18 January 2014

Pikat

Assalamualaikum. Sedar tak sedar sekarang dah tahun 2014. Dulu Pensil hari-hari kena pergi sekolah. Sekarang hari-hari kena pergi kerja. Hidup pun dah berubah, sikitlah. Hidup kena ada perubahan. Haa. sebut pasal kerja ramai budak-budak lepasan SPM sekarang tengah mencari kerja. Ada yang baru mula bekerja 2 tiga hari dah nak berhenti. Biasalah baru nak belajar sesuaikan diri. Alhamdulilah, sebab Pensil dah ada kerja dan masih boleh bertahan hingga sekarang. Sebulan adalah jugak.

 Sekarang ni kan Pensil tengah mencuba menarik minat budak-budak yang Pensil mengajar ni. Pensil mengajar budak Darjah 1 - 2. Mengajar muqadam. Masalah yang Pensil tengah hadapi sekarang ni, ada sorang budak darjah 1 ni boleh membaca Alif, Ba, Ta.. Tapi bila tanya ni huruf apa dia tak boleh jawap. Sebab dia menghafal. Pensil faham dia ni kecik lagi, nak marah pun budak2 lagi. Sabor..

Cara Pensil nak pikat, Pensil bagi hadiah. Tapi, jenuhlah Pensil nak bagi hadiah hari2 -_-"

Cara kedua yang Pensil guna. "Haa.. Lepas habis ni nanti ustazah bercerita nak tak?" Guna taktik ni macam berkesan. Tapi tulah sampai dah tak tau nak cerita apa lagi. Kena buka habis buku2 yang ada, nak cari cerita.




 Serius, rasa nak pengsan lepas diorang balik. Macam2 kerenah. Merajuk tak mau mengajilah. Laparlah. Nak coklatlah. Nak p tandas, tak reti guna tandaslah. Tapi seronok sebab yang ni yang Pensil cari ;)


 p/s : kalau ada apa2 cadangan untuk Pensil pikat diorang ni berkongsilah ek ;)

11 comments:

  1. tak semstinya kena beri hadiah jer. berbuat baik pun dh cukup.

    ReplyDelete
  2. untuk budak yang hanya menghafal alif ba ta tu,
    cik pensil tahu tak lagu kanak kanak yang alif ba ta?
    please la tahu.

    ha. pasangkan.
    sambil tu buat slideshow semua huruf.

    cuba jelah :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum cik pensil..

    Seronoknya,akak pernah tolong ayah akak mengajar budak mengaji....kalau akak,akak bg gula2 je,cari la gula2 yg sedap sikit....

    ReplyDelete
  4. cadangan cik Izz Hazwani kat atas tu memang menarik utk dicuba.
    adik-2 saya yg masih kecik pon selalu pasang lagu ni sendiri kat umah.
    depa tengok, hafal & faham.

    cik pensil bagi cokelat sorang sebijik cukup lah kot.
    itupon kalau parents depa kasi makan cokelat.. ^^

    ReplyDelete
  5. kalau budak2 ni kena bagi "rasuah" sikit. compliments atau gula2. xsalah kalau ke arah kebaikan

    ReplyDelete
  6. buat lah kuiz untuk budak nih. siapa betul sebutan dia dapat 5 markah. buat lah sebulan gitu. siapa menang dapat hadiah. hihi nih cadangan je tau

    ReplyDelete
  7. bestnya Pensil mengajar budak-budak ngaji.. :)
    apa kata buat pertandingan berkumpulan ke?.. pecahkan dorang beberapa kumpulan.. buat aktiviti berkumpulan.. macam, suruh dorang tulis balik alif ba ta kat kertas kajang, secara kreatif ke.. hihihi

    ReplyDelete
  8. memang seronok ngajar mengaji :) alhamdulillah moga Allah terus permudahkan urusan.. makin banyak pengalaman..

    ReplyDelete
  9. kalau aku, memang mereka2 tu kena cubit pipi dah. hihi. untungla berpipi gebu

    ReplyDelete
  10. Bagi hadiah kiss setiap kali kenal huruf..hahahaha

    ReplyDelete
  11. wah..besr nye jd cikgu..ehehe..

    jgn sokmo offer sgt dgn hadiah . Takut diorg belajar kerana hadiah . =)

    btw , all the best 4 u! =)

    ReplyDelete