04 November 2014

Adik.

Assalamualaikum.

Soalan dari seorang budak darjah 6.

"Akak. Saya nak jumpa akak sekejap boleh?" *gelisah

"Ye, adik. Silakan." *tersenyum

"Kawan saya kan pakwe dia bagi hadiah anak patung dekat dia. Dia takut mak dia marah. Pastu dia cakap anak patung tu kawan perempuan yang bagi."
*ece. kawan adik ke adik?

"Umm.. kenapa pulak mak die nak marah?"

"Yelah. Mak dia tak bagi kawan dengan lelaki. Kalau mak dia tau, mesti dia kena marah teruk. Macam mana ya kak?"
*kawan dia terngendap2 disebalik dinding. ingat kak tak nampak? hee

Ini budak darjah enam yang baru nak terjebakkan diri dalam 'alam cinta monyet'. Tahun depan masuk form 1 dah melangkah ke alam remaja. Kemain risau kena tangkap dengan mak sebab bercinta bila pakwe bagi bear.

Tak pelik pun bila jumpa budak darjah 6 berchenta. Sebab..?
Budak umur 6 tahun pun dah pandai berchenta !!!

Allahhuakhbar.

"Adik kena ingat. Lelaki bila dia bagi sesuatu bermakna dia nakkan sesuatu."
"Adik, lelaki yang adik boleh percaya dalam dunia ni, Ayah adik. Jangan ketepikan mak ayah. Mak ayah larang bersebab."

Jalan penyelesaian 'terakhir' yang Pensil bagi kepada adik ni..

"Adik bagi je lah bear tu kat akak. Akak dah boleh berchenta." *hahaha





7 comments:

  1. Hahaha, entah dari manalah budak2 tu dapat duit beli teddy bear.

    ReplyDelete
  2. hahahahahaha...ayat last tu x leh blah je..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. jangan dijadikan sebagai contoh yerk :p

      Delete