29 July 2014

Sumpahan

Assalamualaikum.

Ini bukan sumpahan.

Tahun lepas 2013,

Dalam satu kem motivasi kami diberi sehelai kertas dan diarahkan untuk menulis sifat-sifat buruk yang ada pada diri masing-masing (ingin membuang sifat-sifat buruk tersebut)

Dengan penuh khusyuk kami semua menulis  sifat-sifat buruk diri masing-masing sebanyak mungkin.

"Leka dengan blog, facebook..........."
"...blabla................blabla.................."
"...blabla.....................blabla.............."

Penuh kertas A4 putih tu depan belakang Pensil tulis keburukan diri ni, punya bersemangat.

Salah satu yang tertulis adalah pasal blog ni lah. Dalam tu Pensil ngadu yang Pensil lalai/leka, habiskan banyak masa dengan blog.

Kertas A4 tu, dironyok sehingga menjadi bulat kecil seperti bola pingpong dan dibaling sekuat hati ke dalam satu bakul yang telah disediakan. (menandakan kami betul-betul nak buang sifat-sifat buruk tu)

Pensil rasa disebabkan Pensil mention blog ni dalam kertas tulah, tahun 2014 hanya beberapa entry saja yang terupdate berbanding tahun lepas  -_-"


2 comments:

  1. alasan nak kata blog tak update lah ni..

    kalau lah buang sifat buruk se-simple buang kertas tu dalam bakul, aman dunia ni..

    ReplyDelete
  2. hai cik pensil.. lama dah saya tak datang ke sini.. hihi..

    ReplyDelete