"Semua orang tengok saya. tengok mata saya. Saya bagi 2 minit. Tengok betul-betul."
2 minit berlalu..
"Siapa yang tengok mata saya rasa suka? gembira? biasalah Ustaz, Ustaz semua baik-baik sebab tulah orang suka. kan2?"
Ada orang angkat tangan.
"Siapa rasa geram? marah? kot2lah marah sebab saya masuk dewan tadi tak bagi salam. masuk macam tu saja."
Ada orang angkat tangan.
"Siapa rasa takut? orang ni pelik, saya bukannya makan orang pun."
Ada orang angkat tangan.
"Siapa tak rasa apa-apa? orang ni memang tak ada perasaan." terasa dengan ayat ni
Ada orang angkat tangan termasuk pensil.
Ada seorang Ustaz yang bagi ceramah dekat kami, Ustaz tu nampak simple ja, berbaju melayu, berseluar slack, berkopiah dan berselipar.. Soalan2 diatas ditanya sebagai permulaan mendekatkan diri dengan kami.
Perasaan pensil bila tengok mata ustaz tu..
"Tak rasa apa-apa pun, rasa macam pernah jumpa ja Ustaz ni."
Pensil pun hairan kenapa pensil tak rasa apa-apa bila tengok ustaz ni..
Permainan kedua, kami kena mencari kawan yang rapat dengan kami. dah jumpa, duduk hadapan kawan bagi lutut bersentuh dan tengok mata dia. Ustaz cakap..
"Kamu cuba mencari keikhlasan dalam mata kawan kamu. Adakah dia benar-benar jujur menjadi kawan kamu?"
Pensil tengok mata kawan pensil.
Pensil tak boleh mencari keikhlasan tu. rasa macam kosong. Mungkin sebab kawan yang pensil pilih untuk malam tu bukan kawan yang betul-betul rapat dengan pensil. Mungkinlah. atau pensil memang tak da perasaan macam ustaz tu kata .. T_T
Pensil tak puas hati. Pensil tukar kawan yang betul-betul rapat dengan pensil. Pensil pun memang tak puas hati dengan dia. Ada sedikit konflik antara pensil dengan dia. Jadi kami mula..
Pensil suruh dia luahkan dulu..
Pensil tengok mata dia dengan penuh rasa tak puas hati, dia pun nampak macam tu. anak mata dia berhenti bergerak, dia tengok tepat2 anak mata pensil.. dia mula,
"Dia sebut nama pensil.. then..bla .. bla.. bla.. bla.."
Masa dia bercakap, pensil tengok mata dia.. Ya! pensil boleh nampak keikhlasan dari mata dia. Dia nampak bersungguh-sungguh menegur pensil berbanding kawan sebelum ni, mata dia mula berkaca. Apa yang keluar dari mulut dia memang benar2 dari hati.
Tiba giliran pensil untuk luahkan..
Pensil pun buat yang sama, tiba-tiba pensil jadi berani luahkan. masa pensil bercakap, air mata dia memang dah nak jatuh.
Kami berhenti.. masa yang diberikan sudah pun tamat. Lepas daripada tu, pensil ada juga ajak kawan untuk buat lagi. Memang berpuas hati sebab dari mata kita boleh nampak kejujuran orang tu.. rasa tenang sangat lepas dapat menilai mata dia.
Lepas dari semua permainan mata ni selesai, pensil rasa kagum dengan Ustaz ni seperti kali pertama pensil jumpa Ustaz ni di surau sekolah mengubat orang Histeria, yang sangat-sangat teruk.
Kesimpulannya, pensil rasa teknik permainan mata lebih baik dari teknik ni untuk luahkan perasaan yang terpendam dalam hati.
debar2 lau dengan org y kite suke
ReplyDeleteehh
kanak2 xtau lg kan lalalala
nak komen jugak!
ReplyDeletebahaya jugak teknik permainan mata ni. sesama jantina takpe la..
keh3..
cari nahas kalau buat berlainan jantina. >_<
Deletelain jantina kang lain pulak 'keikhlasan' yang nampak.. hoho. ;P
Deletekesimpulannya, jangan mencuba untuk cuba :p
Deletedari mata turun ke hati. dari hati terkeluar segala2 yg terpendam...
ReplyDeletejgn main mata, nanti jatuh cinta. ehhh
teknik mata untuk CurHat yg berjaya...uhuhu
orang yang 'pernah' bercinta mesti banyak kali dah cuba. kan?
Deleteterasa dak ? hehe
tzk terasa. aku pemalu orangnya. tak boleh tengok terus ke mata wanita
ReplyDeleteeh, aku rasa dulu ada orang cerita pasal mata perempuan yang berniqab tu cantik.
Deletemata tu bahaya
itu tengok bukan tenung. kalau tenung, itu yg bahayanya...
Deleteatas tu hg kata tengok :3
Deletekalau org pakai spek, memang susah nak tafsir mata dia sebab terlindung dengan bingkai spek tu.kadang aku rasa mcm nak tarik buang ja. erk, suka hati
pensil kena cuba bertukar jadi crayon. mesti ok.
ReplyDeletekah2 untuk apa carlos?
Deletewow..permainan mata yg menakjubkan...
ReplyDeletemenakjubkan ? :))
Deletehebatnya kuasa mata. patutla kan. kalau org nak tau kita ikhlas ke tak dia akan suruh kita jawab sambil pandang mata. 0_o
ReplyDeletemata tak boleh menipu ;)
DeleteMata tu merupakan pintu untuk ke hati kan cik pensil.. Sebab tulah ada lagu Dari kerana mata (eh, tetiba) XD
ReplyDeletelagu tu tak best :3 hoho
Deleteouccchhhhhhh.. dari mata turun ke hati. mungkin time tu mulut bicara seiring dengan hati sebab tu sampai bergenang air mata kan?
ReplyDeleteMata segala-galanya..
ReplyDeleteSebab tu org kata jgn tenung tepat kematanya,
risau jatuh kehati....
tengok mata ustaz tu x rasa jatuh hati ke? hahaha
ReplyDeletekawan kamu tu memang kawan yg baik..drpd penceritaan pun dah boleh rasa keakraban tu..:)
salam...
ReplyDeletefuhhh...dari kerana mata
p/s..nak hadiah...?jom la berpantun
Salam.
ReplyDeleteMata tu ibarat jendela. Bukakan jendela, kita nampak apa yang ada disebaliknya.. ^_^
Bermain mata nampak.. Dari mata turun ke hati.. muheheh.. :)
ReplyDeleteaku tak boleh menenung atau ditenung lama2.. malu...
ReplyDelete" dari kerana mata , yang mempunyai kuasa " . :)
ReplyDeletesetuju!! mata boleh membaca segalanya apabila kita kenal siapa yang berada di depan mata...
ReplyDelete