05 August 2013

Lelaki yang tak sayangkan diri sendiri.

Assalamualaikum dan Selamat menyambut Hari Raya, Maaf zahir dan Batin ^_^


Aku telah berkahwin dengan seorang lelaki yang tak berperasaan yang langsung tak sayangkan diri dia. Kenapa aku kata begini? Lepas cerita ni habis ada boleh fikirkan maksud yang tersurat dalam cerita ni. Lelaki tu berumur dalam lingkungan 30 an. Berkulit gelap, rambutnya pendek hampir botak ditengah dan perutnya buncit. Perutnya akan lebih menyerlah jika dia tidak berbaju. Lelaki ini sangat mengerunkan. Hampir sakit kepala ni memikirkan bagaimana aku boleh berkahwin dengan lelaki ini? tetap juga aku tidak ingat.

google

Rumahnya 80% adalah papan. Hanya bilik air saja batu bata. Seperti baru buat dan ada perigi. Lantai rumahnya berpasir. Entah berapa lama tak bersapu. Ingin sekali aku memakai kasut dalam rumah ini tapi, agak kurang sopan nanti.. Atas rumahnya bersepah kain baju berterabur, hanya kain langsir yang menjadi penghadang dan sebagai pembahagi bilik-bilik.. Anai-anai merata saja ku lihat.


Google
Kawasan luar rumahnya pula.. Penuh dengan daun-daun kering. Rumput-rumput hijau subur meninggi yang memainkan peranan sebagai lalang. Hampir menutupi rumah.. Tidak ku pasti rumah mahupun pondok.

Suatu hari, aku baru balik sekolah. Mati saja enjin mato di laman, ku masuk ke dalam rumah dengan memanjat tangga yang hampir roboh. Perlahan-lahan ku tutup pintu dan kunci.. Er.. ada yang memerhati dari jauh. Di belakang pokok nangka hujung sana ada seorang lelaki sedang mengintipku. Mukanya bengis, matanya tajam memandangku.

Aku cemas, apa yang harus aku buat? dengan keadaan rumah yang begini walaupun berkunci senang-senang sahaja dia boleh masuk.Kalau dia hanya masuk sahaja tak apalah. Kalau benda lain yang dia inginkan? macam-macam bermain di minda ni. Lelaki yang tidak sayangkan dirinya itu tiada pula dalam keadaan genting sebegini. Jikalau dia ada pun. Aku tidak yakin yang dia akan memainkan peranan yang sepatutnya. Aku takut dia hanya jadi pemerhati saja nanti.

Dalam keadaan ketakutan aku merangkak dan keluar perlahan-lahan melalui pintu belakang rumah. Aku meredah dusun dan berlari sekuat hati ke rumah ibu bapaku untuk mendapatkan bantuan, mujur saja rumah ibu bapaku tidak jauh..

Selepas bagi salam, aku masuk dan kunci pintu rumah dan berlari masuk ke bilik aku. Dari tingkap bilikku aku dapat melihat lelaki bermuka bengis itu keluar dari dusun yang aku redah tadi. Aahh dia ikut aku! Aku syak dia (lelaki yang tak sayangkan diri sendiri) berhutang dengan lelaki itu. Akibat tidak dapat langsaikan hutangnya dia mencari aku. Dia mahu tangkap aku untuk dijual atau.. Arghh! lelaki tak sayangkan diri, aku benci tapi tak berani nak tumbuk muka dia.

Lelaki bermuka bengis tu ku lihat memerhati sekeliling rumah ibu bapaku. Jangan dia fikir mahu jual rumah ini sudah.. Lepas 5 minit dia pun angkat kaki dari situ..

Aku duduk bersandar ke dinding bilikku. Aku merancang untuk minta cerai, aku nekad untuk bercerai. Aku tak dapat bayang jika keadaan sebegini akan berlarutan.. tiba-tiba..





"Bangun lekaihh, sidai kain! Pukui berapa dah ni. bla bla bla."


'Lorhh.. Mimpi rupanya.'


Tak dapat banyangkan macam mana kalau benda ni betul-betul terjadi. Kalau betul-betul jadi, Pensil pun tak tau apa yang Pensil akan buat..

22 comments:

  1. Cehhh, mimpi rupanya. Igtkan cerita betul ka atau cerpen. Hehehehe...baguih mimpi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita betul, menagis tak berlagu i T_T

      Delete
    2. Wahh suspend bhaii :D Keep writing! :)

      Delete
  2. Salam.

    Menangis ke pensil? hehehe. Sian dia..

    Baru ni,akk mimpi lawan dengan monster,hahaaha, tgk movie monster inc. punya pasal la ni *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lah sampai menangis. hehe

      wahh! akak lagi hebat sapa menang? =D

      Delete
    2. tak tahu la sapa menang, sebab terjaga. Mimpi mcm tu kan, bila nak dkt2 final tu, mesti terjaga,hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. nasib baik mimpi. kalau betul? haha

      Delete
  4. ok fine.... selamat hari raya ekeke

    ReplyDelete
  5. Dok pikir apa seharian ni pensil sampai camtu mimpinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tau? meh sini nak bisik..

      tak basuh kaki..

      haha

      Delete
    2. hahahaha.. tak basuh kaki ke tak gosok gigi?

      Delete
  6. ni kalau bebetoi x taw lah adehh.. ce mmpi chuu pulak, ye dak haha.
    samat hari raya maaf zahir batin cik pensel ^^

    ReplyDelete
  7. tudia... sampai mimpi sedemikian rupa... ekekekek..
    btw ensem dan cun keluarga bahagia kat gambar bawah sekali tu eekeke

    ReplyDelete
  8. Kalau betoi pun ok ape kan pensel? nak tolong aminkan niiii hehe

    ReplyDelete