18 September 2012

2 Kali Gagal Ujian Pen !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
 
Ujian Pen ? Apa tu ? Tak Tahu ? Meh sini nak cerita . Er.. ni cerita sedih ~
 
Pada suatu hari ketika saya sedang ASYIK bersembang di kantin sekolah ada seorang kakak ni datang dan bertanya.
 
"Adik ada pen tak ? PINJAM sat ."
 
Dengan hati terbuka dan berlapang dada, saya pun bagilah PEN PURPLE yang ada di tangan saya.
 
Beginilah rupanya tapi warna purple
 
 
Esoknya, saya berselisih dengan kakak berkenaan di tangga sekolah pada waktu rehat. Saya pun bertanya.
 
"Er.. kak ingat lagi tak PEN saya ?"
 
"Alamak ada dekat kelas la ."
 
Mesti dalam hati dia cakap 'PEN berapa KUPANG pun nak mintak balik'
Eh, saya sayang sangat dekat PEN tu lah !
 
Kesoknya pula dengan muka tak bersalah ( perlu ke saya rasa bersalah ? ) saya pun pergi ke kelas kakak berkenaan untuk menuntut HAK saya.
 
"Akak terlupa nak bawa lah ."
 
Ok, Fine .. selepas dari haritu saya dah malas nak mintak-mintak balik jadi , saya tunggu , tunggu , kot-kotlah kak tu nak hantar PEN saya tu balik , tapi hampeh ..
 
Kawan saya cakap biarkanlah je lah . PEN je pun kan ?
 
Saya tengah biarkan lah ni , saya bukannya apa , kalau dah pinjam kita kenalah bagi balik barang tu.
 
 
 
KISAH 2
 
 
 
Sedang saya seronok berborak-borak dengan kawan dalam library sekolah sambil menunggu loceng akhir sekolah tamat , untuk pulang ke rumah , ada seorang adik ni datang ..
 
"A'aa.. akak ada PEN tak ?"
 
Saya pun bagilah , saya tengok dia dengan kawan-kawan tengah kalut isi borang peraduan sejarah yang di anjurkan pihak sekolah . Loceng sekolah pun dah bunyi , tanpa buang masa saya terus keluar dari library . Saya tak tahu sama ada dia perasan atau yang saya dah keluar dari library sebab saya tengok dia tekun sangat mengisi borang tu dengan kawan-kawan yang lain .
 
Dalam hati saya cakap .
'Biarlah , kalau dia ada rasa TANGGUNGJAWAB dia akan cari saya dan pulangkan PEN tu .'  Saya pasti sangat dia tahu saya kelas mana dan saya tunggu, tunggu ..
 
Adakah dia berjaya ?
 
Suatu hari selepas habis perhimpunan sekolah , saya pun berjalan seorang diri nak masuk kelas . Saya nampak adik tu .. kami berselisih, dia berjalan dengan kawan-kawan dia .. saya tengok dia dan saya senyum dengan harapan dia akan ingat balik PEN saya tu ..
 
 
 
 
MALANG sekali .
 
 
 
Dia GAGAL ujian PEN saya .
 
 
 
Saya dah tak harap yang saya akan dapat balik PEN-PEN kesayangan saya yang MURAH tu .
 
Mungkin akak dengan adik ni ingat
 
 'PEN ni murah je , mesti tuan dia pun tak ingin , bapa kupang je nih . aku boleh beli sepuluh .'
 
TAPI
 
Boleh ke akak , adik beli sepuluh batang PEN masa nak pinjam PEN saya tu ? kalau boleh mesti takkan PINJAM PEN saya tu kan ?
 
Saya tak marah , sebenarnya saya tengah uji rasa TANGGUNGJAWAB yang ada pada akak , adik dengan PEN yang saya dah pinjamkan tu . Sekarang akak , adik dah GAGAL ujian tu .
 
Saya tak kisah kalau PEN-PEN saya tu dah masuk dalam tong sampah , longkang . Saya hadiahkan PEN tu pada akak dan adik , saya harap akak , adik dapat guna PEN yang tak seberapa tu dengan baik :)
 
Ingatlah barang yang kita pinjam bukan HAK kita ^_^

CIK PENSIL DERMAWAN
 

32 comments:

  1. Eh pensil... ko hade alamat kakak pen dan adik pen tu?? Kalau ada bagi aku... biar aku pen-pen kan muka dua-dua tu... ha ha ha biasa lagi dah pinjam hak orang x reti nak buat sendiri.. usahkan nak pulang ckp tima kasih pun x ada... apa punya manusia la mcm ni...??? tau tak usataz aku cakap walaupun kita utang org tu 1 sen, kalau kita x bayar esok kat padang masyhar (mmg la tak tau bila) siap ko kena soal jawab... ha ha ha... mohon ko sabar ye pensil.. semoga pen ko yg ilang tu tadi akan diganti dgn pen rolex... haaa kelasss derang hade ke?? tak de kan?? ^..^

    ReplyDelete
  2. paripariputih :

    alamat tu takde lah akak. haha . gengsternya , takut pulak .
    tak pe saya halalkan PEN tu , lagi pun murah je PEN tu hee~

    saya tak reti guna PEN mahal2 nanti comot kertas . haha

    TERIMA KASIH atas nasihat tu :)

    ReplyDelete
  3. haah, nampak je cam benda remeh kan, tp bila fikir2 balik yelah barang orang bukan hak kita pun. dah pinjam kena la pulang balik. buatnya owner xmau halalkan amacam?? nasib baik cik pensel kita ni hati dia comel,baik hati.. kita sayang awak! =)

    ReplyDelete
  4. Pink Lavender :

    ha.. tu jelah yang boleh buat ..

    ReplyDelete
  5. baby comel :

    betul tu . pandai eh, ambik hati orang . haha . thanks :)

    ReplyDelete
  6. biasalah org2 ni...pinjam senang, nak pulang liat giler...

    ReplyDelete
  7. nurul_diya m. nor al-haj :

    fitrah manusia kut :)

    ReplyDelete
  8. NICE ENTRY..kene baca dan baru lah dapat fahamkan ape yg cuba disampaikan :)

    ReplyDelete
  9. b4 nak bagi pijam, pekate buat perjanjian bertulis..

    kalau tak pulangkan pen dlm masa 24jam , mitak pen baru berserta pen lama di pulangkan.
    tak nak ikut?? repot polis je...

    bia kedekut , jaji barang kita tak hilang , n bg pinjam lah pada org yng menghargai benda kita..

    ReplyDelete
  10. Hai! Salam kenal! MM datang terjah & follow dari "Senarai Bakal Di Review Tiga Suku" by MK Syahir..

    Follower #309.. ^^,

    ReplyDelete
  11. Barang apapun kalau bukan milik kita patut kembalikan.

    ReplyDelete
  12. da pinjam kena la pulangkan balik.. jgn jadi seperti kacang lupakan kulit

    ReplyDelete
  13. Adam Haiqal :

    yes !tak baca tak tahu cerita . :)

    ReplyDelete
  14. CikZaitul :

    perjanjian ? hehe , ni bukn nak pinjm duit berjuta2 ler . tapi betul jugak kan ? nanti saya try . thanks ~

    ReplyDelete
  15. lepakk.com :

    betul tu, tapi orang selalu buat lupa :(

    ReplyDelete
  16. ◕ Kawaii D Y S H A ◕ :

    orang yang suka meminjam suka buat2 lupa .

    ReplyDelete
  17. pen walaupun murah, tapi sangat2 berjasa time exam, kan?

    ReplyDelete
  18. sbelum bagi pinjam tu ptt kta ni la satu2 nya pensil pusaka keluarga saya....mmg nak bg awak pinjam ni..hik3

    ReplyDelete
  19. dell_e :

    ya . murah dan berjasa :)

    ReplyDelete
  20. Bulan Syurga Firdausi :

    selalu :)

    ReplyDelete
  21. dhiashahida :

    wah ! idea yang bernas ! boleh try nih . pandai dia . haha :D

    ReplyDelete
  22. btol tu, bukan harga yang menjadi persoalan tapi tanggungjawab tu

    ReplyDelete
  23. kita penah jugak kena camni . bengang pn ade jugak kan . wahaha :P

    ReplyDelete
  24. wohoo. chill. aku pun selalu kena camni dear. tak memasal masa nka exam kena beli pen lain. haihhh..

    sabar naaa..:P

    ReplyDelete
  25. pen merah pen biru, u marah ilabiyu..ehh? :p

    ReplyDelete
  26. Khairul Nizam :

    itulah yang saya cuba sampaikan :)
    dapat pun ~ hehe

    ReplyDelete
  27. shiyda :

    haha. senasib ler kite . kah2!

    ReplyDelete
  28. cik kiwi's :

    lagi sorang senasib. haha . lain kali beli banyak2 lagi :D

    ReplyDelete
  29. Mk Syahir :

    Pen biru dah hilang , silakan p cari pen merah & pen biru anda ~ haha ;p

    ReplyDelete