunseling ;)

13 comments:

  1. Amek f6! untung lebih banyak dari rugi sebab seriously, F6 senang nak score compared to Diploma..dah la 3tahun.

    ReplyDelete
  2. betul tu bgantung pada diri individu,jgn biarkan fikiran di blok..

    ReplyDelete
  3. Jangan peduli apa orang kata. Best apa form6. Lagipun, bandingkan dengan form6 dengan matriks atau lain2, result form6 lebih di ambil kira. :) lagipun form6 sekarang dah convert jadi Pra-Universiti.. means sebelah kaki dah di universiti. tinggal langkah sebelah lagi. lagi satu, stpm boleh ambil ulangan semester, kalau result tak berapa bagus, boleh upgrade lagi.. hehe lagipun form6 lagi jimat.. tak banyak nak bayar... yang penting, form6 memang best! hihi Lissa sekarang pun form6.. tapi dah sem 3.. ekeke

    ReplyDelete
  4. okay ja F6 pown.,.jnj rajin belajar...mna mna pown boleh berjaya asalkan ada usaha...

    ReplyDelete
  5. Df rasa mana mana pun sama. pangkal kepada niat nak belaja tu saje :D ehee

    ReplyDelete
  6. Lain orang lain pendapatnya kan? Ada sahaja kawanku yg dari form 6 kata seronok.. Eh kawan kata lagi.. bukan diri sendiri yang merasa xD

    ReplyDelete
  7. Ikut yang mana baik..yang penting jangan buang masa.. kalau amik diploma 3 tahun, amik f6 dah boleh save masa..

    ReplyDelete
  8. yeah ,, kita pun pernah kena ,, memandangkan tahun depan , saya masuk Form 4 so kena la pikir nak pilih kelas apa ,, then some my friends tak mau ambik Sains Tulen ,, then ada pulak suara sumbang yang cakap ,, elektif lain tu untuk budak b*d*h la , tak best la , tak ada 'class' la ,, semestinya benda tu mematahkan semangat orang lain ,,

    ReplyDelete
  9. asslmkm.. semua ni bergantung pada individu mampu buat ke x.. akk dlu pun dari form6.. memang susah sikit. tp sebab peluang masa tu disitu, terima je la.. :)

    ReplyDelete
  10. dulu saya pernah dapat F6, tapi sebab kurang pendedahan, terasa macam "eyy ape ni masih jadi budak skolah" - kawan2 yang lain semua dah masuk uni...saya je tak dapat sebab result tak berapa best... kawan2 satu group takde yang join F6 lagi la saya rase tak best.

    sudahnya saya sambung diploma kat IPTS, aiii rugi rugi. padahal kalau masuk F6, masih boleh tebus dengan STPM... dun no why, tak confident kot... so adik2 kalau ade peluang dapat F6, sila lah pegi... F6 skarang bukan macam zaman saya 13 tahun yang dulu...

    http://formulasihatcantik.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. FORM 6 BEST!aiman dulu budak matrik.lpas tuh merasakan matrik nih susah terus quit matrik and decide to enter form 6.belajar 10 bulan je pon.sebab tak masuk lower 6.bayangkan camana nak catch up sebab belajar tuh terus upper 6.alhamdullilah sampai ke menara gading akhirnya :D
    good luck cik pensel

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.

    Bagi akak, benda ni mudah je pensil. First, setiap satu tu ada advntage n disadvntagenya. Dan, apa pun pilihan kita, selalunya org lebih suka 'menakut2kan' kita dari support kita.

    Akak lepas SPM, akak dapat tawaran matrikulasi, form 6 n diploma. Awal2 lgi, matriks akak dah tolong..akak just rasa..tak nak. Itu sahaja. Then, bila dtg twrn form 6 n diploma, akk akui akak dlm dilema gak nak pilih mana satu.

    Akak sempat la form 6 tu dalam 2 minggu camtu sblm akk continue dgn diploma. Whatever u choose, trust yourself ok? :)

    ReplyDelete