07 May 2012

Rezeki terbuka dengan..

Assalamualaikum.

Setiap tahun mesti ada diantara kita yang dapat hadiah hari lahir kan? ada yang dapat banyak.. sikit, tapi dah orang bagi kita terima jelah, dia yang bagi kita tak mintak pun kan? hehe. lepastu kat facebook mesti ada kawan-kawan yang tak lupa wish untuk kita. Alhamdulilah nampak juga nama kita naik kat Facebook diorang tu kan? mana ada orang yang boleh ingat semua tarikh lahir kawan-kawan dia yang beribu-ribu kat facebook tu. Saya baru dapat hadiah hari lahir dari seorang hamba Allah yang baik hati, dan perihatin :D Hadiahnya..

sebuah

buku


Buku Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia




Buku Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia, dalam buku tu macam-macam cerita ada. Harganya RM 10, hamba Allah tu terlupa nak tutup harga buku tu. hehe. kalau nak boleh cari dekat kedai-kedai buku yang berdekatan ya. Buku ni  best, banyak ilmu yang boleh kita dapat dalam tu. Dalam banyak-banyak cerita yang ada dalam tu ada satu cerita tentang

  ASTAGHFIRULLAHALAADZIM

 nak tahu cerita tu? baca bawah..

Kisah seorang isteri yang hampir berputus asa kerana baru kematian suaminya dan meninggalkan beban dan tanggungjawab yang berat, katanya :

“Ketika suamiku meninggal dunia aku sudah mencecah umur 30 tahun. Dari suamiku itu, aku dikurniakan 5 orang cahaya mata. Selepas itu duniaku menjadi gelap, aku tergamam dan tidak tahu apa hendak dibuat selain menangis tak henti-henti sehingga kering air mataku.”

“Dari seorang suri rumah sepenuh masa yang bersandar penuh kepada suami, kini aku menjadi seorang janda yang berputus asa.  Aku sentiasa dalam kesusahan dan kegundahan dalam hidup. Anak-anakku masih kecil dan kami sama sekali tidak mempunyai pendapatan yang memadai untuk menyara hidup. Jalan yang saya tempuh adalah menjual sedikit-sedikit peninggalan yang diwariskan oleh bapa anak-anak.”

“Pada suatu hari aku masuk ke dalam bilik untuk mendengar al-quran dari radio. Menerusi radio itu aku mendengar seorang tuan guru berkata; ‘sesiapa yang memperbanyakkan istigfar, maka allah akan menjadikan baginya jalan kesenangan dari setiap kesedihan dan jalan keluar dari setiap kegelisahan.’

“selepas itu aku memperbanyakkan istigfar, demikian juga anak-anak, aku suruh mereka untuk melakukan hal yang sama. Sungguh mengejutkan, tidak sampai enam bulan, kami mendapat tawaran untuk barang yang kami miliki dengan keuntungan wang berjuta-juta.

"Bukan itu sahaja anakku yang sulung telah  terpilih sebagai pelajar terbaik di daerah kami, pada waktu yang sama ia berjaya menghafaz al-quran dengan sempurna. Oleh itu, dia selalu menjadi pusat perhatian dan buah bibir masyarakat. keadaan seisi rumah kami dipenuhi dengan anugerah kebaikan, hidup kami menjadi lebih selesa dan Allah telah memberi kebaikan kepada anak-anakku tidak ada lagi kesedihan, kebingungan dan kegelisahan. Sejak itu aku merasa telah menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

Itulah kelebihan istigfar, marilah kita sama-sama mengamalkannya, agar kita dapat keberkatan dari apa yang kita lakukan. Amin..

SEKIAN.

2 comments:

  1. ustaz azahar idrus pernah twit istighfar & zikir blh bersihkan hati :) suke entry ni..ttg buku tu mmm sedih tp sy x suke bace novel hehehe

    psss lame x ziarah cni :) nak kek tu?alamak da habis mase otw balik KL ;)

    ReplyDelete
  2. Bulan Syurga Firdausi :

    hehe tu bukan novel, tu buku motivasi :D
    dalam tu ada banyakkk cite2 yang boleh bagi kita semangat dan berfikir. Cite dia pulak pendek je, paling panjang pun dua muka surat je.

    ReplyDelete