01 July 2014

Istiqomah

Istiqomah.. Apakah erti istiqomah? Bagaimanakah mahu beristiqomah?  Tambahan pula, tajuk istiqomah ini dibincangkan ketika  bulan Ramadan. Jadi, boleh kita manfaatkannya untuk menyambut Ramadan yang penuh barakah ini. InsyaAllah.

Hadith : Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” – Riwayat Imam Ahmad-

Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya. Selain hati, lidah juga harus diberi perhatian serius kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang itu atas apa yang telah diperkatakannya. Bak kata orang bijak pandai berpunjangga :

“Mentang-mentang lidah tidak bertulang, bibir tidak berpagar, maka janganlah biarkan ia bertutur kata sesuka hati, luka dek pisau tampak darah, maka ia banyak ubatnya tapi, luka dek tajamnya mulut boleh merosakkan hati, maka dendam kesumat pada penghujungnya.”

Bagaimanakah mahu beristiqomah? Jika sebelum ini kita sering  meninggalkan ibadah-ibadah fardhu seperti solat fardhu, al-quran dan puasa terutamanya, pada bulan Ramadan ini ambillah peluang untuk perbaiki diri dengan sempurnakan segala perlaksanaan yang telah diabaikan sebelum ini. Tidak perlu kita lakukannya secara drastik iaitu bersungguh-sungguh pada satu hari tu sahaja, kita cukupkan solat fardhu ditambah pula dengan solat-solat sunat, membaca al-quran dua, tiga muka surat tetapi keesokannya kita tinggalkan kembali solat fardhu, solat sunat juga al-quran. Keesokan harinya pula baru kita mulakan balik dengan solat  fardhu dan sebagainya secara bersungguh-sungguh untuk satu hari itu sahaja. Cara ini adalah tidak serius untuk terus beristiqomah. Ini bukanlah cara yang sebenarnya beristiqomah.

Istiqomah sepatutnya, kita mulakan  yang wajib dahulu. Cukupkan, sempurnakan perlahan-lahan secara berterusan. Cukupkan solat fardhu jangan tinggalkan kerana solat fardhu adalah wajib bagi setiap muslim. Jika sudah lengkap solat kita, khusyukkah kita? Bolehkan kita makan nasi tanpa lauk? Sedapkah? Begitu juga solat :)

 Selepas itu, tidak salah jika kita tambahkan solat-solat sunat seperti dhuha dan qiammulai juga tidak dilupa bacaan Al-Quran. Mulakan dengan sebulan sekali, lama kelamaan lakukan pula  seminggu sekali, InsyaAllah berjaya sudah anda beristiqomah dengan dilakukan setiap hari. Begitu juga puasa, jika sebelun ini kita rajin ponteng tanpa sebab musabab yang kukuh, ayuh cukupkan puasa kita sebagai azam yang baru di bulan Ramadan yang mulia ini.

Sekiranya seorang lelaki atau wanita pernah berzina atau membuat maksiat, di mana tiada orang lain yang tahu akan hal itu, elok keburukan itu tidak diceritakan kepada sesiapa agar tidak menimbulkan fitnah. Rahsia itu biar kekal antara si perlaku dengan Allah S.W.T sahaja dengan syarat bertaubat bersungguh-sungguh dan berazam untuk tidak mengulangi lagi.
Oleh itu, Istiqomahkan hati kita pada bulan Ramadan ini dengan bertaubat secara bersungguh-sungguh terhadap dosa-dosa besar dengan Allah S.W.T terlebih dahulu. Semoga dosa kecil kita diampunkan pada bulan yang mulia ini.


         -ANIQAH feb 12/azman zaidin.blogspot-

7 comments:

  1. Sedang beristiqomah ni...nice entry

    ReplyDelete
  2. susah nak istiqamah nih tapi kalau tak cuba mana Allah nampak usaha kita kan..:)

    ReplyDelete
  3. aiwah.. amalan yang paling dicintai Allah..

    ReplyDelete
  4. perlu dalam apa jua amalan...y baik la. stanzaku

    ReplyDelete
  5. Turut sedang beristiqamah.Moga dipermudahkan.
    p/s: Lama tak jenguk khabar. Busy haha

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dik. :)

    Untuk memstikan perbuatan tu sentiasa berterusan..itu lah cabaran sebenarnya.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete