02 March 2014

Keluar.

Assalamualaikum.

Memerhati.

Membuat penilaian sendiri.

Itulah Pensil suatu ketika dahulu ketika dibangku sekolah rendah/menengah kepada sesiapa sahaja yang bercakap dihadapan.

Selalunya bila ada ceramah di sekolah, Pensil akan tengok penceramah tu dari mula dia masuk dewan, cara pemakaian, kasut, cara berjalan, bercakap, gerak anak mata dia, semualah dan Pensil akan buat kesimpulan sendiri, dia ni macam ni, macam ni dalam hati.

Masuk sekolah menengah bila ada ceramah, Pensil dah tak boleh duduk sekali ramai-ramai dengan kawan-kawan macam sekolah rendah. Pensil kena berdiri di sisi pelajar sebab pengawas tak boleh duduk kena berdiri, sampailah Pensil form 5. Bila berdiri ni feeling dia dah rasa macam cikgu sebab asyik tegur orang buat bising ja hekhek.

Bila dekat sekolah menengah, Pensil akan tengok cara Penceramah tu control pelajar. Macam mana dia nak tarik perhatian pelajar supaya diam ketika dia bercakap. Macam biasa Pensil akan komen sendiri dalam hati. Dia macam ni, macam ni.

Habis ja Form 5 sekarang, Pensil dah "keluar" daripada menjadi pemerhati. Pensil yang bercakap dihadapan bermula dari 2 orang pelajar bertambah ke 3 orang pelajar bertambah ke 8 orang pelajar sekarang. Mungkin suatu hari nanti satu dewan pelajar.


WHY NOT?

7 comments:

  1. insyaAllah dik,heheh tiada yg mustahil kan, semuanya kuasa Allah=)

    ReplyDelete
  2. Manalah tahu, one day boleh jadi macam penceramah tu... (:

    ReplyDelete
  3. Cik Pensil blh jd seorang pakar motivasi...kenapa tidakkan??

    ReplyDelete
  4. nanti tengok saya bercakap kat depan, pastu cuba wat kesimpulan :)

    ReplyDelete
  5. Insya Allah, hopefullly one day Cik Pensil pula akan bercakap di depan dewan tu… microfon jadi teman setia :)

    ReplyDelete
  6. err, macam ada ciri2 nak jadi YB jer ni... haha. bercakap depan rakyat. lol

    ReplyDelete