23 January 2012

Cerpen : Dimana Ayie? Part 1

Assalamualaikum dan Selamat Petang .






Cik Pensil ada tulis satu cerpen tajuk dia 'Dimana Ayie ?' ni first time tulis sebelum ni tak pernah lagi , saja cuba-cuba sebab sebelum ni memang teringgin sangat sangat nak tulis and terhasillah 'Dimana Ayie' ni . Mungkin citer ni tak best , baru belajar nak menulis masih ada banyak kelemahan harap anda semua dapat bagi komen , apa yang patut . Okeh , tu je so baca lah ye .. silakan ~




***



“Ayieee! tunggu la. Ayiee! tak nak kawan la macam ni” rungut Ely apabila Ely  terpaksa berlari mengejar Ayie yang sudah jauh kehadapan bersama teman-temanya, dipadang  yang selalu menjadi tempat permainannya dengan Ayie .

“Ely cepatla, macam mana kite nak main kalau Ely lari lambat sangat ? nanti semua kawan-kawan Ayie tinggalkan kita berdua dibelakang . Susahla Ayie nak main macam ni” Ayie tetap meneruskan lariannya bersama kawan-kawannya dan meninggalkan Ely tanpa menghiraukan jeritannya tadi. Ayie tua tiga tahun dari Ely , Ely baru 4 tahun . Ayie sudah bersekoah. Tahun depan baru Umie Ely akan hantar Ely ke Tabika yang berdekatan dengan rumah mereka .

Ayie sudah jauh kehadapan meninggalkan Ely di belakang yang tercunggap-cunggap mengejarnya “Kite tak nak kawan dengan Ayie! kita nak baliklah macam ni”  Ely menghentakkan kakinya, lalu berpatah balik , Ely merajuk dengan Ayie yang tidak menghiraukan jeritannya sebentar tadi. Ayie sengaja tidak menghiraukan jeritan Ely, kerana malas nak melayan kerenah Ely, tadi bukan main lagi nak mengikut dia ke padang bermain dengan kawan-kawan sekelas dia , sekarang dah merajuk pula.

“Haihhh, ini lah budak perempuan sikit-sikit nak merajuk” Ayie berpatah balik ingin mengejar Ely , sambil memicit-micit dahinya yang berdenyut-denyut itu. Pening nak melayan kerenah Ely.

Ely , sudah duduk dibawah pohon mangga milik jiran sebelah rumahnya “Ini la budak perempuan, yang tadi nak sangat ikut kita main lepas tu nak merajuk-rajuk pula” kata Ayie sambil duduk disebelah Ely .

“Ayie , kita tak suka la main kejar-kejar macam tu. Penat nak lari-lari.. Jom la kita main yang lain” Ely hanya ada Ayie sebagai kawan lelaki sejak dia berpindah ke Taman ini . Dia tidak mempunyai rakan yang lain selain Ayie dan Ema . Tapi malangnya Ema sudah balik ke kampung sebab neneknya sakit mungkin akan balik ke sini semula minggu depan , sepanjang ketiadaan Ema setiap petang Ely akan bermain dengan Ayie dan terpaksa main permainan budak lelaki yang kurang disenangi Ely .

“Lahh .. kite kan lelaki takkan nak main permainan budak perempuan pulak ?” Tanya Ayie kalau Ely tak nak main permainan budak perempuan dia pun tak nak main permainan budak perempuan.

“Eh , iya kan? habis tu permainan ape yang boleh dimain budak perempuan dengan budak lelaki Ayie ?”

“Entahla, takde kot” kata Ayie sambil merenung jalan raya dihadapan mereka.”

“Takkan takde kot mesti ada punya.. Emmm .. haa ! kita main masak-masak nak ?”

“Oihhh ? masak-masak ?? taknak ahh .. tu permainan budak perempuan la.” kata Ayie sambil memandang Ely dengan muka terkejut ‘ada ke pulak nak suruh aku main masak-masak ape class?’ kata Ayie dalam hati .

“Habis tu .. Ayie ada cadangan tak ? Kita dah tak tahu la nak main apa bosan!”

“Emm .. haa .. tahun depan Ely nak masuk tabika kan ?”

“A’aa .. kenapa ?”

“Kita main Cikgu-cikgu nak ? nanti bila dan sekolah mesti Ely dah pandai kan ?”

“Cikgu-cikgu ?siapa nak jadi cikgu Ayie?”

“Alahh, budak ni .. Ayie la , Ayie kan dah sekolah , mesti Ayie pandai lagi dari Ely Ayie sudah Darjah 1 kalau setakat nak ajar A,B,C tu takda masaalah punya lahh ..

“Emm .. Jom la kita main, Ely dah tak sabar dah ni Ely sudah melompat turun dan berdiri dihadapan Ayie, teruja sangat nak main Cikgu-cikgu dengan Ayie .

“Kita main dalam rumah Ayie nak? dalam rumah Ayie semua lengkap, ada kertas dengan pensil, jom lahh” Ayie berjalan kearah rumahnya yang selang beberapa buah rumah sahaja dari rumah Ely . Tak samapi dua minit mereka sudah berada dihadapan rumah Ayie .

“Assalamualaikum, maaa! Ayie bawa Ely ni ma!” jerit Ayie dari luar rumah. Sekarang mereka sudah berada dihadapan pintu pagar rumah Ayie.

“Ely .. marilah masuk, mama Ayie dengan Ely nak main Cikgu-cikgu, Ayie nak ajar Ely A,B,C nanti bila Ely masuk sekolah dia mesti dah pandaikan ma ?” terang Ayie dengan panjang lebar atas tujuan dia membawa Ely kerumah mereka .

Mama Ayie menganguk, tersenyum melihat kesungguhan anaknya itu dan Ely sambil menghulurkan tangan kepada Ely untuk disalam dan disambut Ely dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya .

“Ayie, bawa la Ely masuk dalam bilik , kalau duduk kat luar ni nanti adik kacau pulak” arah mama Ayie , takut juga kalau adik Ayie , izati ni yang baru satu tahu dua bulan tu kacau mereka nak belajar .

Ayie menganguk faham sambil memberi isyarat tangan kepada Ely , mereka berdua pun masuk kedalam bilik Ayie , yang serba sederhana dan lengkap dengan meja belajar itu . Ayie mengeluarkan buku dari dalam beg sekolahnya untuk ditunjukkan kepada Ely yang elok duduk bersimpuh diatas katil Ayie itu .

“Ayie .. cantik la bilik Ayie” kata Ely sambil merebahkan badanya ke atas katil Ayie tanpa ada perasaan malu .

“Ely , ni bilik Ayie jangan la buat macam bilik Ely” Ayie meninggikan sedikit suaranya yang bebaur tegas . Sungguhnya budak seperti Ely itu tidak tahu apa itu erti ‘malu ’
Ely yang terasa dirinya seperti keterlaluan itu bangun semula dan duduk bersimpun elok di atas katil Ayie sambil tersenyum sampai nampak sebaris giginya yang putih itu . Ayie mengeleng-ngeleng kepalanya melihat telatah Ely itu .

Pembelajaran mereka pun bermula Ayie memperkenalkan huruf A hingga Z kepada Ely , dan Ely perlu menghafal semua huruf-huruf itu . Ayie senang mengajar Ely ,yang mudah mengingati huruf-huruf itu . Kemudian sesi membuat latihan bermula . Ayie akan menyebut sesuatu huruf dan Ely perlu menulis huruf itu diatas kertas kosong yang disediakan Ayie itu .

Tepat jam 6 .50 petang mereka memberhentikan sesi pembelajaran mereka yang bermula dengan keinginan Ely untuk bermain Cikgu-cikgu itu .

“Cik Fauziah Ely balik dulu ya” sambil menyalami mama Ayie. “Kirim salam kat umie ya Ely”kata mama Ayie sambil memerhati Ely yang sudah keluar dari pagar rumah mereka itu . Ayie menghantar Ely sampai ke depan rumah Ely atas permintaan mamanya yang menyuruh dia menghantar Ely itu .

“Ely esok jangan lupa pula tau ! esok kita belajar matematik pula”

“Ye,lahh Cikgu Ayie, esok Ely pegi umah Ayie ya?”

“Haa ..  bagus!” kata Ayie sambil mengosok kepala Ely .

Lepas je Ely menghilangkan diri kedalam rumah dia , Ayie pun pulang ke rumah takut nanti mama risau pulak lama sangat hantar Ely ni .

………………………………………………………………………………………………………………………………………

“Assalamualaikum ! Ayie !” nyaring saja bunyi suara Ely .

“Waalaikumsalam , eh Ely mari la masuk .. Ayie ada dalam bilik tu kejap, ya makcik panggil dia”

“Ayie ! ni Ely datang ni , keluar cepat , kesian dia tunggu kamu lama-lama” Mak cik Fauziah memanggil Ayie sambil menyelak kain langsir diluar pintu bilik Ayie. Ely duduk atas sofa di ruang tamu rumah Ayie, memegang kertas kosong dan sebatang pensil yang dibawak dari rumahnya .

‘Lambatnya Ayie ni .. buat apala dalam bilik tu’ .. rungut Ely dalam hati .  ‘kalau orang lambat tau pula nak marah , bila dia lambat ? haishh tunggu jelahh ..’

“Ely , sini jap” Ayie memanggil Ely dari dalam bilik .

“Hah ? Ayie buat apa lagi tu ? bila nak mula ni ?”

“Sini je,lah .. budak ni  .. cepatlah” marah Ayie yang berada di muka pintu biliknya itu .

“Ape- ape ?” Ely berjalan menuju ke bilik Ayie  , seperti yang diarahkan Ayie .

“Tengok ni , comelkan ?” kata Ayie sambil membelai lembut kepala Hamster  yang baru dibeli papanya sempena hari lahirnya yang akan tiba tak lama lagi .

“Euwww ! gelilah ..”  Ely membuat muka seperti jijik . Ayie yang tahu Ely takut dengan Hamster tu , segera meletakkan Hamster tadi diatas kepala Ely dengan niat yang jahat iaitu ingin menakutkan Ely .

“Aahhhh !tak nak lahh ..” marah Ely sambil berlari keluar dari bilik Ayie . Takut sungguh dia akan binatang itu .

“Tu pun nak takut , tah apa yang dia tak takut pun tak tahu lahh” Ayie ketawa besar didalam biliknya seronok dapat mengusik Ely . Ayie menyimpan kembali Hamster yang dibeli papanya pagi tadi. “Mich duduk diam-diam ya dalam balang ni , nanti kita jumpa lagi ye . tata” kata Ayie kepada Hamster kesayangannya itu yang diberi nama Mich .. dan melangkah keluar dari biliknya.

“Ayie jahat . Kita taknak belajar dalam bilik Ayie dengan binatang tu”

“Eh ? sapa kata kita nak main dalam bilik tu hahh ? kalau Ely benci Mich , Mich lagi benci Ely tau !” tak puas lagi Ayie nak mengusik Ely .. Ayie keluar rumah dengan ketawa besar yang terus meletup apabila melihat muka Ely dah merah padam.

Selepas memakai kasut , Ayie terus berjalan menuju ke pohon manga semalam dan terus duduk Ely datang dari belakang Ayie dan menjentik terus telinga Ayie dengan jarinya . “Ayie ni kan suke tinggalkan kita ..lahh .. tak suka lah macam ni”

“Ouchh ! sakit la ! , dah Ely jalan pun terhegeh-hegeh kita tinggal je,lah .. Ely tahu orang yang lambat akan selalu ketinggalan, dan akan ditinggalkan , macam Ely lahh .. sebab tu lah Ayie selalu je tinggal Ely” kata Ayie sambil melihat kereta yang lalu lalang dijalan raya dikawasan perumahan mereka.

“Alahh Ayie yang cepat sangat !” kata Ely tak puas hati Ayie selalu tinggalkan dia dibelakang .

“Dah la .. malas nak cakap banyak-banyak dengan Ely ni” Kata Ayie sambil merampas kertas dan Pensil ditangan Ely . Ayie seperti menulis sesuatu diatas kertas itu .

“Nah .. cepat kira semua soalan yang Ayie bagi tu” Ayie menghulurkan kertas  dan pensil  kepada Ely .

Ely mengerutkan dahinya sambil memerhatikan soalan-soalan yang ditulis Ayie itu .

1.  4+2=
      2.   5+3=
            3. 3+7=
      4.  5+4=

‘Err.. Apa jawapan die hahh ? Ayie ni .. kenapa la bagi soalan susah-susah kat kite hah ? kite mana la nak tahu jawapan die’ Ely berkata-kata dalam hati. Dilihatnya Ayie sudah terbaring di tepinya melihat langit. ‘Apala yang Ayie fikirkan tu ye?’

‘Aduhh .. macam mana nak buat ni hah ? kalau tak boleh buat ni , mesti Ayie marah giler ni’ Ely memikirkan perkara yang boleh dibuat untuk menyiapkan soalan-soalan yang Ayie bagi ni dengan betul , nanti mesti Ayie puji dia , mesti budak-budak yang sama umur dengan dia pun tak boleh buat lagi ni .

‘Hahh !’ idea sudah datang la .

“Ayieee .. kita nak balik rumah kejap .. nak pergi toilet laa” rengek Ely dia mesti dapatkan jawapan soalan itu dari Umie dirumah ..

“Pulakk , soalan tu pun tak siap lagi .. cepat sikit!” Ely berlari-lari menuju  ke rumahnya .

“Umiee!” laung Ely didepan pintu rumahnya .

‘Mana umie ni ‘

“Haa .. umie , umie , tolong Ely jawab soalan ni kejap .. Ely tak tahu nak jawab laa”

“Soalan apa pulak ni Ely ?” Puan Azian pelik melihat anaknya itu , dia yang baru lepas solat asar tu kelam kabut mendapatkan anaknya yang memanggilnya seperti ada perkara yang buruk sahaja berlaku .

“Ni , nii .. tengok soalan ni”

“Ohh .. yang ni 6 , 8 ,10 , 9”

“Terima kasih umie !” ucap Ely dan terus berlari keluar dari rumah mendapatkan Ayie .

“Ishh .. budak ni la .. apalah yang nak dibuatnya tu” pelik dengan perangai anaknya itu .

Ely , duduk disebelah Ayie yang sudah terpejam matanya itu . ‘Boleh pulak dia tidur dekat sini ish, ish’ Ely mendekatkan dirinya dekat Ayie . ‘Apa aku nak buat dengan mamat ni ye ?’ Ely memikirkan idea jahat untuk mengenakan Ayie .

Ely mengambil daun kering yang bertaburan disekelilingnya itu dan menguis –nguis pipi Ayie , Ayie tersenyum ..

‘Tidur pun boleh senyum ke ?’tanya Ely dalam hati sambil menahan ketawa yang dirasanya akan meletus tidak lama lagi .

Sedang Ely menguis pipi Ayie , mata Ayie yang terpejam sebentar tadi kini sudah terbuka luas melihat Ely. tangan Ayie segera menangkap tangan Ely yang masih berada di pipinya. Ely segera melepaskan tangannya yang berada dalam gemgaman Ayie sebentar tadi.

“Apa yang Ely buat ni ? ingat kite tak tahu ke hahhh ?” Ayie sudah bangun dari pembaringannya.

“Hahaha , Ayie tak tidur ke ?” Ely sudah berdiri dan bergerak jauh dari Ayie dia sudah bersedia untuk berlari jika Ayie ingin menangkapnya .

“Nak kena ye Ely ni ? sini ! nak lari mana hah ? Ely lari bukanya laju pun , kita boleh tangkap Ely laaa !” Ayie sudah mengejar Ely yang nampak dah tercunggap-cunggap berlari itu .

“Ayieee ! sudah la taknak lari dah penat lahh”  kini mereka sudah berada di padang bola .

“Siapa yang mula dulu hahh ?” kedengaran suara Ayie di belakang Ely .

“Ok kita berhenti . Dah-dah jangan kejar kita dah” Ely menyerah kalah .

Mereka berdua kini berada di tengah-tengah padang bola . Ely sudah terduduk diatas rumput . Ayie juga mengikut sama lalu merebahkan badanya diatas rumput itu . Ely juga ikut sama .

“Laju jugaEly lari penat kita nak kejar”

“Tahu pun” kata Ely dengan bangga .

Mereka berdua diamingin melepaskan penat berlari –lari tadi belum habis lagi. Lepas lima minit kemudian Ayie bersuara .

“Ely, lusa kita nak pindah rumah”

“Haah? lusa?? nak pindah mana? kenapa pulak nak pindah? Ayie nak tinggalkan kite ke?” Ely terkejut dengan apa yang baru dikatakan Ayie sebentar tadi. Ely seperti  tidak percaya saja apa yang Ayie cakap tadi , terus bangun dan melihat muka Ayie, berharap yang Ayie akan menafikan kata-katanya tadi .

Ayie pun bangun dan duduk bersila mengadap Ely. “Betula kite nak pindah, kenapa? Ely tak percaya ke? Ely sangat sedih, dia akan kehilangan seorang kawan, Ely hanya ada Ema dengan Ayie je sebagai kawan.

“Rumah kami tu rumah sewa, papa dah beli rumah baru kat Bandar Perdana. Lusa kami dah nak pindah rumah baru la. Ely sedih ke?” Ayie tengok muka Ely sudah masam mencuka, mesti sahabatnya itu berat hati nak berpisah dengannya .

“Nanti kite dah takdea kawan la, siapa nak kawan ngan kite nanti..” Ely menundukkan mukanya, jarinya mencabut rumput di kakinya, satu persatu untuk melepaskan geram.. Sedihnya tak terkata, dia menahan air matanya agar tidak mengalir didepan Ayie..

“Alaa.. nanti Ely pergi sekolah mesti Ely dapat ramai kawan, jangan la risau nanti Ayie balik la sini jenguk Ely , Ely pun boleh datang rumah Ayie ..” sikap Ayie yang matang  dan bersahaja, membuatkan Ely rasa selesa berkawan dengan Ayie. Ely sudah menaggap Ayie itu seperti abangnya sendiri.

Ely menatap mata Ayie.. Air matanya yang ditahan sejak dari tadi tidak dapat ditahan lagi .. Akhirnya, pipinya yang putih itu sudah basah dengan air matanya.. Air mata Ely mengalir laju dari matanya..

Ayie juga sedih nak berpisah dengan Ely, Hatinya sakit melihat air mata Ely. “Ely, janganla menagis kita takkan lupakan Ely la. Kita akan balik sini tengok Ely..” tangan kanan Ayie ringan saja, menyentuh pipi Ely ingin mengelap air mata Ely. Tangan kiri pula sudah berada di bahu kanan Ely. Dia sedih melihat Ely sedih..

Selepas menenangkan Ely, mereka berdua berjalan bersama kembali  ke rumah..

***

12 tahun selepas itu .

“Ema, kenapa Ayie tak pernah datang sini hahh? dulu kata nak tengok kita kat sini.. lama sangat dah 12 tahun dah..”

“Dia ada datang la, bulan lepas dia datang rumah aku, dia tak pergi rumah kau ke Ely?” Ema pelik, mereka berdua sangat rapat masa zaman kanak-kanak Ely tapi kenapa Ayie tak pernah pergi rumah Ely tanya khabar?

“Kenapa dia tak datang rumah aku? Aku tunggu dia lama dah tau.. dia dah lupa kat aku ke?” sedihnya tak terkata apabila Ayie tak pernah langsung jenguk dia. Lagi sakit apabila dapat tahu yang Ayie pernah datang ke rumah Ema sedangkan rumah dia sekali pun tak pernah langsung dalam jangka masa 12 tahun ni .. Rumah Ema dengan Rumah Ely dekat saja selang berapa buah rumah saja, tapi kenapa tak pernah sekali pun datang jenguk Ely? Ayie betul-betul dah lupakan zaman kanak-kanak dia dengan Ely .

Sekarang Ely, sudah masuk ke alam sekolah menengah, tetapi sekali pun belum pernah dia berjumpa dengan Ayie selepas Ayie berpindah rumah 12 tahun lepas ..

Sudah lupakah dia terhadap sahabatnya ini? sampai hati Ayie. Kita tak tahu dimana Ayie sekarang, Kata Ema Ayie sudah berpindah ke kampung nenek Ayie tapi. kita tak tahu dimana kampung nenek Ayie, Ema juga. kita akan tunggu Ayie, cepatlah datang jumpa kita. 

Sekarang Ayie betul-betul dah tinggalkan kita. jauhh kebelakang..


***


 macam mana? teruk kan? hehe.
Saya tak sehebat kak Isha Idiaz dan kak Ria Natsumi . Tolong saya untuk perbaiki penulisan saya ya :)



ALBERT EISTEIN : Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan





4 comments:

  1. hello kak!:)
    boleh tahan jugak citer akak..
    kalo ada masa follow la blog saya hehehe...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. okehh .. sudah dik ^_^
      thanks ya , singgah sini.

      Delete
  2. ADESS...kesalahan ejaan memang banyak...hmmm terlalu banyak penggunaan bahasa pasar...cuba elakkan..pastikan ejaan itu ikut BM yng betul...cthnya bawak...ejaan betul bawa...biasakan okay? cuba check semula jawab salam tu...assalamualaikum..hihihi

    akak ni biasa je dik...mana ada hebat...kalau hebat dah ada novel sendiri...akak pun dalam proses belajar lagi...so kita belajar sama2 ok?jgn putus asa...teruskan menulis...good luck...

    ReplyDelete
  3. hehe . komen yg macam ni yg saya nak :D
    hehe thanks akak , sekurang2nya akak tegur saya n saya boleh pebaiki , hehe terima kasih banyak2 :D
    Saya cuba buat lagi :)

    ReplyDelete