Assalamualaikum..
Tak boleh bagitau orang
Tak boleh datang bulan
Tak boleh membuat bising
Tak boleh bertengkar
Tak boleh bermuka masam
Tak boleh `melangkah’ di atas pulut dan ragi
Itulah antara larangan semasa buat tapai. Dan pantang larang diatas tu semua pensil dah try masa buat tapai kecuali yang last tu tak sampai hati rassanya. T_T
Alhamdulilah jadi jugak. Dah 3 kali try buat. Masa first2 nak buat tu mak pensil suruh lupakan saja hajat tu sebab kemungkinan besar memang tak akan jadi sebab bukannya semua orang boleh buat. Kecik hati.. sebab tapai ni rumit dan merumitkan.
Mak pensil pun tak tau macam mana nak buat jadi pensil pun google, habis semua cerita pasal tapai pensil baca. resepi pulak lain-lain. sukatan yang digunakan pun berbeza-beza sampai pensil sendiri pun tak tau nak guna yang mana satu.
Tapi pensil nak buat jugak sebab pensil memang suka sangat makan tapai, selalunya beli dekat pasar malam saja, tapi tak puas sebab dia bungkus ciput-ciput je. tapi memang tapai kena makan sikit-sikit pun sebab dia panas. minum jelah air kosong banyak-banyak. keh2. Bila dah dapat buat ni pensil bungkus macam bungkus nasik lemak. Baru puas sikit nak makan. hoho
Resepi Tapai Pulut.
* Pulut setengah kilo, ragi separuh
Rendam pulut selama mungkin (5-8 jam)
Kukus pulut selama mungkin
Sesuku masa kukus tu angkat pulut dan renjis dengan secawan air
Dah masak pulut tu dalam (40/60 minit) angkat.
Biarkan dia sejuk daalam 1/2 jam
Gaul dengan ragi, dan bungkus secantik mungkin.
Resepi ni adalah konklusi daripada apa yang pensil dapat dari google. Pantang larang tu sebenarnya lebih banyak mementingkan kebersihan. Pensil masih tertanya-tanya kenapa tapai ni rumit?
Tahniah pensil berjaya buat Tapai. Nak buat tapai mmg rumit. Tapi Cik B tgk nenek Cik B buat tapai mcm sng jer. Tak pernah teringin nk belajar sbb Cik B x minat tapai. :D
ReplyDeletewaduh2 bagus2...saham calon isteri makin naik ni...
ReplyDeletesedapnyaaaa
ReplyDeletetapai beras tuh
antara feveret
salam cik pensil....wah3x...hebat ni... sbb mcm kata mak cik pensil...bkn smua org blh bt tapai ni...weldone dear :)
ReplyDeletePandai dah buat tapai,
ReplyDeleteboleh buat bisnes ni..
tapai ni klo balik umh tok mesti dpt mkn..hehe
ReplyDeleteOOHHH..TAPAI PULUT RUPANYA..ingtkan tapai ubi kayu...aduhaiii..tapai pulut macam nih bnyak time raya jer..haahaa...tapai pulut sedap dimkn lpas letak dalam peti sejuk...suka sgt kalaau manis2 nih......diabetes?haahaa..muda lagi kot... :D
ReplyDeleteorang sekarang tak takut diabetes tapi takut jerawat lagi. kan2? >_<
Deletesy kurang suka makan tapai...memang tradisonal punya jenama kuih ni...
ReplyDeletesy tengok opah buat macam senang...err,tp sy sendiri tak pernah cuba buat...
buat memang senang, nak menjadi tu yang susah -_-"
DeleteMengiurkan..hehehe lepas dh 'masak' bubuh dalam peti ais.. lagi terangkat.. tp kan tang pantang tu susah nak percaya..
ReplyDeleteselalu arwah nenek la yg mention pasal pantang2 ni.. h,, mesti ada sebab disebaliknya kot...
bahayalah kalau terangkat. macam mana nak turun balik? haha
Deletetak tau pulak pensil, ok nak try bagi beku terus
bagi beku terus kang jadi airbatu..hehehe xpe kisar leh wat air batu campur..
Deleteok, boleh order kat pensel utk majlis akak nanti.. hihi..
ReplyDeletewah2 bila tu? nak dekat dah la tu . hikss
Deletewohoho.. nak dekat sgt kalau calon pasangannya serah diri.. "kalau"
DeleteHuiyooo...pandai nya dia...bagus2
ReplyDeletejumpa tapai time raya jek.. huhu..sedap.. tapi wendy takleh mkn bnyk sgt, nnti semput.. :P
ReplyDeleteGrrr geramnyee tgok tapai!!!!!!!!
ReplyDeletesalam cik pensil...
ReplyDeletesuka sgt tapai tp suka mkn je..x suka buat sbb x tau..hehe
Makan sejuk2 la sedap.. X boleh beritahu org.. Nanti orang kebas smpai habis.. Huhu
ReplyDeleteada lagi.. arwah nenek kata. masa buat tapai tak boleh kentut hehe
ReplyDeletetapai ni kegemaran saya :)
ReplyDeletetengok tapai yg ni x sabar nak tunggu raya ni :)
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteTeror dik sebab berjaya buat tapai.
Akak sendiri pun tak pernah buat. Bab kuih2 ni, akk teror makan je,hahahah
oh!tapai pulut feveret akak dikkkk,,poskan satukkk
ReplyDeleteCP..Azmina miss sangat tapai hang tu..aku xpe sbb aku anti-tapai(x suka tapai)..tapi aku teringin sgt nak rasa donut yg hang buat hari tu..mina mkn sampai licin donut yg ang buat..aku plak x dpt nak merasa huhu..
ReplyDeletesedapnya tapai pulut.. fav sngt.. =)
ReplyDeletepantang larang yng jgn buat time priod tu selalu dgr..sebab takut nti dia bertukar jadi merah..hehehe