10 January 2013

Gaya Meniru .

Assalamualaikum .


Meniru kalau dilihat ada di mana-mana saja. Itu pun kalau ada orang yang perasan keadaan disekeliling dia atau yang jenis "alert" dengan situasi keadaan sekeliling atau juga yang jenis suka memerhati, dia akan nampak yang manusia atau rakyat malaysia ni suka meniru.

Meludah tepi jalan. mungkin budak-budak zaman sekarang tengok abang, ayah diorang selalu meludah "haktuihh" merata tempat so dia pun nak tiru jugak"haktuihh" .kalau tengok tangga dekat jejantas tu . rasa macam nak muntah . patutlah ada yang sanggup bahayakan nyawa sebab tak guna jejantas. Oh.. mungkin silap tempat kot , atau tak kenal mana satu tong sampah.

Budak-budak sekolah rendah. Hari ni kawan sebelah bawak bekal , esok dia pun 'terasa' nak bawa bekal. Budak sekolah menengah, bila cikgu tanya "Siapa yang tak pernah membaca al-quran? sila angkat tangan," tak ada siapa-siapa yang 'berani' angkat tangan. Seminit kemudian, "Kalau macam tu boleh mula dari hujung barisan sebelah kanan, baca ayat 1 dalam buku teks." tiba-tiba ada sorang budak angkat tangan yang menandakan dia tidak pernah/boleh membaca al-quran langsung. dua tiga saat kemudia ada pulak dua tiga orang lagi turut  berbuat perkara yang sama.

Situasi ini hanya direka untuk menunjukkan yang orang disekeliling kita suka meniru/lebih suka ada 'orang lain buat sesuatu itu sebelum dia' buat. Akan mengikut bila ada yang sudah buat. Dan tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah meninggalkan kita.

Suatu pagi, bertempat di kawasan persekolah pensil. Dekat sekolah ada empat tangga yang selalu digunakan oleh pelajar dan guru. Satu tangga untuk guru, satu tangga untuk pelajar perempuan, satu tangga untuk pelajar lelaki, satu tangga untuk .. err tak tahulah dikhaskan untuk siapa, tapi semua orang boleh guna tangga tu. Ok , pagi tu semua tangga sudah dikunci. tangga2 semua tu sudah  digrillkan. yang tak dikunci hanya tangga guru, entah kenapa grill2 tu lambat dibuka haritu lagipun hari tu hujan so tiada perhimpunan. Bayangkan tangga guru tu sesak sangat dengan pelajar yang taklah sampai bertolak-tolak nak naik tangga tapi memang ramai sangat pagi tu . sampai jem. Pensil hanya berdiri dari jauh sambil tengok gelagat pelajar2 dengan guru2 yang naik tangga tu tak putus! bersambung-bersambung. Kesian pula bila tengok ada cikgu2 yang terpaksa berhimpit dengan pelajar2 lain untuk naik ke bilik guru. Ada yang berhenti dia berdiri ditepi macam pensil, tapi tak sampai nak surut dia pun naik berduyun2. nampak macam tin sardin dah.

Masa tu pensil fikir kenapa perlu naik berpusu2/tergesa2 naik tangga? padahal masatu bukannya ada kebakaran ke apa. Eh, kalau kebakaran orang berpusu nak turun bawah bukan naik. hehe. pagi2 naik tangga tiga tingkat ramai2 macam tu boleh semput. dengan peluhnyalah. Pensil rilek je naik, tak berebut2 pun. keh2. tiba2 hari tu tak penat bila naik tangga dengan hati yang tenang. Angkat bakul sendiri nampak :P

Gaya meniru, adakah budaya kita?

23 comments:

  1. sewa tapak dulu. nanti dtg blk utk komen...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. err, aku rasa la pencontohan yg hg bgi ni kurang sesuai utk menerangkan gaya meniru. entah. aku rasa la. mungkin aku silap..

      Delete
    2. tolong bagi satu contoh dekat aku .

      Delete
  2. salam cik pensil :)

    ada meniru yg positif...bukan semuanya x bole...contoh spt mengaji al quran...kita memang disuruh meniru bacaan sama spt apa yg guru al quran kita baca kan..? klu x tiru mcm mana nk dpt bacaan yg betul... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. er . pensil salah tulis ke dekat atas?

      maksudnya yang atas tu bila kawan mengaku yang dia tak boleh membaca , baru dia nak mengaku juga. kira perlu ada seseorang ke hadapan baru dia nak ikut.

      Delete
  3. kopipes tak tulis first kan? jadi aku yg first..hahaha

    first!! satu!! pertama!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik tangga tu memang kena tergesa2..sebab masa naik tangga, otot kaki tu akan bekerja pada tahap optimum..berbanding pulak kalau turun tangga, kena slow2..sebab otot akan gunakan lagi banyak tenaga..

      sama macam kita mendaki bukit la..nak mendaki tu senang jer..tapi nak turun tu susah..hehehe

      komen takde kaitan dgn entry kan? jangan tiru!! grrrrr

      Delete
    2. err, encik H ni tgh mgajar sains ker ni?? =.='

      Delete
    3. aku naik tangga lambat sebab penat . kalau turun laju gila rasa macam nak terjun terus ~ best pulak turun tangga laju2

      Delete
  4. pensel, akak tak dpt tangkap apa kaitan berebut tangga dgn meniru.. muehehe.. mohon pencerahan.. =.='

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala dengan aku..aku pon tak phm jugakkk =.='

      Delete
    2. 4feet8 & Kopipasta yang pasal tangga tu memang tak ada kaitan dengan meniru . haha .

      Delete
    3. patutla tetiba rs macam jem sekejap pemikiranku ini.. hehe

      Delete
  5. meniru ni ada impak positif n negatif. tp terpulang pd diri.

    ReplyDelete
  6. meniru bnd yg baek x apa, tp kalo bnd2 yg x sepatutny mmg... xtw la nak ckp ap.. tp yg xnk angkt tgn tu menipu dh nmanya tu.. kui3..
    -dlu salu buat-

    ReplyDelete
  7. pensil! dlm exam ko meniru tak?

    ReplyDelete
  8. Salunya benda yg kurang baek lagi ramai org suka tiru. Kan? Heheh. Kadang2 ramai org yg tak suka jadi yang pertama. Kalau boleh mesti nak jadi pengikut. Sbb tu tunggu org laen buat dulu. Tapi dlm tak sedar, jadi la budaya meniru :D

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Tau takpe. Kalau pegi mane2 naik bas, bila dah sampai mesti semua orang bangun berdiri nak keluar, berebut2, dah tu pergerakan pun mestila jadi makin lambat. Nak berkejar ke mane la entah. Lahaii macamla driver bas tu terus jalan tak tunggu dah semua orang keluar. Buat cool dah la. Ape laa, betul2 tak faham setengah org ni, menyusahkan diri sendiri je. Maaf, meniru bukan budaya sy *Ecewahh :D

    ReplyDelete