16 October 2013

Ragam Pak Cik

Pernah tak jumpa orang yang sangat-sangat mesra, lucu?Orang yang Pensil jumpa ni sangat-sangat mecuit hati dari tingkah laku dia yang nampak manja. Walau dah berumur.

"Orang mana?" Tanya dia ke Pensil.

"Kami dari Kedah,"

"Ohh.. Saya dulu orang kedah tapi kawen dengan orang sabah duduk sanalah pulak. lepas dapat anak, anak kawen dengan orang bla bla bla bla bla.." Laju sungguh Pak Cik ni bercerita.

"Saya dulu bercita-cita nak jadi ustaz tapi arwah ayah saya suruh saya jadi polis. Sebab tak mau jadi anak derhaka saya pun ikut.. Sekarang bla bla bla bla.."

"Saya ada sepupu kembaq tapi dah meninggal. Saya dapat pulak anak kembaq, lepas ni dapat pulak cucu kembaq sambung ke cicit kembaq.. hehe. bla bla bla.."

Tiba-tiba..

"Abahhh!" anak pak cik tu menjerit, depa nak keluar beraya agaknya.

"Alamak, nanti kita sambung. bai bai!" *Sambil lambai-lambai, berlari-lari anak ke kereta*

Pensil teka umur dia dalam 60 dan ke atas macam tu. Bila dia buat gaya macam tu, nampak comel dan pelik. Bagus Pak Cik tu, sebab apa tau? dia dapat bercerita salah silah keluarga dia habis ke cucu dia dalam masa tak sampai 5 minit ! Punya panjang lebaq dia bercerita, anak dia kerja apa, duk mana, kawen dengan orang mana, pasal diri dia, ayah dia dan rumah dia. Pensil dari awal hingga akhir tengok dia bercerita tak berkedip mata. terkejut. hekhek. Satu lagi. Ingatan dia kuat. sebab tu dia ingat semua. Nasib baik, anak dia panggil kalau tak hingga ke magrib dengar dia bercerita.


14 comments:

  1. tengok dengan siapa jugak kot dia nak bersembang..

    ReplyDelete
  2. memori dia kuat semua dia ingat......

    ReplyDelete
  3. salam cik pensil...

    akak baru sampai dari alor setar....anak bukit..titi gajah..bla bla bla....hahaha...best pi sana..

    org tua2 ada amalan utk kuatkan daya ingatan iaitu membaca alquran

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak,

      Aippp! perli eh. cubit kang. hehe

      ya. baca al quran untuk elak nyanyok.

      Delete
  4. hahaha.. pernah terjumpa gak orang yang tersangat sangat sangat sangat sangat dan sangatlah ramah.. mula mula rasa okey.. lama lama rasa annoying ..

    ReplyDelete
  5. comel..mun boleh byangkan pakcik tu mcm mane..

    ReplyDelete
  6. so sweet....rajinnye pcik tu bercerita...

    ReplyDelete
  7. ahhahah.. boleh bayangkan pak cik tu macam mana ;)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.

    Pensil..yang akak perasan kan..makin kita berusia, makin banyak kita nak berkongsi cerita.. sebab kita dah lalui mcm2 perkara.. :)

    Kdg2 bila jumpa yg lebih tua, hajat cuma nak senyum dan tnya kabar saja..tpi selalunya, mereka mesti peramah, habis semua cerita keluar,hehe. Ada sekali, pernah tanya seorg makcik ni, asal dari mana..tgk2 perbualan jadi lama, smpai kisah hidup tiga2 anaknya, semua makcik tu cerita.. akak pun angguk2 je,hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..

      betul tu.kebanyakan pakcik2 yang pensil jumpa semua ramah2. seronok bergaul dengan depa, macam2 dapat.
      sama jugak macam kita, bila seronok bercerita, mana mau nak berhenti kan?

      Delete
  9. Hehe..comey jugak cerita cik pensil ni..

    ReplyDelete
  10. cik pensilku sayang...

    selamat menghadapi peperiksaan ye..moga diberi ketenangan ketika menjwb semua soalan dan dipermudahkan Allah...goodluck my dear...

    ReplyDelete