08 February 2013

Kaki Yang Dilupakan .

Assalamualaikum ^_^





Perbualan antara dua manusia.


"Betul awak jaga aurat awak? begini yang awak katakan menutup aurat??"

"Err.. dengan baju kurung yang menutup tubuh, tudung yang menutup dada, saya pasti saya sudah menutup aurat saya, Ustaz,

Jangkaannya ustaz itu hanya mahu menguji.. Tetapi..

"Terangkan kepada saya dari mana hingga ke mana aurat seorang perempuan dan kepada siapa aurat itu perlu di jaga,"

Terkebil-kebil dengan soalan Ustaz. Dijawab juga dengan sabar.. dan kehairanan.

"Dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan kedua-dua telapak tangan. Perlu dijaga kepada bukan muhrimnya,"

Tarik nafas.. Pelbagai persoalan di minda.

"Tahu pun. Habis, itu apa?"

Kata si Ustaz sambil menjuih bibir ke arah kakinya yang putih serlah. Walaupun kain baju kurungnya agak labuh tapi masih sedikit kelihatan warna kulit kaki dan jari-jemari kakinya. Ustaz menyambung lagi..

"Saya juga bukan muhrim awak. Awak perlu tutup sekiranya awak betul-betul ingin menutup aurat.. Tutuplah dengan memakai stokin."

"Er.. Saya langsung tak terfikir sebelum ni tentang aurat kaki saya Ustaz, terima kasih mengingatkan saya.."

Rasa bersalah bercampur malu. Ingatkan aku sudah betul-betul menutup aurat selama ini. Ternyata ada juga yang telah aku lupai..

"Tidak kiralah hodoh atau cantik seseorang itu. Jika namanya aurat, harus ditutup.. Tanpa awak sedari kaki awak itu boleh menarik nafsu lelaki-lelaki di luar sana. Awak abaikanlah pesanan saya jika awak memegang prinsip kubur asing-asing.. Assalamualaikum.."

Betul juga cakap ustaz, kaki itukan aurat. kenapa aku tak tutup juga macam aku pakai tudung?







Kita selalu menyarung kaki dengan kasut/selipar yang berwarna warni, yang cantik-cantik tapi kita terlupa aurat kaki kita.

Kalau ada isteri ingatkan dia, ada emak ingatkan dia, ada kakak ingatkan dia, ada adik ingatkan dia, ada awek ingatkan dia. Mungkin dia juga terlupa..

Bak kata Ustaz di atas.. "Abaikan jika awak memegang  prinsip kubur  asing-asing:')




81 comments:

  1. terima kasih atas ingatan ni, aurat

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallah..buat saya terpaku dgn aurat2 itu :)

      berusaha ke arah kebaikan..jum pakai stoking!!

      Delete
  2. gambar atas tu, stokin berkenaan nampak sperti sgt busuk =.='

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jer..ke hidung hg problem? ehh :P

      Delete
    2. aku rasa bau tu bukannya datang dari blog aku atau gambar atas tu tapi dari kaki hang .

      haaaa ! kan dah kena :p

      Delete
    3. err, aku jarang pkai stoking =.='

      Delete
    4. Bukan sebab pakai stokin je lah kaki berbau.

      Kaki kita ni ada banyak kelenjar kalau nak dibandingkan dengan bahagian tubuh yang lain. kelenjar tu akan sentiasa beroperasi walaupun kita tak aktif dan tidak panas. Tapi selalu orang perasan ketiak busuk tapi tak perasan kakinya busuk juga..

      Tujuan ALLAH ciptakan banyak kelenjar di kaki adalah kerana nak memberi kelembapan kepada kulit supaya tetap selesa. Kalau ia berada dalam keadaan yang kering, pastilah mudah pecah dan sakit akibat kering. So, sekarang faham dah kenapa perlunya banyak kelenjar di kaki?? Masalahnya adalah apabila kita tidak menjaga kebersihan kaki. Ia akan menjadi tempat bakteria membiak. Makin banyak bakteria makin busuklah akibatnya.

      -Copy Paste-

      Delete
    5. nak bagi hang baca :P tolong baca.

      Delete
    6. baik cikgu. ya ya aku baca =.='

      Delete
  3. nasib baik sy selalu pakai stokin time pegi kerja..

    ReplyDelete
  4. salam cik pensil :)

    bahagian yg org pompuan agak mudah terlupa kn...

    ReplyDelete
  5. dahlama tinggalkan stokin ms pakai selipar.. =,='
    terima kasih pensel sbb ingatkan kembali..

    ReplyDelete
  6. hehe susah nk bg komen pasal ni.. ;-)

    ReplyDelete
  7. emm kaki mmg aurat yg dlupakn oleh wanita . btol3 .

    ReplyDelete
  8. Kat sekolah dulu, Budak pmpuan sapa xpakai stokin mmg kena sound ngan ustaz ustazah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat sekolah tu sebab peraturan. tu yg semua pakat pakai

      Delete
  9. semoga sntiasa istiqamah menutup aurat.. :))

    ReplyDelete
  10. salam...

    tutup aurat mengikut syariat...kaki wanitapun aurat...

    ReplyDelete
  11. abaikan jika amalkan prinsip kubur asing asing.. best statment ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ? err.. pilih yg positif bukan negatif ya Nizam :P

      Delete
  12. tq ye adik............sesungguhnya pesanan ni amat berguna bt kaum hawa mcm kita:)

    ReplyDelete
  13. Banyak faedah kalau pakai stokin ni sebenarnya... :)

    ReplyDelete
  14. memang ni la yg perempuan selalu lupa . bella pun tgh cuba nak me-istiqamah-kan diri sendiri pakai stokin ni . sebab kadang2 pakai , kadang2 tak :/

    ReplyDelete
  15. pempuan kena berjaga2x pasal aurat, tp masih ramai lagi kaum hawa yang masih tidak mentup aurat...

    ReplyDelete
  16. erm..kaki bagi wnita mmg aurat..
    tidak bagi lelaki..
    tapi, wajib bagi lelaki tegur jika
    ada dikalangan ahli keluarga mereka tidak menutup aurat..

    ReplyDelete
  17. insha allah,akan selalu ingatkan pada dia :)

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum,
    Yaa akak selalu pakai stokin, terima kasih mengingatkan. Err FB akak guna nama penuh akak dan profil gambar Mr T. Check nama penuh akak kat profil blog. Salam kenal.

    ReplyDelete
  19. hah same pulak cm entry si ENCIK H

    Btw betul... sedang berusaha menutup semua.. step by step

    ReplyDelete
  20. senyum ^_^

    yang tertutup itu indah

    ReplyDelete
  21. Tak ramai yang nak ambik berat pasal ni :'(

    ReplyDelete
  22. erk... mmg diakui ramai yang terlepas pandang mengenai isu ni....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah baca pun jangan terlepas pandang jugak ehh

      Delete
  23. btol tu...kwn fiq prnah bgtau fiq psl stokin tu gak dulu... paperpown tajuk entry tu cm tajuk cerpen plak..menarik bunyinyer!!!
    huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm cerpen ? hehe. pun boleh jugak . hahak

      Delete
  24. ramai wanita terlepas pandang soal ni. termasuk kita tengah komen ni.

    ReplyDelete
  25. lupa nk puji.... cantik header tu,. saper yg watkan? :)

    ReplyDelete
  26. selalu je lupa, sebut pandai kan?hoho

    ReplyDelete
  27. Salam.

    Perkara macam ni, salu terlepas pandang.
    Kena selalu diingatkan ^_^

    ReplyDelete
  28. selalu benda macam tu dianggap remeh. tq mengingatkan. :)

    ReplyDelete
  29. Memang terkene batang hidung sendiri ni. Biasanya konon malas nk pkai kasut bertutup, so sarung selipar je. =.= Entry ni memang memberi nasihat yg berguna, time kasih atas peringatan ;)

    ReplyDelete
  30. Rasanya last pakai stokin masa zaman2 suka pakai kasut sport dulu. Malu =_=

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan akk sorang. raamai lagi. kena beringat ja.

      Delete
  31. Alhamdulillah. Terima Kasih atas perkongsian ini.

    Ramai yang lupa dan tidak sedar :(

    ReplyDelete
  32. itulah kekadang perkara nampak senang tapi sering kita abaikan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. abaikan sebab pegang prisip yg ustaz tu cakap dekat atas.

      Delete
  33. bagus ang buat entry ni.. ramai yang tau tapi masih buat taktau. aku penah mintak ustazah clearkan pasal aurat pempuan kat aku pasal sbg lelaki aku konpius dgn pemakaian dorang.. mungkin yang pakai kasut, dorang expect bahagian kasut belah atas yang terbukak sikit tu orang tak pandang..

    btw, pada aku, pempuan yang pakai stoking nih nampak sgt independent..huhu *perasaan aku je*

    ReplyDelete
  34. Salam.

    Tangan kiri mestilah sentiasa mengingati tangan kanan.

    ReplyDelete
  35. HB. Smoga umur diberkati. Murah rezeki dan ilmu dipermudahkan. Smoga SPM dpt straight A's :)

    ReplyDelete
  36. HB adik! :) moga dapat straight A spm!. sori lama tak jengah. hikhik

    ReplyDelete
  37. HB. Smoga berjaya didunia dan akhirat. amin.

    ReplyDelete
  38. saya sokong :) jemput baca entry saya berkaitan stokin ^^

    http://caeshashi.blogspot.com/2013/01/stokin-basah.html

    ReplyDelete
  39. "abaikan jika awk memegang prinsip kubur asing2"... terselit sesuatu dari ayat ni... hehheee
    :D

    ReplyDelete
  40. mmg ramai org pomwan lupe akan aurat bahagian kaki tuh...

    ReplyDelete
  41. Boy : "Cantik rambut kau."
    Girl: "Thanks. Mahal doe syampu aku pakai ni. Tapi berbaloi aa, lembut je rambut aku, tak kering."
    Boy : "Kalau kena matahari, mesti kepala kau panas kan?"
    Girl: "Ye gak tu."
    Boy : "Tutup ah doe. Nanti dalam kubur + kat neraka kena seksa."
    Girl: "Elleh kau. Relaks aa. Kubur kita lain-lain."
    Boy : "Memang la kubur kita lain-lain. Tapi kalau kubur kau sebelah aku kang, tak ke bising kau terpekik-terlolong sebelah aku nanti? Eei tak aman kubur aku."
    Girl: "$@#$%!"

    Hahaha. Extra :D

    ReplyDelete