01 January 2014

"Kelazatan"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni Pensil nak bercerita lagi, nak cerita pasal ASAP. Tahu asap? asaplah. Dulu kecik-kecik Pensil suka dengan asap api bakar sampah tu, sebab pensil ingat asap tu awan. Rupa asap dah memang macam awan kan? Masa tu cita-cita Pensil nak pegang awan. Tinggikan cita-cita Pensil?

Jadi bila mak Pensil bakar sampah pastu keluar asap, Pensil cepat-cepat tangkap asap-asap tu dan kepul-kepulkan dia. Walaupun macam takda apa-apa  hasil, Pensil terus-terus buat benda yang sama sebab Pensil nak  sangat peluk awan.

Nampak tak kesungguhan tu? kihkih

Sekarang dah besor panjang Pensil sangat sensitif dengan asap. Terutamanya asap yang keluar dari mulut dan hidung manusia. Tau apa dia? Rokok. Bila terhidu asap rokok Pensil rasa nak muntah. Memang tak boleh tahan rasa nak muntah. Tak boleh cover-cover dah.

Uuweekkkk!      

Bila jadi macam ni kan Pensil terfikir sesuatu. Ok, bayangkan ada seorang lelaki tengah isap rokok, pastu Pensil lalu depan dia pastu Pensil batuk-batuk dan Uuweekkk! depan dia. Agak-agak apa yang dia rasa? Mugkin ada tangapan positif atau negatif dari lelaki tu. Tapi cuba kita fikir yang positif. Apa yang dia fikir pada positifnya?

Kalaulah kita letak 100 orang dekat sini mungkin ada sebahagian yang akan sedar. Benda ni tak mustahil.  At least pun lepas ni dia tak merokok kat tempat awam. ye dak? Jadi, bila jumpa orang merokok, buat-buat batuk terok-terok.

Pada setengah orang mungkin cadangan ni tak menjadi tapi cuba sajalah.  Kerajaan kita pun dah keluarkan kempen sana sini kan?

Kepada perokok-perokok tegar yang membaca entri Pensil ni, Pensil nak cakap terima kasih sangat-sangat kerana membaca dan Pensil nak cakap yang Pensil faham kamu semua. Pensil dah dengar, lihat banyak masalah pasal ni. Walaupun Pensil tak pernah rasa tapi Pensil faham. Pensil dah nampak bertapa susahnya nak berhenti merokok. Pensil tak salahkan sapa-sapa termasuk rokok tu. Cuma kita kena ingatlah kenapa kita kena biarkan benda lain menguasai kita? Kitalah yang sepatutnya berhak keatas diri kita. Kamu lelaki, pertahankanlah.


"Aku" adalah aku. "Kamu" adalah kamu.

Itu tidak menghalang "aku" untuk merasai apa yang "kamu" rasai.

Percayakah kamu? terpulang.



14 comments:

  1. cadangan yg bernas cik pensil. akan dipertimbangkan. :p

    ReplyDelete
  2. wahhh good good. :D hehehehe

    ReplyDelete
  3. sama ler dengan akak tak suka bau asap rokok.....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.

    Pensil..akak faham juga..ada dari kalangan yang dikenali, dah banyak kali berusaha untuk hentikan tabiat merokok ni..tapi tak berjaya. Rasa kasihan pun ada.

    Ada dikalangan mereka ni, menghormati perasaan insan lain disekeliling mereka. Walaupun perokok tegar, tpi diorg tahu bila dan dimana nak merokok.

    Yang akak kurg selesa..tgh sedap makan ni..tiba2 ada asap terbg2 depan akak T__T Akak pun rasa nak berubah jadi asap n terbang2 kat dia juga. Berubah jadi taufan pun ok juga,hahahah

    ReplyDelete
  5. ssah juga klu ikutkan kata hati sahaja kan...tpi terpulang la pada masing masing...

    ReplyDelete
  6. sama memang tak suka asap rokok, tapi tulah bukan senang tegur orang yg isap rokok..

    ReplyDelete
  7. salam rindu cik pensil,.

    akakpn tk thn dgn bau asap rokok.

    rokok itu satu pembazirankan tp sukar nk buang tabiat itu

    termenung sekejap akak bc entri ini..,

    bookmark dh sampai...terimakasih ye..akak suka

    ReplyDelete
  8. Akak ada buat entri,tajuk akak guna nama cik pensil ye...Cik Pensil Bt Ayah Pensil

    ReplyDelete
  9. For a moment I thought of As Soon As Possible!

    ReplyDelete
  10. sy pun tak suka dengan tabiat merokok.
    huhu..
    semoga org yg merokok akan berusaha utuk berhenti menambahkan asapdi bumi..hehe

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Cikpensil.. Kak Ros singgah dari blog kak Wirda.. Salam perkenalan dan kak Ros follow sini :)

    ReplyDelete
  12. Perokok tegar: Apahal kau muntah neh? mengandung?

    They don't care la pensil.. Bisik kat telinga depa ROKOK itu HARAM pun diorg xpeduli.. Kerajaan keluarkan kempen Jangan Merokok tapi masih tetap mengimpor/mengeluarkan rokok..mcmana tu? Ada berani kerajaan keluarkan KEMPEN ROKOK ITU HARAM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah. kadang apa yg kita cakap/buat akan tinggal 'kesan' kat hati seseorang tu. bila tu jadi, siapa yang tahu?
      kalau kita tak dapat semua, janganlah lepaskan apa yg dekat tangan.
      kerajaan tak kerajaan, terpulang. sebab tak ada sapa yang rugi ;)

      Delete