20 January 2012

Puding Pelangi


Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Pagi !


Cuti sekolah dan pun bermula and tak lengkap la cuti sekolah student kat malaysia ni kalau homework tak bertimbun-timbun kan ? Kalau dah mengadap benda alah ni , tak tau la bila homework tu nak siap  =,= 




Gambar ni ambik kat google je pun, ritu buat tak tangkap gambar pun =,= '


Hari ni Cik Pensil nak kongsi resepi  Puding Pelangi pulak ye . Lupakan tentang homework tadi -_-'  Puding Pelangi ni pun dah banyak kali jugak Cik Pensil buat dan banyak kali jugak tak jadik-jadik ! First time buat jadi , kali kedua tersilap sikit jadi lembik , kali ketiga tawar pulak . Haishh macam-macam, tapi yang ni pun senang jugak nak buat . Nak buat tu senang je , cuma nak dengan tak nak je . Jom tengok bahan-bahan dia.


Bahan-bahan :-

  1. 10 gm agar-agar
  2. 500 ml air
  3. 100 gm gula
  4. 250 ml susu cair (250 ni satu tin susu cair tu )
  5. 50 gm tepung kastard ( bancuh tepung ni dalam bekas yang lain sebelum dicampurkan dengan bahan yang lain )
  6. Sedikit pewarna (terpulang kepada anda nak guna pewarna warna apa )

Cara membuat :-

  1. Masak agar-agar , air , gula hingga mendidih ( juga boleh tambahkan sedikit garam untuk rasa lemak )
  2. Masukkan susu cair dan bancuhan tepung kastard tadi (kalau tak bancuh dalam bekas yang lain dulu nanti dia akan berketul-ketul bila dah siap nanti )
  3. Masak dengan api yang perlahan ( cuba rasa , kalau ada yang kurang boleh tambah )
  4. Bahagi adunan ( mengikut kehendak anda kalau nak warna banyak buat banyak , 3 pun cukup , kalau tak bubuh pewarna lagi bagus cuma tak cantik je, takpe janji sedap kan ? )
  5. Tuang adunan berselang seli sehingga habis ke dalam acuan ( apa-apa bekas pun boleh )
  6. Biarkan ia sejuk dan makan :D

Haa .. siap ! 
Tapi kalau lepas dah siap tu , rasa tawar , tuangkan susu pekat atas dia , nak bagi manis sikit kan . Bagi kakak-kakak , abang-abang boleh la belajar nanti dah kawen boleh la bagi husband & wife rasa . haha :D

Sekarang ni kan dah cuti , boleh la cuba buat . Boleh jugak makan petang , pagi .. tengahhari makan nasik ya !  kalau first time tak jadik , cube lagi , lagi ,lagi dah lagiii ! Ok tu je , selamat mencuba :DD


kata-kata CECIL B DEMIL :-
"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuanya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang"









12 comments:

  1. sdp jee nmpk gambar tu.. hehe

    ReplyDelete
  2. cantik nyer...tapi sayang ayie tak dapat rasa laa...ermm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la Ayie , Ayie buat pastu Ayie makan la :DD

      Delete
  3. Eh... Resepi lagi... Yang gula hangus haritu pun x buat lg... ok harini kakak MD kat umah... Boleh paksa dia masakkan untuk MD... Muahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan la paksa-paksa kesian kakak MD , cam kejam la pulak . haha
      MD cuba la buat sendiri mesti lagi sedap Kan ?
      ada banyak lagi MD resepi-resepi yang Cik Pensil nak kongsi haha :DD

      Delete
  4. waaaa~ nampak sedap la~ kalau boleh makan terus kan best ! huhu ^^

    ReplyDelete
  5. ciksukaberangan:
    hehe.. kalau la boleh kan? malangnya tak boleh.. hehe cube la buat :)

    ReplyDelete
  6. ciksukaberangan :

    hehe ok ^_^

    ReplyDelete