17 May 2016

My Father's Word

Assalamualaikum dan Salam Satu Jiwa ;D

Setelah berbulan-bulan bertahun tak update entry, jadi hari nak kongsi sikit my father's word yang jarang disebut-sebut tapi tetap terpahat dihati ni.

My dad macam ayah orang lain jugak, cakap tak banyak aka tak banyak berleter macam mak-mak kita tu. Maybe itu yang menyebabkan Pensil tak penah lupa pesanan ayah. Hahaha.

Berbanding dengan my mom. Die punya pesanan tu macam machine gun, pom, pom, pom! Last2..

'Mak suruh buat  apa tadi eh?'  tak lekat satu pun dalam kepala.


Image result for dad
My Father's Word

1. Ni anak ayah ka anak mak?
Since Pensil kecik-kecik dulu sampai sekarang dah besar gedabak, ayah asyik bertanya soalan yang sama kepada kami adik beradik. Hahaha. Adik pensil yang bongsu ni jer (4thn) dia buat tak tau je bila ditanya anak ayah  ka mak? Saya anak ayah ! ;p

2. Malu pasai apa? orang yang buat salah ja kena malu !
Ni ayat bagi semangat bila kami adik beradik tetiba jadik pemalu. haha.

3. Tak boleh buat? bagi boleh.
Ayat ni pun sama, bila kami adik-beradik putuih asa cuba sesuatu.

4. Jangan guna/beli/terima Phone selagi tak habis SPM
Malangnya ada juga anak-anak ayah yang ingkar! yelah orang kata pandai buat pandai tanggung. Ada juga dikalangan adik beradik Pensil yang kena tangkap dengan ayah sebab guna Phone. Lepastu kena denda. Pensil tak pernah kena tangkap dengan ayah! hahaha. Macam duk dalam asrama pulak kan?

5. Jangan duk gatai naik/bawak motor sebelum ada lesen
Fuhhh. Pensil tak pernah buat yang ni. Actually, Pensil takut bila 'naik moto' dengan sesiapa, tapi kalo 'bawak moto' ok, Hahaha. Pensil last naik moto dengan ayah masa darjah 2 sebab moto kena curik lepas kejadian tu ayah dah tak beli moto lain. Jadi kami hanya naik kereta sahaja sampailah Pensil dapat Lesen masa Tingkatan 4 hingga sekarang.

6. Dilarang hisap rokok 
Ahh! yang ni tak taulah. My Famliy ada 4 lelaki,  abang sorang mereka semua ni tak terlepas dari gosip-gosip hisap rokok masa di Sekolah Menengah. Lepas sekolah dah tak ada pulak gosip2 tu.

7. Selagi ayah ada, nak bayar apa-apa guna duit ayah

Kadang rasa happy kadang rasa sedih/sebak dengan ayat ni. Btw kami adik beradik cuba jer kumpul duit sendiri bila nak apa-apa. Tambah2 sekarang semua dah besaq2.

8. Nak belajaq, belajaq p lah apa-apa pun, jangan pikiaq pasai reja, nanti mai ja reja ngan ayah

Pensil cakap macam tu dekat kaunselor Sek, sebab masa tu tengah buat pilihan kos UPU untuk sambung Degree. Cikgu tu cakap

Image result for jari telunjuk
"Saya yakin 100% kamu dapat Universiti cuma saya tak tau Uni mana."
Aminnn ! Gerun Pensil, bila cikgu cakap macam tu tapi, ini satu doa, doakan Pensil jugak ya?

He likes my father's Word

9. Tok sah bawak betina/jantan nek moto !

OK. Pensil tak pernah buat yang ni.

10.  Panggil semua mai berkumpul sat, ayah nak cakap.

Situasi ni berlaku apabila ada adik beradik yang dah buat kesalahan-kesalahan seperti diatas-atas tu. Tujuannya ayah nak semua 'orang yang melanggar peraturan' tu tau dia buat silap, dan kami sama-sama bincang hukuman apa yang patut diberikan selepas semua kata putus diberikan. Fuhh. termasuk adik yang kecik tu, dia pun mesti ada dan dengar sekali walau tak faham.


Okay. This is my father. Pensil paling tak berani nak melawan, ikut jer. Anak no 2 memang baik dan ikut arahan! hahaha!


How about your Father?

1 comment: