04 August 2013

Amoi Chantek !

Assalamualaikum..

Nak dijadikan cerita, suatu hari tu Pensil pegi cari sarung kusyen. Pergilah Pensil ke pekan. Ada satu kedai cina ni dari luar Pensil nampak ada cadar, langsir.. Comfirm kedai ni ada sarung kusyen tu. Kalau tak da memang nak balik terus, penat. Jalan situ sesak ramai orang tambah2 nak dekat raya ni kan.

Dah tu, Amoi tu suruhlah Pensil pilih. Ada 3 je yang tinggal. Lepas Pensil pilih tu..

Pensil : Oklah saya ambik yang ni,

Amoi : Eh, U cuba tengok cadar ni, cantik2, baru sampai ha. mari2 *Pensil pun belek2

Pensil : Takpalah, saya ambik sarung kusyen tu je

Amoi : Ha.. Ni baju tidur manyak cantik2, sesuai untuk U *gila seksa baju tu

Pensil : Takpalah, saya ambik sarung kusyen tu je

Amoi : Cuba U tengok ini langsir,  2 panel, boleh diskaun ma..

Pensil : Kalau 3 panel boleh masuk dak ni? *buat2 tanya

Amoi : Boleh2 U kena kurangkan cakuk dia ha. sini saya tunjuk

Pensil : Eh2, tak payah susahlah nak pasang, saya tanya je *Pensil dah garu kepala


Rasanya lagi lama dalam kedai tu, habis semua barang dekat situ Amoi tu promote.
Bila tengok balik, jauh beza sungguh dengan sikap orang Melayu kita. Nak tak nak ja layan pelanggan. Patutlah orang cina banyak yang berjaya. Semangat macam nilah yang perlu ada..

12 comments:

  1. Replies
    1. serba salah kita dibuatnya.. bila kita tak beli pun

      Delete
  2. pastu nak komplen kata orang melayu xnak sokong bangsa sendiri.. pfffttt.

    ReplyDelete
  3. cara dan panduan berniaga...orang melayu kena banyak belajar lagi seperti ayat " akak tak mahu tu harganya murah" @ " cukup ker kak" kalau pergi kedai orang melayu takder promote bagai dah ler tu buat muka macam ler kita nie takder duit.........aptb.....

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Tahuuuu takpa, hehe.

    Paling tak suka bila buat muka ketat. Satu lagi perangai, "akak takda duit kecik ke??" Teringat pi pasar malam, beli air soya je pun, muka tokey kedai tu, mak aihhh, ketat giler. Adik akk dia kat sblh akk. Pas dah beli dah tu adik akk ckp, "ak perhati je muka dia tadi, rsa mcm nak tumbuk je" hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. asal tak bgi jer sedas dua?

      Delete
    2. adik ak tak cukup sedas dua kopi,hahaha. Kang tak pasal2 masuk muka depan metro :D

      Delete
  5. hehehe.. satu sikap yang boleh kita puji dan jadikan contoh.. nak cakap lelebih kt sini xboleh.. isu sensitip..^___^

    ReplyDelete
  6. kalau dilayan memang sangkut lama la kat kedai tu. ambik barang, p kat kaunter, bayarr. setel.

    ReplyDelete
  7. kahkah... tu lah salah masuk kedai ekekek... mmg promoter mcm tu sikap dia... lagi banyak sale lagii byk komisen dia dapat... ehehe

    ReplyDelete